108

1.8K 152 8
                                    

Zafriel Adrian keluar dari kereta setelah lama menunggu kedatangan Iman Nadhirah. Langkahnya maju ke kafeteria mencari kelibat isterinya itu. Di kafeteria, hanya ada beberapa orang pelajar yang sedang melepak. Sekumpulan gadis asyik memandangnya dan berbisik-bisik.

Typical gossip girl!

Jam tangan pemberian secret admirernya itu dipandang. 2.35 petang! Sepatutnya kelas isterinya habis pukul 12 tengah hari pada hari itu. Satu jam selepas itu baru dia datang untuk menjemput isterinya.

Zafriel Adrian menggaru kepalanya. Mana pulak pergi Nadhirah ni? Dah pi balik dengan kawan dia ke? Kenapa tak bagitahu?

Zafriel Adrian berjalan lagi, mencari kenalan isterinya. Tak lama kemudian, dia nampak Hazqel dan Qaira sedang berjalan beriringan ke kafeteria. Mata Zafriel Adrian mengecil. Kenapa nampak macam pasangan tengah bercinta?

Tanpa berlengah dia mendekati pasangan yang sedang bergembira itu. "Qel, Qaira!"

Serentak pasangan sejoli itu menoleh. "Eh, Zaff!"

"Kau orang ada nampak Iman? Dia balik dengan Najwa ke?" Tanya Zafriel Adrian.

Hazqel dan Qaira berpandangan seketika. "Tak. Najwa balik dengan abang dia harini, sebab kereta dia rosak," jawab lelaki itu.

"Kenapa kau tanya?" Qaira pula menyoal.

"Aku tunggu Iman dalam kereta tadi, dah dekat sejam dah. Dia tak ada pun. Biasanya tak sampai 20 minit, dah ada dah. Dia ada cakap nak pergi mana-mana ke?"

Hazqel memandang Qaira. Gadis itu menggeleng. "Sebenarnya dari lepas kelas tadi kitaorang dah pelik dengan si Iman tu. Mula-mula okey je, tapi sampai Najwa bangkitkan plan semalam? Dia macam stress..."

"Plan semalam? Plan apa?" Pelik jejaka itu mendengar. Plan apa benda Nadhirah tu nak buat? Kenakan aku?

Qaira menjungkit bahu. "Entah. Yang aku tahu, Najwa cerita dia orang nampak kau jumpa perempuan lain dekat shopping mall."

Berkerut seribu dahi si Zafriel Adrian.  Perempuan lain? Zaara ke?

"Ha, kau buat apa, Zafriel? Pi dating dengan orang lain?" Hazqel meriuhkan suasana saja ingin membuat lelaki itu rasa bersalah.

"Dia kawan lama akulah. Iman memang kenal dia pun. Dahlah, benda tu tak penting sekarang. Yang penting, Iman menghilang ke mana?" Zafriel Adrian mengembalikan topik asal.

Qaira berfikir sejenak. "Oh ya, dia tinggalkan aku dengan Najwa tanpa kata apa-apa. But I think she went to the toilet."

Hazqel dan Zafriel Adrian serentak menjungkitkan kening sebelah. Qaira sengih. Ya tak ya juga, dia orang lelaki mana boleh masuk toilet perempuan. "Kejap, aku pergi check toilet kafeteria."

Mereka berdua angguk. Qaira melangkah masuk ke tandas kafeteria. Tandas itu memang jarang diguna, tambah lagi kalau waktu kelas petang bermula. Rata-rata pelajar yang melepak di kafeteria tak lama pun lepak kat situ. Dari lepak kat situ baik lepak kat mamak ke kopitiam ke, makanan sedap sikit!

Qaira terkejut besar melihat Iman Nadhirah terbaring di atas lantai tandas yang kering itu. Dia laju mendapatkan kawannya. Tubuh gadis itu digoyangkan sikit. "Iman! Iman! Zafriel!!"

Zafriel Adrian dan Hazqel yang berada di luar mendengar jeritan Qaira. Pandangan mereka bersatu sebelum memandang pintu tandas perempuan. Tanpa sempat Hazqel berkata-kata, Zafriel Adrian terus masuk.

"Nadhirah! Macam mana boleh pengsan ni?"

Qaira menggeleng. "Aku masuk aje dia memang dah macam ni."

Zafriel Adrian mengambil beg sandang lalu diberi pada Qaira. "Kau tolong bawak beg dia ni."

Qaira mengambil beg itu. Zafriel Adrian terus mencempung tubuh Iman Nadhirah dan membawa gadis itu keluar dari tandas. Langkahnya panjang menuju ke kereta diekori Hazqel dan Qaira.

Cik Troublemaker Pencuri Hatiku! (unedited)Where stories live. Discover now