19"

407 49 0
                                    

Hari ni, Nayoung dah dining sekolah. Aku tak jumpa dia sepanjang hari ni. Entah kenapa, even aku tak suka dia.. aku terasa kehilangan kawan.

Dia kawan aku ke?

Selepas habis periksa, aku menuju ke bilik guru. Ada cikgu nak jumpa. Baru sahaja aku nak buka pintu bilik guru, pintu tu terbuka dari dalam.

Seorang lelaki bersama seorang wanita, keluar dengan muka tegang. Aku beri laluan kepada mereka untuk lalu.

"Nayoung ni, tak habis nak buat hal. Kalau nak pindah, cakap jelah. Tak perlulah nak buat kes." Wanita itu bersuara.

Terbuntang mata aku mendengarnya. Dia ni omma Nayoung ke? Aku mencuit bahu wanita itu. Wanita itu menoleh dengan muka tegangnya.

"Tumpang tanya, ahjumma ni omma Nayoung ke? Mana Nayoung sekarang?" Wanita itu mula tersenyum. Boleh senyum lagi rupanya. Ingatkan dah takde otot pipi.

"Nae. Ahjumma omma Nayoung. Nayoung kat rooftop. Nak jumpa dia ke? Pergilah." Aku mengangguk lalu terus mula berlari menuju ke rooftop.

Sempat mataku menangkap tulisan pada poster yang tertampal di dinding koridor.

'Dilarang berlari di koridor.'

Kesah pulak aku.

Aku teringat yang cikgu nak jumpa aku. Ah.. lantaklah. Cikgu tu, esok masih boleh jumpa lagi. Yang si Nayoung ni, sekarang pon belum tentu boleh jumpa. Mana tau, dia terjun dari rooftop sebab nak bunuh diri ke.

Itu je yang aku terfikir buat masa sekarang. Sebab tu aku lari.

Akhirnya, aku dah sampai rooftop. Aku jumpa dia. Dia duduk kat atas tembok batu. Wey, dia memang dah pasang niat nak bunuh diri ke? Aku gurau je tadi.

"Nayoung, kau nak pindah eh?" Aku duduk di sebelahnya.

'Bukan nak pindah. Tapi dibuang sekolah.' First time aku dengar suara dia. Maksudnya sebelum ni, dia tak pernah cakap. Suara hati dia pon aku tak pernah dengar.

"Tapi aku tau kau saja je nak diri kau dibuang sekolah. Kau yang nak pindah kan?" Dia kelihatan terkejut.

Haa.. kenapa terkejut?

"K-kau.. boleh b-baca isi hati ak-ku?" Okey, aku faham kenapa dia tak cakap sebelum ni.

Dia gagap.

Mungkin sebab tu, dia malu nak cakap. Aku tersenyum lembut. Hilang segala kebencian aku pada dia. Tapi, aku rasa aku tak pernah kot benci dia.

"Bukan kau sorang je, semua orang."

"K-kau ttahu yang.. akku suka J-J-Joshua?" Aku tergelak kecil. Bukan sebab dia gagap. Tapi sebab dia kalut. Nampak comel.

"Mestilah. Dia pon sukakan kau." Nak je aku cakap yang aku pon suka dia. Tapi takpelah.

Loceng berbunyi menandakan waktu rehat dah tamat. Alamak.

Lepas ni periksa fizik.

Aku terus lari menuju ke kelas.

Jap. Aku lupa pasal Nayoung. Aku dah tinggalkan dia tercengang sorang-sorang kat situ.

Ah. Aku dah tak boleh patah balik.

——
Nak gelak.ㅋㅋㅋㅋ

🙋💕

✔️ the voice | ksyWhere stories live. Discover now