Sudah hampir dua hari aku melancarkan perang dingin.
Tapi terkadang, aku rindu juga. Sekarang, dia sudah kerap pulang awal. Tapi, dia masih belum memberitahu sebab dia pulang lambat.
Aku rasa, sekolah sampai pukul 4 je.
Mata aku tak boleh tertutup sejak pukul 1 tadi. Aku pandang jam dinding. Pukul 3 pagi. Aku pandang dia yang tertidur lena di sebelah.
Walaupun perang dingin masih berjalan, takkan aku nak suruh dia tidur luar. Kan kejam tu.
Aku nak makan buah. Ah sudah.
Aku bangun dan melangkah masuk ke dapur. Aku menyelongkar peti ais. Aku rasa dulu aku nampak epal dalam ni. Dah habis ke?
"Hani? Hani cari apa?" aku pandang Amber yang baru keluar dari bilik.
"Hani.. Terasa nak makan buah. Bukan dulu ada buah eh dalam ni?"
"Laa, dah habis lah. Waktu macam ni biasanya kedai dah tutup. Tak tahulah kalau supermarket yang buka 24 jam"
"Oh yeke? Takpe lah" aku tutup pintu peti sejuk dan masuk ke dalam bilik.
Aku berjalan ke hulu hilir sambil tangan aku menampung perutku.
Haih, tak boleh jadi ni.
Aku masuk ke dalam bilik air dan membersihkan diri secara ala kadar.
Setelah siap, aku capai phone dan purse aku. Lalu aku melangkah keluar dari bilik.
"Sayang.." aku menoleh. Kelihatan dia bangun dan menggosok matanya.
"Hm?"
"Nak pergi mana?"
"Keluar" seraya dengan itu dia bangun dan mendekati aku. Dia melirik jam dinding.
"Keluar? Malam malam ni?"
"Ye, saya nak cari buah" ujar aku perlahan.
"Besok boleh kan?"
"Tapi saya nak sekarang" aku mencebik seperti mahu menangis.
"Okay okay. Tapi saya tak benarkan awak keluar. Bahaya malam malam ni. Biar saya keluar. Awak tunggu sini"
[Skip]
Jin pov
Sudah hampir setengah jam aku berpusing di Bandar Seoul ini. Namun, tak ada satu pun supermarket yang masih buka.
Sesekali aku mengosok mata menghilangkan ngantuk. Aku ternampak 7e, dah hampir 5 buah 7e aku jumpa.
Tapi, tak salahkan mencuba?
Aku memakirkan kereta di hadapan 7e itu. Pintu kaca itu aku tolak. Aku lihat seorang cashier lelaki lingkungan 30-an tersenyum memandang aku.
Aku berpusing di dalam 7e itu. Sesekali tangan aku mencapai makanan ringan. Tak ada.
"Hyung nak tanya, ada buah tak?"
"Nae? Buah? Tak adalah."
"Hyung tau tak kedai yang ada jual buah waktu waktu ni?"
"Hm, rasanya tak ada. Kenapa?"
"Apa.. Isteri saya mengidam nak buah, sekarang ni. Tapi saya dah buntu. Tak tahu nak cari kat mana lagi" aku meraup wajah perlahan.
Janganlah dia minta naik ufo memalam ni.
"Ohh mengidam. Um, hyung ada 3 biji epal ni. Sebiji hyung dah makan, kalau nak, ambil lah" dia menyerahkan epal tersebut di dalam bekas polisterin.
YOU ARE READING
History Teacher || K.S.J || (S2/S2)
AléatoireHighest rangking : #9 in random Aku Min Hani. Aku, paling benci mata pelajaran Sejarah. Siapa yang suka weyh ha tell me. Sejarah tak penting pun an an. Buat apa nak tau kisah masa silam. Move on lah wey. Tapi guru sejarah aku sem au. Sem nak matey...