''Ayah berilah peluang Along untuk tebus semula kesilapan lama Along.Along tahu along banyak buat silap dekat ayah tapi tolonglah sekali je along minta dari ayah tolonglah maafkan along'' kata Laila sambil memegang kaki ayahnya dan menangis teresak-esak
''Ah sudah kau tak layak panggil aku ayah anak apa kau ni?! kau dah malukan aku lepastu kau nak mintak maaf dengan airmata kau yang tak suci ni? dasar perempuan sundal mulai hri ni aku haramkan kau jejak lagi rumah aku kalau kau jejak ke sini lagi nahas aku kerjekan faham!!'' marah Pak Ayob kepada anaknya Laila
''ayah sampai hati ayah buat macam ni kat Laila kalau ayah tak percaya ayah scan lah perut Laila ni'' sambil memukul-mukul perutnya ''sumpah demi Allah Laila tak mengandung ayah tolonglah ayah...kalau ayah nak halau Laila keluar dari rumah tunggulah Laila habis pengajian Laila ayah tak lama lagi lepas Laila habis sem ni next sem Laila dah nak final ayah untuk graduate ijazah ayah Laila perlukan duit untuk pengajian Laila ayah dulu,ayah sendiri yang pernah cakap nak tengok Laila berjaya supaya nanti bila ayah dah tua Laila boleh sara ayah.. jadi inilah peluangnya ayah tolonglah ayah kesian kanlah Laila ayah'' katanya lagi sambil menangis teresak-esak
"sudah!! pergi mampus dengan kata-kata aku,aku rasa menyesal sebab aku pernah cakap macam tu dekat kau dulu kalau aku tau macam ni kau puya perangai memang aku takkan cakap macam tu lagi kau dasar perempuan murahan! kau dengar sini aku nak kau keluar dari rumah aku ni sekrang jugak tak kesahlah kau ni nak final exam ke apa ke mulai saat ni aku nak kau sara hidup kau sendiri untuk pengajian tinggi kau dan pandai-pandailah kau cari duit sendiri untuk bayar semua kos pengajian kau dan pandai-pandai kau cari rumah lain aku taknak tengok muka kau aku jijik tengok muka kau ni kau ambil baju kau yang baru balik dari kolej ni beg2 baju kau ni ambil! keluar kau keluar!! '' Pak ayob mencampakkan beg baju Laila yang baru dibawanya apabila sudah habis sem dan sambil menolak Laila keluar dari rumah dan Pak Ayob terus menutup pintu rumahnya. Laila menangis tanpa henti di depan rumah pintunya sambil meratapi tubuhnya yang hampir hilang tenaga disebabkan tangisannya tadi
Laila seorang anak perempuan yang sudah menjadi anak yatim apabila ibunya sudah meninggal dunia akibat kanser barah hati dan selepas kematian ibunya ayahnya Pak Ayob pula sara dan menjaga segala makan minum keluarganya Laila dan dua lagi anaknya.Laila mempunya 2 orang adik beradik dan dua2nya adalah lelaki.Seorang nama afwan dan seorang namanya ikram.Afwan kini menuntut pengajiannya di Universiti Utara Malaysia (UUM) dalam jurusan Business Management diploma.Dan Ikram masih bersekolah dan kini sedang bejuang untuk peperiksaan yang amat penting untuk mengubah masa depannya iaitu SPM.Sejak kematian ibunya Laila lah yang mengganti tempat ibunya memasak,memabasuh pakaian,mengemas rumah semuanya Laila
Laila boleh dikategorikan cantik di kampungnya sehingga ada seorang lelaki yang bernama Haikal yang sekampung dengannya telah memfitnah Laila mengatakan Laila mengandung dan anak lelaki dalam kampung itu adalah anaknya khabar angin ini telah tersebar sehingga bapak Laila terkejut tentang berita ini tetapi adik beradiknya tidak percaya yang kakaknya sebegitu kerana mereka kenal akan kakak kesayangan mereka tetapi adiknya Ikram redha dengan keputusan ayahnya untuk menghalau kakanya keluar dari rumah kerana dia tidak boleh menghalang ayahnya untuk menghalau kakanya kerana itu ayahnya berdosa besar jika melawan kata ayahnya.Tetapi adiknya yang kedua yang kini sedang menuntut pengajian tinggi di UUM tidak tahu tentang berita ini.
Laila menangis sambil membawa beg bajunya dan berjalan.Tiada tujuan untuk pergi ,tiada tempat untuk mengadu melainkan Allah.Tiba-tiba lantas Laila terfikir tentang kawannya di kolej.Laila mengeluarkan telefon bimbit dari koceknya dan terus mencari nombor telefon kawannya Diana dan terus dail kawannya itu.Bunyi berdering dan kemudian bunyi suara perempuan di talian ''hello assalammualaikum ye Laila kenapa?" dari menangis Laila terus senyum lebar dan menjawab ''waalaikummussalam Diana kau kat mana bole aku jumpa dengan kau?aku perlukan pertolongan kau'' lalu Diana menjawab
YOU ARE READING
Sekuntum Cinta
RomanceNasib seorang perempuan yang bernama Laila tidaklah begitu indah, dia menderita dan terluka setelah apa yang terjadi pada hidupnya.Kemudian datanglah seorang jejaka untuk menambat hatinya yang terluka dan cuba untuk membantunya dengan sepenuh ikhlas...