111

3K 166 89
                                    

Iman Nadhirah mendekati abangnya yang sedang sibuk di meja belajar. "Abang? Abang buat apa tu?" Tegurnya.

"Tengah susun jadual bertugas untuk pengawas ni," jawab Iman Nadzir.

"Oh..."

Iman Nadzir merupakan seorang pengawas. Dia dilantik pun sebab di sekolah lamanya, dia pernah jadi pengawas yang disegani ramai. Dia juga telah memecah rekod sekolah lamanya dalam akademik dan kokurikulum.

Iman Nadhirah kemudian beredar dari bilik Iman Nadzir. Sebenarnya, dia mahu tanya pasal pengawas lelaki yang ditemuinya pagi tadi. Tapi dibatalkan saja niat tu.

Yalah... macam mana nak tanya, kalau dia sendiri tak tahu nama?

Wajah lelaki itu terbayang di minda. Iman Nadhirah tersenyum sendiri. Kacak!

Tapi kenapa rasa macam familiar eh muka dia tu?

Puas gadis itu fikir, tak juga dia dapar. Ah, lantaklah! Yang pasti esok, aku akan cari dia.

Macam mana nak cari kalau hanya wajah saja yang dia ingat? Nama dahlah tak tahu, tingkatan berapa, kelas mana apatah lagi!

Doa-doa sajalah, Iman Nadhirah dapat tahu identiti pengawas lelaki itu.

_____________________

Keesokan harinya, Iman Nadhirah kelam kabut memakai baju sekolah selepas mandi ala kadar. Dia benar-benar terlewat untuk ke sekolah. Sepatutnya dia bangun pukul 6 pagi dan pergi sekolah pukul 7 pagi. Tapi harini, dia terjaga pukul 6.50 pagi. Itupun selepas pintu biliknya diketuk bertalu-talu oleh Puan Sri Ilyana ingin mengejut dia bangun.

Nak solat subuh lagi! Memang kelam kabut Iman Nadhirah pagi itu. Dia turun ke bawah selepas selesai menyiapkan diri dan bersolat. Dia mencapai sekeping roti bakar dalam pinggan atas meja lalu bergegas ke pintu hadapan.

"Mama! Irah pergi dulu!"

Iman Nadhirah berlari sambil makan roti bakar menuju ke Sekolah Menengah Tunku Ibrahim. Nampak pelik, tapi peduli apa dia apabila kereta yang lalu-lalang tertarik ingin melihat Iman Nadhirah yang lari bersama dengan roti bakar.

Hampir tiba ke pintu pagar sekolah yang hampir ditutup, Iman Nadhirah menghalang. "Tunggu!"

Pak cik guard itu terhenti. Dia memandang seorang pengawas yang ditugaskan mencatat nama murid lewat ke sekolah itu.

Iman Nadhirah menunduk malu melihat pengawas lelaki itu. Mestilah malu! Dia yang aku jumpa semalam kut. Tak sangka pagi-pagi lagi dah jumpa! Iman Nadhirah menahan senyum.

Pengawas lelaki itu mencekak pinggang. "Kenapa lambat? Tau tak sekarang dah pukul berapa?"

"A... aku bangun lambat. Sek... sekarang pukul... tujuh... 25 pagi." Tergagap-gagap Iman Nadhirah menjawab dua soalan pengawas lelaki itu. Sempat dia mengerling melihat tag nama yang disemat pada tali leher.

Zafriel Adrian.

Sedapnya nama!

Zafriel Adrian menggeleng. "Klise sungguh jawapan kau tu. Semalam kau buat hal, harini pun kau buat hal. Dan yang aku tak faham, kenapa aku jugak yang ditakdirkan jumpa dengan kau?"

Iman Nadhirah mengucap kata maaf dengan suara perlahan.

"Tak payah minta maaf. Kau tak ada salah apa pun kecuali datang lambat ni. Nah, tulis mama kat sini!" Jejaka itu menghulurkan pen dan buku kedatangan lewat pada Iman Nadhirah.

Cik Troublemaker Pencuri Hatiku! (unedited)Where stories live. Discover now