CHAP~04

96 7 3
                                    

♡♤♡♤♡♤

Setibanya mereka di warung Pak Jebon, Firdaus terus mencari meja makan yang kosong.

"Order, please." Kata Firdaus sambil melambai-lambai tangannya ke arah pekerja yang sedang sibuk mengelap meja makan. Pekerja tersebut menganggukkan kepalanya lalu mendekati Jannah dan Firdaus.

Pekerja lelaki itu terus mengambil order "Ya, cik berdua nak pesan apa?"

"Err, bagi saya milo ais dengan laksa penang ea." Pesan Firdaus.

"Orait...abis yang cik adik sebelah tu..nak makan apa?"

Jannah baru sahaja mahu membuka mulut, Firdaus terus memotong. "Yang ni, awak bagi dia air sama macam saya, cuma makanan je lain. Bagi nasi ayam. Okay?"

"Bereh, boh." Pekerja tersebut menulis menu-menu yang dipesan di atas nota kecilnya lalu dia berlalu pergi.

"Woit! Kau pehal!? Suka hati kau je en." Jannah ni apa lagi...terus lah dicubitnya si Firdaus ni. Ha, biar rasa dia. Tulah, lain kali jangan nak memandai pesan makanan untuk Jannah.

"Adududuhhh..sakit la Jane. Biar la aku pesankan...nanti tak habis air liur kau kan?" Kata Firdaus nakal sambil mengangkat-angkat keningnya. "Otak kau!" Jannah melemparkan jelingan yang tajam kepada Firdaus. Huish, dasyat!

Suasana mulai sunyi sepi sambil menunggu kedatangan makanan tengahari mereka. "Jane... sebagai P.A setia aku, aku kena tahu serba sedikit tentang kau. So, aku harap kau boleh bekerjasama." Whut da heck!? P.A SETIA!? Geli lak aku dengar. Haish, pape je lah mamat ni.

"Ha...kau nak tahu apa pasal aku?" Tanyaku acuh tak acuh.

"First, paling penting aku nak tahu nama panjang kau. Second, aku nak tahu biodata kau secara terperinci dan lengkap. Taknak tipu-tipu, deal?" Alamak, dia ni dah kenapa. Tetiba je nak tahu semua pasal aku. Dah la tak boleh tipu. Aku baru je niat nak tipu sunat tadi.

"Okay, deal. Aku akan bagi tahu kau semua biodata aku tanpa MENIPU. Tapi nanti, kau pon kena bagi tahu jugak." Kalau aku boleh, mesti dia pon boleh ..kan?

"Okay. Cepat...mulakan."  Setuju Firdaus.

Aku menarik nafas dalam-dalam. Sedalam-dalam lautan dan terus memulakan bicara. "Baiklah, yang pertama...nama aku bukan Jane. Tapi, Jannah. Nik Jannah Farhana. Aku dilahirkan di China. Aku pon tak tahulah kenapa jauh sangat aku diberanakkan. Tapi abah aku ada cerita lah yang masa tu sebenarnya parents aku tengah pergi holiday sesama. Pastu dengan tiba-tiba ibu aku ni terberanak aku kat sana. So, aku kena redha je lah yang aku ni lahir kat sana. And then, aku dibesarkan kat Johor. Dalam umur aku lingkungan 19 tahun, keluarga aku pindah kat KL. Sebenarnya, aku ni anak sulung daripada 4 adik beradik. Adik pertama aku, lelaki. Nama dia, Nik Taqeef Farhan. Adik kedua pun lelaki jugak. Nik Khaleef Fauzan. And, adik terakhir aku, perempuan. Haa..yang ni sorang je lah boleh harap sikit. Nama dia, Nik Adhwa Farhah. Hah apa lagi kau nak tanya aku?" Setelah beberapa jam ak-

Eh tak sampai lah jam...baru beberapa minit. Correction> setelah beberapa minit aku menceritakan serba sedikit tentang biodata aku, aku pon dah tak tahu nak cakap apa lagi. So, aku suruh je lah dia tanya apa yang dia nak tahu tentang diri aku.

"Kau pernah ada boyfri-" Tak sempat lagi Firdaus ni nak abiskan soalannya, tiba-tiba datang seorang pekerja dengan membawa makanan yang dah dipesan tadi.

"Ini dia makanannya." Kata pekerja itu sambil meletakkan makanan serta minuman di atas meja. "Okay, thank you" Ucap aku lalu dia pergi beredar.

"Apa yang kau nak tanya aku tadi? Boleh ulang balik tak?" Kataku sambil minum milo ais dengan nikmatnya.

"Aku nak tanya....kau ni pernah ada boyfriend ke tak?" Firdaus terus menanyakan soalan yang tergendala sebentar tadi.

Aik, pehal pulak Firdaus ni. Tetiba je tanya soalan macam tu. "Takde lah. Aku tak pernah ada pakwe. Tak main ah aku benda-benda cam ni..geli lak aku." Jawabku acuh tak acuh. Haa...tadi tanya sangat kan.

"Yes!" Bisik Firdaus tatkala mendengar penjelasanku. Bisik tu dah la kuat..haish. "Yes? Apa yang 'yes' sangat tu?" Tanyaku.

"Ehhh takde pape lah. Ehehe." Firdaus tersengih sambil menggosok di belakang lehernya.

"Eleh, tadi bukan main duk 'yes-yes' bagai!" Bisikku pula dalam diam. "Haaa apa dia?" Ish sibuk je Firdaus ni nak tahu jugak apa yang aku duk bisik. "Ehhh takde pape lah. Ehehe" kataku.

"Eyyy budak ni. Copy ayat orang."

"Alaa...sekali sekala."

Duk sedap bersembang, sampaikan kitorang tak ingat hidangan yang sudah lama tersedia ada di atas meja. Haih, sejuk lah nanti makanan tu. Kitorang pon mula makan dengan tertibnya.

♧CONTINUE♧

●Nanti author try publish chap~05 cepat-cepat tau. Sekarang ni author tgh busy. Hikhik. Soey💞.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 07, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Mr. Meow & Miss GangsterWhere stories live. Discover now