POV AUREL
Sebelum berangkat pergi kerja, Ethan terlebih dahulu menolong aku apa yang patut seperti semalam can aku dipaksa bangun awal.
"Kau nak breakfast dalam bilik atau turun bawah?"
"Nak turun bawah." Kataku sambil mengikat rambut. Seperti biasa dia terus mencimpung aku. Perghhh wangi bak hang.
Aku paling suka bau wangian dia. Ehh jap, pasal Ethan Danial dari bawah sampai atas, hehehe aku suka.
Di ruangan meja makan, kelihatan abah ummi dan along sudah ada. Awal pulak bangun along ni.
"Hamboii nak bergendong bagai pesal? Ingat dia tuan puteri. Kalau aku jadi Ethan, dah lama humban dari tingkat atas tadi." Perli along sambil menyapu jem di atas rotinya. Ethan pula hanya tersenyum. Bukan nak back up bini dia. Aku merengus bila aku dapat duduk bertentangan along.
"Sebenarnya aku bukan setakat nak humban, kalau boleh aku nak sepak aje dari bilik biar terus sampai sini. Senang." Tambah lagi Ethan. Ummi dengan abah hanya gelak. Suka lah tu.
Aku menjeling tajam ke arah Ethan yang duduk sebelah aku. Seronoklah kenakan aku. Mentang-mentang diorang berdua ni BFF sejak sekolah sampai sekarang. Huh!
"Adik nak makan apa? Ada bihun dengan nasi goreng ni?" Tanya ummi bila perasan muka aku mula masam. Yalah, orang lain dah kahwin, pagi-pagi bergula tapi aku kena bahan.
"Tak nak makan. Nak minum air milo je." Jawap aku. Hilang selera. Aku terkapai-kapai nak mengambil cawan. Huh! Tak sampai.
Dasar pendek!
"Tangan pendek! Tula ummi dah banyak kali suruh minum susu tapi kau tak nak. Tengok sekarang tangan tak cukup panjang." Bahan along lagi.
Aku mengetap bibir sambil memandang Ethan. Mintak simpati. Ethan mengambil mug lalu menuang air milo lalu di sua pada aku. Bihun goreng di cedok lalu diberi pada aku.
"Makan sampai habis. Nanti nak naik atas mintak tolong Along. Abah tu dah tak larat nak dukung kau. Ummi abah Ethan pergi dulu. Along nanti tengok-tengok budak ni." Ethan menyalami tangan abah dan ummi.
"Aku tolong tengok aje. Pandai-pandai dia lah nak turun naik." Ujar Along lalu bangun menuju ke singki.
Ethan tersenyum.
"Ummi dengan abah nak pergi jenguk pak long. Along jaga adik ya." Ujar abah selepas mengambil kunci kereta dalam bilik.
"No problem abah."
"Jangan buli adik pulak." Tambah ummi lagi. Along tersengih.
*****
"Adik, kau dengan Ethan okay tak?" Tanya abang semasa kami menonton televisyen di ruang tamu.
"Okay" Jawap aku sepatah. Yalah okay. Buat masa ni okay lagi, tak sampai pun tahap bahgia.
"Aku nak mintak maaf sebab aku korang dua terpaksa menikah awal."
"Maksud along?"
"Minggu lepas Mikail datang sini. Dia jumpa aku ummi abah. Dia datang nak merisik kau. Dia nak kau jadi isteri dia. Abah cakap nanti dia tanya kau, kalau kau setuju abah dengan ummi setuju. Dengar aje abah cakap macam tu, aku terus menyampuk yang kau dah rancang nak nikah minggu depan dengan Ethan"
"Mikail? Adik baru dua kali jumpa dia takkan dia dah jatuh suka pada adik. Siap nak buat isteri lagi. M-macam mana Ethan setuju nak kahwin dengan adik?"
"Abang ajak Ethan jumpa. Abang ceritakan pada dia. Dia benggang jugak. Abang cakap kalau sayang adik minggu depan kena nikah...dia pun setuju. Dia cakap dia tak sanggup tengok adik dengan orang lain."
"Kenapa tak bagi tahu awal-awal?"
"Saja. Adik kena hati-hati. Mikail tu berpengaruh."
Aku mengangguk. Menyesal pulak kenal dengan Mikail tu.
Selepas Along menghantar aku ke bilik. Aku terus membuka whatsapp yang di hantar oleh Ethan.
From: Encik Husband💕
Malam ni aku dinner rumah mama.Aku balik lewat.
Jangan tunggu aku.
Minta tolong ummi kalau nak pergi tandas atau nak mandi
To : Encik Husband💕
Baik.
Nanti kirim salam sayang pada mama.
Drive leklok
😊Aku nak sangat nak hantar emoji ni 😘. Kalau dia hantar whatsapp berpakej bermakna aku tak perlu pun balas sebenarnya. Sejak hari pernikahan kami sampai hari ini, aku tak pernah lagi jumpa mama. Ada juga ajak Ethan jumpa mama, tapi Ethan cakap dia sibuk. Nanti kalau tak sibuk baru dia bawa jumpa. Kecewa juga.
Jam baru pukul 10 malam, masih awal untuk tidur. Aku mendapat satu idea. Dah lama tak stalk Instagram Dracula ajet-ajet femes tu. Satu persatu aku scroll gambar dia. Semua exclusive. Banyak jugak gambar dia dengan along. Ramai gila perempuan yang komen gambar dia ni. Huh! Semua cakap dia handsome. Eh jap ni gambar dia pakai baju melayu masa akad nikah dan caption dia ialah will be my bride?
What!!!? Aku aku ni siapa?
Komen:
Stay like this....i love it😍😍😍😘😘😘
Awaaa...Cair hati titew😍😍😍
Dan banyak lagi...sakit pulak hati kita yang baca ni. Haih kalaulah boleh, dah lama aku pergi bakar rumah diorang satu persatu. Si dracula pun satu hal, memanglah satu komen daripada beribu komen tu dia tak balas tapi behave sikit. Ya aku jeles.
*****
POV ETHAN
Sebaik sahaja membuka pintu bilik, keadaan bilik masih terang benderang. Ingatkan budak ni tak tidur lagi. Tapi memang patut dia sudah tidur, sekarang dah pukul 12 tengah malam. Dia punya landing atas katil, macam tak sakit kaki. Aku membetulkan keadaan dia tidur dan mengambil telefon di tangan. Boleh pulak main telefon sampai tertidur. Baru nak letak atas meja, tiba-tiba ada whatsapp. Aku terus membukanya. Whatsapp group rupanya, aku tekan butang patah balik terus pergi ke Instagram. Wait! Aku tak buka insta dia okay aku just tekan button back je. Eh jap asal ni macam gambar aku je dan ni memang akaun insta aku. Ohh stalker insta aku ya. Tak ada kerja ke apa? Stalker insta suami sendiri. Aku tersenyum.
YOU ARE READING
Just You, Budak Lembab! [COMPLETED]
عاطفية"Betullah apa yang saya selalu fikir selama ni yang awak memang tak cintakan saya. Awak tak sayangkan saya pun. - Aurel Fatiya. "Yes! Kenapa? Kau rasa menyesal sekarang? Budak lembab!" - Ethan Danial. Peringatan : Under 18 kebawah tidak digalakkan...