• BAB 2 🌸 •

74 8 0
                                    

Seorang pelajar junior lelaki berlari masuk ke dalam kelas. "Siapa Valqish? Cikgu Azim nak jumpa dekat bilik disiplin." Termengah-mengah pelajar lelaki itu bercakap. Dengan tak bagi salam, main terjah je kelas orang ye. Ketuk pintu pun tak. Amboi biasa dia tuh.

Pelajar itu terus keluar sebaik sahaja aku berdiri. Semua yang berada di dalam kelas memandang aku hairan. Apahal tah. Tak pernah tengok orang kena panggil ke?

Aduhai dah lah baru je lepas penuhkan tank. Tak sempat nak duduk sembang-sembang dah kena panggil. Nak tak nak kena juga lah pergi. Karang tak pasal-pasal surat cinta berkunjung ke dalam peti surat dekat rumah pulak.

Aku terus keluar daripada kelas menuju ke bilik disiplin. Apehal pulak kali ni. Takkan sebab aku tak buat homework kut. Tapi rasanya dah hantar semua. Pasal kes pagi tadi ke? Haih pape jelah. Nasib cikgu Azim yang panggil, kalau cikgu Osman yang garang tu? Buat naya je. Takde nak bebel dah. Sebat terus cerita dia.

x x x x

Aku merenung pintu yang ditulis UNIT DISIPLIN. Nak masuk ke tak. Nak ke tak. Haih even cikgu Azim yg panggil, still rasa cuak bai. Sempat aku mengangkat kedua tangan paras dada untuk berdoa. Harap-harap lah cikgu Osman takde kat dalam. Amin.

Aku mengetuk pintu bilik disiplin. Cikgu Azim membenarkan aku masuk. "Assalamualaikum" aku memberi salam. Biar nakal janji adab kena ada. Baru jadi gangster bertauliah.

Aku memandang sekeliling. Macam takde. Double check! Aku scan bilik disiplin buat kali kedua. Alhamdulillah sah nampaknya si garang tu takde dekat sini. Bernasib baik! Fuh.

"Waalaikumussalam. Awak tahu apa kesalahan awak harini?" Cikgu Azim terus bertanya tentang kesilapan yang aku dah buat. Straight to forward betul. Belum sempat duduk. Kalau ye pun bagi lah duduk dulu. Baru boleh rilek sikit. Apa nak jawab ni eh. Karang kalau cakap ikut sedap tekak aku, kena marah pulak.

"Awak tak ikut arahan pengawas. Dah berapa kali saya pesan jangan melawan. Awak ni memang degil lah! Nak saya panggil parents awak ke ha?" Cikgu Azim menepuk meja dengan kuat. Dia bersuara setelah beberapa minit aku senyap tidak menjawab soalannya.

"Oh mak kau terkejut!" Dengan spontan aku menutup mulutku. Terkejut timah wei. Tiba-tiba ketuk meja macam tu. Nasib tak berjoget dekat sini. Adeh buat malu je.

Aku hanya diam. Tak berani nak bersuara. Haish aku dah agak. Mesti pasal kes pagi tadi. Tak lain tak bukan mesti si sotong tu yang bagi tahu cikgu.

'Dasar tak guna punya sotong sesat. Memang nak kena. Kalau aku jumpa, siap lah kau. Aku kerjakan kau cukup-cukup. Aku campak kau dekat laut balik!'

Tok tok. Seseorang mengetuk pintu menyentak lamunanku. Aik siapa pulak tu. Dia masuk ke dalam bilik disiplin selepas cikgu membenarkannya masuk.

"Ha dah sampai hero sorang ni. Bagus sangat lah. Korang berdua sama je. Dua dua keras kepala. Tak nak dengar cakap! Dah berkali pesan pun still buat kesalahan yang sama." Cikgu Azim meninggikan suaranya. Terangkat bahuku akibat terkejut.

Lelaki itu masih senyap. Dia berdiri di sebelahku berhadapan dengan cikgu Azim. Ingat berani ke nak menyampuk kalau cikgu tu tengah marah. Memang lah dia tak suka bagi hukuman berat dekat pelajar. Bagi dia benda tu hanya membuatkannya kelihatan kejam. Tapi dah kalau menyampuk and menjawab cakap dia memang kena lah. Lagi-lagi dua benda tu memang pantang bagi dia. Mahu disebatnya. Lebih baik kau diam je.

Aku melihat lelaki itu sekilas. 'Hei tu kan mamat tadi' getusku. "Kamu berdua duduk sini sampai balik. Jangan berani nak keluar!" Cikgu Azim menyentak lamunanku. Dia berdiri dari tempat duduknya dan terus keluar meninggalkan kami berdua. Dah penat membebel agaknya. Nasib lah dia tu suka marah je.

Aku memandang ke arah lelaki itu. 'Betul lah dia ni mamat tadi tu. Kenapa dia masuk sini. Sebab pagi tadi ke? Tapi kenapa dia still boleh buat rilek je. Takde perasaan ke bila kena marah. Eh jap yang aku nak sibuk pasal dia ni apesal. Lantak dia lah.' Aku menggelengkan kepala beberapa kali sambil memejamkan mata.

"Yang kau tergeleng-geleng ni apesal? Ada masalah otak ke? Atau lebih senang faham. Gila?" Lelaki itu mengukirkan senyum segaris kepadaku. Sakit pulak hati ini! "Eh suka hati lah. Gila ke apa ke. Tak kacau hidup kau pun. Sibuk je." Aku mengalihkan muka ke arah lain selepas memberi pandangan maut kepadanya.

Keadaan di dalam bilik disiplin sangat kekok. Memasing macam batu. Tak bersuara. Hanya berbalas pandangan kosong. Bila aku tengok muka dia. Dia tengok muka aku balik. Bila jalan sana. Nampak muka dia lagi. Jalan sini, muka dia lagi. Eh memang lah nampak muka dia Valqish oi. Dah dia je ada dalam bilik tu. Takkan nak nampak Chang-wook pulak. Aduhai..

Tak sampai setengah jam lelaki itu tiba-tiba berdiri. Aik nak pergi kemana pulak mamat ni. Belum sempat aku nak tanya. Terus sahaja dia keluar pergi meninggalkan aku sendiri. Eh eh. Nak ditahan, karang dia kata apa pula. Ah suka hati kau lah.

x x

Kringggggggg. Loceng sekolah dah berbunyi bermakna tiba lah masa untuk kita balik dan makan!!! Uyeyy! Laju sahaja kaki aku melangkah keluar dari bilik disiplin. Ha balik balik. Lemas dah duduk dalam bilik tu. Bosan!

Eh tudia Sofi. Kesian kena angkut bag aku. Aku mengambil bag dan terus berjalan mahu keluar dari sekolah. Lapar-lapar macam ni kalau pekena nasi ayam sodap juga.

"Val! Weh tunggu lah aku!" Sofi buat muka tak puas hati. "Ish kau ni lambat lah. Terkedek-kedek macam itik. Kalau aku tunggu kau perut aku dah boleh buat lagu remix tau." Aku mula membebel. "Ish tak boleh sabar betul." Sofi menaikkan bebola matanya ke atas.

x x

Aku dan Sofi memasuki sebuah restoran yang berhampiran dengan sekolah. Uii lapar gila ni. Selepas waiter mengambil order, terus sahaja Sofi memulakan perbualan.

"Weh tadi aku dengar kecoh-kecoh depan gate apesal? Gaduh dengan diva sekolah lagi ke? and kenapa kau kena masuk disiplin tadi?" Sofi mengajukan soalan yang berada di mindanya. Nak ajak aku bergosip ler tu. Tahu sangat. Mesti banyak lagi yang dia nak tanya ni. Berat sangat otak dia simpan soalan tu.

"Yang lain mana? Dah balik ke?" Aku mengelak daripada menjawab soalan Sofi sebentar tadi. "Kau jangan nak ubah topik. Aku sekeh kepala kau nanti. Diorang dah balik awal. Letih katanya." Sofi menjawab soalan ku dengan muka yang bosan.

"Iye. Tapi kali ni ada sorang mamat poyo yang muncul. Aku rasa dia budak baru lah. Sakit hati pun ada dekat budak tu. Berlagak handsome je. Poyo!" Aku buat muka menyampah apabila teringat akan lelaki itu. Kalau boleh tak nak cerita tapi apakan daya. Sofi si wartawan dunia ni memang suka menyibuk. "Wah. Budak baru? Handsome tak?" Sofi sudah menunjuk minat. Dia ni kalau cakap pasal lelaki, laju aje!

"Tak habis-habis dengan handsome kau. Aku cepuk satgi. Btw boleh tahan ah. Putih, tinggi, alaa pendek kata idola gadis-gadis gitu. Macam cina celup hahahahah" Sofi hanya senyum kambing. Nak gambarkan semua memang taklah. Mahunya si Sofi ni meroyan.

"Ha cerita lah weh" Sofi mendesak. Aku pun menceritakan dari A sampai lah ke Z. Daripada aku berjumpa dengan lelaki itu dekat traffic light sampai lah dekat dalam bilik disiplin. Tak sangka sama sekolah pulak.

"Elemek drama sangat lah korang ni. Hahahahahahah" Sofi ketawa setelah mendengar ceritaku. 'Eh minah ni apahal , tiba-tiba gelak. Apa yang lawak? Sawan ke apa. Nasib sayang' alamak terkutuk tanpa sengaja. Sorry Sofi hahaha.

"Yeay makanan dah sampai so jemput makang!" Tepat pada masanya. Aku mengajak Sofi makan apabila makanan sudah sedia terhidang di atas meja kami. Malas hendak berborak panjang. Tak penting.

"Thank you." Aku memberikan senyum kecil dan mengucapkan terima kasih kepada waiter itu. Dia hanya menganggukkan kepala dan pergi. Berbudi bahasa amalan kita, gais. Jangan lupa okay. So right now, lets eat!

Precious Love Where stories live. Discover now