BAB 21:-

5.6K 298 30
                                    

   Nia memasang earphone dan mendail numbor telefon Farina. Matanya masih dihalakan ke jalan raya. Streng kereta di kawalnya cekap.

"Haih! Kenapalah jam pula ni?"marah Nia.Lama dia menunggu barulah panggilannya di jawab.

 "Helo, Rina! Wei aku sampai office lambat sikit tau, jalan jam lah...."kata Nia sebaik sahaja panggilannya di jawab.

"Nia, kau kan kena terus pergi syarikat IndoSytle pagi ni. Ada meeting dengan wakil syarikat tu, kau lupa ke?"soalan Farina membuatkan Nia terkejut.

 "Wait!Serius ke ni?"Nia terjerit kecil dalam kereta.

"Betul lah !  Wait! Kau lupa ke?"

"Lupa apanya? Aku tak tahu pun."suara Nia mulai meninggi."Aku baru balik dari site projek kita dengan IndoStyle. Ambil list barang."Jam di tangannya di kerling. 9.20 pagi.

"Pukul berapa meeting tu?"

"Lah, kau tak nampak sticky note yang aku tampal dekat fail hari tu?"tanya Farina.

Nia merengus kasar. Fail tu pun dia tak buka lagi, manalah dia tahu pasal sticky note tu.

"Ni , meeting tu pukul 10 pagi."sambung Farina.

"Fine! Send me the address."arah Nia dan menamatkan panggilan. Bunyi pesanan ringkas masuk, Nia membacanya sepintas .Stereng diputar dan Nia membuat U-turn. Keretanya meluncur laju di jalan raya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Hai! I wakil Syarikat Golden Star. I was informed that I'm going to meet someone...wait..."Fail di selak untuk mencari nama wakil syrikat IndoSytle.

'Teruk betul kau ni Nia. Nama wakil tu pun kau tak check ke?'Nia memarahi dirinya sendiri.

"Miss Dania?"tanya penyambut tetamu di lobi.

"Yes."Dania tersenyum lebar.'Huh! Nasib baik mereka tahu aku nak datang.'

"Mari saya iringi cik. Encik Isyraf pun sudah menunggu."

Nia menganguk.Dia mengikut langkah penyambut tetamu itu. Jam dikerling, 9. 57 pagi.

Tingkat 7. Nia ditunujkkan arah ke bilik Pengurus Pemasaran dan Rekaan. Sesampai sahaja di hadapan bilik itu, penyambut tetamu itu menyuruhnya masuk.

"Terima kasih, ya."Nia mengucapkan terima kasih kepada penyambut tetamu itu tadi sebelum dia berlalu.

 Nia menarik nafas dan membetulkan sedikit kedudukan shawlnya. Setelah yakin dengan penampilannya dia menolak pintu dan memberi salam.

 "Hai! I wakil syarikat Golden...."kata-kata Nia mati apabila suara tegas seorang lelaki memotongnya.

"You late!!"

Nia terkejut kecil apabila disergah begitu."Tapi I..."sekali lagi kata-kata Nia dipotong.

"I tak suka berurusan dengan orang yang reti mengurus masanya. Ini baru first meeting, you dan late. Macam mana next meeting nanti?"Lelaki itu menyindir Nia sambil berdiri membelakanginya. Dia sibuk meneliti pelan bangunan di atas meja kerjanya.

 " I tak lambat ok? Baru dua minit lepas pukul 10. Itu pun bukan salah I, I sampai sini pukul 9.57 pagi . I lambat ni pun sebab nak naik office yang dekat tingkat tujuh ni..."Nia menjawab. Dia memang pantang apabila ditegur mengenai masa. Bukannya dia lambat sangat pun.

 Nia terdengar lelaki itu ketawa sinis sebelum  dia memusingkan badannya menghadap Nia.

"Ada ke I tanya pukul berapa you sampai? Yang I nak tahu you sepatutnya jumpa  I pukul 10 pagi . I tak kiralah pukul berapa pun you sampai dekat lobi tadi. And sekarang ni you jumpa I dah lebih pukul 10, that mean you late."kata-kata lelaki tadi sangat angkuh.

Timeless Love(COMPLETED)Where stories live. Discover now