Ch 37

1.2K 177 46
                                    

Jin pov

Aku memulas tombol pintu dan melangkah masuk ke dalam rumah. Sesekali aku mengurut leher menghilangkan rasa sakit.

Tesis yang harus disiapkan beberapa minggu lagi benar benar membebankan.

Mata aku tertumpu pada sekujur tubuh di atas sofa. Aku mengeluh perlahan. Sejak beberapa minggu ini, aku sering mengabaikan nya. Terkadang tanpa sengaja aku meninggi kan suara.

Aku usap pipinya lembut. Lalu mengucup dahi nya singkat. Aku angkat tubuhnya lalu bawa ke dalam bilik.

Aku letakkan dia atas katil dan selimutkan menutupi bahunya.

[Skip]

Readers pov

Aku terjaga dari tidur. Aku menggosok mata untuk menghilangkan ngantuk. Aku pandang sekujur tubuh disebelah.

"Awak.. Bangun" aku gerakkan lengan nya. Dia membuka mata sedikit sebelum menutupnya semula.

"Nantilah, saya penat"

"Palli" aku tolak selimut lalu berkira kira mahu bangun. Namun tangan aku dipegang kemas.

"Sayang.."

"Hm?"

Dia diam. Matanya tertutup rapat. Tidur ke?

Aku tolak tangan dia lalu melangkah ke bilik air untuk membersihkan diri.

[Skip]

Aku keringkan rambut panjang aku menggunakan tuala kecil. Aku menggeleng perlahan apabila dia masih terbongkang di atas katil.

"Awak, bangun"

Aku ambil phone aku yang tengah cas. Aku tersenyum lebar tatkala membaca event yang tertera di screen.

"Awak! Bangunlah!!"

"Ye sayang ye" dia duduk sambil menggosok matanya menghilangkan ngantuk.

"Palli bangun, mandi" dia bangun dan mengambil tuala yang tersangkut lalu melangkah ke bilik air.

"Awak!"

"Hm?"

"Hari ni balik awal boleh?"

"Tengoklah"

Aku terdiam. Aku pandang kelibatnya yang hilang ke dalam bilik air. Dia tak ingat ke?

Aku belek phone aku sekejap. Tiba tiba ia berbunyi menandakan ada panggilan masuk

"HANI-SSHI!! HAPPY ANNIVERSARY!"

"Takyah jerit jerit setan. Btw, gomawo gomawo, lebiu. Acaner kau tau?"

"Eh ofcoz lah. Tarikh kau terkencing dalam-"

"TAKYAH LAH MENTION TU SETAN"

"Aigo HAHAHAHAHA. Dah, aku nak sambung tidur. Bai"

"Bai"

Aku letak phone aku semula di atas meja. Yoongi pun ingat, takkan dia tak ingat?

Aku betulkan rambut aku lalu keluar dari bilik. Aku lihat Amber sedang memasak sesuatu di dapur.

"Amber sshi, tengahari nanti kita keluar ya?"

"Pergi mana?"

"Mall, hari ni-"

"Sayang"

Aku menoleh. Aku lihat dia sudah lengkap berpakaian formal. Aku mendekatinya.

"Awak taknak sarapan?"

History Teacher || K.S.J || (S2/S2)Where stories live. Discover now