Pandanganku kabur. Kelopak mataku terasa begitu berat.
"Lia, bangun! "
Aku tersedar dengan goncangan lembut Kak Mai. Aku terlihat Puan Zahrah, Kak Mai dan wanita yang hendak menjadikan aku anak angkatnya.
Kejap? Anak angkat?
"Hah, bangun pun budak nih. Mesti Lia curi dengar perbualan kami tadi. Lia tak suka ke? "
Puan Zahrah ajukan soalan. Isk. Kelu lidahku. "Lia, nama aunty Puan Sofya. Aunty nak jadikan Lia anak angkat. " Wanita itu menyentuh bahuku.
"Tapi, kenapa saya? "
Puan Sofya dan Puan Zahrah saling berpandangan.
"Lia, sebenarnya tahun lepas aunty dah datang. Nak cari anak angkat. Aunty nampak Lia berseorangan di buaian. Kemudian, Puan Zahra ceritakan segalanya kepada aunty. Dari situ, aunty bertekad nak jadikan Lia anak angkat aunty. Supaya Lia boleh hidup dengan lebih selesa dan bahagia. Malah, Lia boleh sambung belajar di sekolah lagi. Nak? "
Muka Puan Sofya dan Puan Zahrah aku tatap silih berganti. Sejujurnya, aku memang rindu nak ke sekolah. Dulu aku memang dah bersekolah, tetapi dibuang kerana masalah disiplin yang dilakukan olehku. Sebab apa? Budak-budak sana cari pasal.
Tapi jika aku dijadikan anak angkat, bermakna aku akan meninggalkan Rumah Kasih. Meninggalkan Kak Mai. Aku tatap pula muka Kak Mai. Kak Mai seolah mengerti, hanya berbisik kepadaku, "Lia, pergilah. InshaAllah Lia lebih selesa dan bahagia. Nanti boleh je kita berhubungan lagi. Call ke atau Lia datang lawat Kak Mai. "
Bersalah pulak aku. Selama ni Kak Mai yang selalu teman aku, bagi aku semangat, pastu sesuka hati pulak aku tinggalkan Kak Mai. Tapi, Puan Sofya nampak baik. Mungkin betul cakap Kak Mai. Hidup aku lebih tenang?
"Lia nak. "
Puan Sofya memeluk aku. Perlahan-lahan, senyuman terukir di bibirku.
-----
Aku selesai mengemas barang. Sebenarnya, barang aku tak banyak pun. Satu beg bagasi cukup.
Tiba-tiba, Kak Mai masuk bilik aku. Aku segera memeluk Kak Mai. Air mataku mula menitis. "Kak Mai, Lia minta maaf kalau selama ni Lia ada buat salah. Lia janji, Lia takkan lupakan Kak Mai. Lia sayang Kak Mai. "
"Ya, Kak Mai pun sayangkan Lia dan takkan lupa Lia. Sudahlah, pergi ruang tamu. Ramai sudah berkumpul. "
Aku menuju ke ruang tamu. Kelihatan di sana, semua sudah berkumpul termasuk anak-anak yatim piatu yang lain. Tunjuk muka sedih. Padahal aku tahu, dalam hati bersorak gembira.
Bahuku dirangkul oleh Puan Sofya. Aku tersenyum lebar. Kemudian, aku menyalami tangan Puan Zahrah. Segalanya berlaku begitu pantas. Sedar-sedar, aku sudah berada di dalam kereta Puan Sofya.
"Lia, lepas ni Lia panggil aunty, umi. Okay? "
Aku mengangguk. Ya, mungkin selepas ini hidupku akan bahagia.
Tiba-tiba,
Screeettt....
"LIA! "
Ataupun tidak.
YOU ARE READING
Forever Alone
RandomLia, anak yatim piatu yang tinggal di Rumah Kasih. Hidupnya penuh dengan kesunyian dan duka lara kerana dipulaukan oleh anak-anak yatim piatu lain di Rumah Kasih. Hanya Kak Mai menjadi temannya. Apabila Lia dijadikan anak angkat dan diberi pelu...