Bab 3 ; Tok Imam , jiran sebelah?

858 34 14
                                    

+++

Ketika aku masih lagi 'ABC' aku mendapat tahu bahawa ada 2 orang pelajar tahfiz yang akan mengimamkan solat tarawih di masjid.

Mereka juga telah diberi rumah sewa yang dibayar oleh pihak masjid kepada tuan rumah yang akan mengerjakan umrah pada bulan ini.

Jadi rumah itu kosong dan diberi keizinan untuk mereka tinggal disitu semasa bulan ramadhan.

Aku masih lagi tidak dapat melihat wajah mereka.

Aku tidak tahu bila mereka ke masjid pada setiap hari.

Aku tau mereka akan ke masjid apabila masuk waktu solat fardhu tetapi bila mereka keluar rumah untuk ke masjid.

***

Aku tersenyum membayangkan bagaimanalah agak - agaknya rupa 2 orang pelajar tahfiz yang menjadi imam solat tarawih itu. Al maklumlah mcm mana yang author perasanlah budak - budak tahfiz kebanyakannya (heartthrob/good looking).

Jadi aku tidak sabar hendak ke masjid untuk solat tarawih dan mendengar alunan bacaan mereka. Bak kata pepatah 'alang - alang menyeluk pekasam , biar sampai ke pangkal lengan.

Aku mempunyai sifat ingin tahu . Ceh

[Sabtu, 3.06.2017, 5:20 a.m]

Selepas seminggu aku meninggalkan puasa kerana 'ABC' kini aku kembali berpuasa.

Aku sudah mula berpuasa penuh mulai hari ini.

Walaupun sedikit lambat mengerjakan ibadah puasa tetapi ini tidak menghilangkan rasa gembira yang sentiasa menanti untuk berpuasa.

7:20 p.m.

Aku segera menyiapkan diri untuk pergi menghadap Allah.

Aku bersiap dan terus menyarungkan kain telekung yang tergantung cantik dibelakang pintu.

T-shirt berlengan panjang dan seluar tracksuit hitam dikenakan untuk pergi kemasjid pada malam ini.

Aku tidak memikirkan tentang imam tahfiz kerana aku sibuk menyegerakan dalam semua perkara . Cthnya  mencari stokin, memakai jam dan mengisi air didalam botol harianku .

Semua yang telah dinyatakan itu adalah persiapan sebelum kemasjid.

+++

Pintu gate ditutup dan dikunci demi keselamatan bersama.

Masjid tidak berapa jauh dari rumahku hanya beberapa langkah sahaja untuk sampai kesana sekurang - kurangnya dalam 30 steps itupun kalau berjalan laju jika berjalan dengan lemah gemalai mungkin dalam 60 steps ..

Mungkinlah.

Aku memakai stokin yang berwarna hitam ketika dalam perjalanan menuju ke masjid.

Hanya berjalan kaki tidak perlu untuk menghidupkan enjin kereta.

Alhamdulillah Allah mempermudahkan segala urusan aku.

Aku , mama dan kakak tiba diperkarangan masjid dalam pukul 7:30.

Mungkin , itu hanya aggaran aku sahaja.

+++

Aku tiba - tiba teringat akan 2 orang imam tahfiz itu.

Aku mengatakan kepada mama dan kakak yang aku tidak sabar untuk mendengar alunan bacaan mereka.

Kakak memilih saf yang kedua . Kemudian aku ,kakak dan mama duduk selepas selesai menunaikan solat sunat tahiyatul masjid.

Kakakku memerliku dengan mengatakan "Ma dia nak tok imam tu ma"kepada ibuku.

+++

Selesai menunaikan solat fardhu Isyak . Jemaah menunggu imam untuk terus dengan solat tarawih.

"ALLAHUAKBAR" laung TokImam

Aku segera memandang kakakku yang berada disebelah kiriku.

TOK IMAM , JIRAN SEBELAH ?✅Where stories live. Discover now