1

21 0 0
                                    

Nombor  kad pengenalan aku taip di papan kekunci telefon pintarku.Aku pilih sekolah menengah atau rendah,apa tu? Untuk para pelajar menipu la kalau engkau orang semua tak tahu tentang SAPS SEMAKAN IBU BAPA.Seterusnya,nama dan kelas aku terpapar di skrin telefon lalu aku terus menekan butang (PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN).Ya,macam abc dah keputusan peperiksaan aku.Semua ada A B C mahupun D tetapi faham-fahamlah susahlah! Tanpa membuang masa aku menyimpan data tersebut supaya ayah aku dapat lihat keputusan peperiksaan aku.Tak takut ke kena marah? Buat apa nak takut sementara je kena leteran tetapi ayah aku jenis tenang jadi senanglah kerja aku.Cuma dia kata tahun depan kena mula tusyen.
__________________________

Malam ini aku kena hadir ke tusyen,sumpah aku tidak mahu ya siapa yang mahukan belajar.Tetapi apakan daya bonda tersayang sudah mendaftarkan namaku di tusyen ini.Aku pasrah titik.Aku masuk ke dalam kelas dan tiba-tiba aku sangat terkejut kerana bekas kawan baik aku ada di dalam kelas tu.Bila dah jumpa kawan memang suka la kan.Kenapa aku panggil dia bekas kawan baik hahaha setiap orang yang pergi meninggalkan aku demi asramanya aku akan panggil bekas.Ya asrama lagi penting dari aku biarlah asrama daripada asmara aik? Apa aku merepek ni.

30 minit berlalu begitu sahaja,aku rasa macam membazir pula pergi tusyen ni.Sekejap,tiba-tiba ada seorang pelajar lelaki masuk ke dalam kelas aku.Muka dia garang aummm eh salah buat bunyi aumgggg aduh macam mana nak buat bunyi harimau mengaum tu hahaha faham-fahamlah ya.Selepas itu dia terus duduk di kerusi sebaris dengan baris aku tapi jauhlah.Bila dia masuk tadi terkejut aku,aku ingatkan Aril Haikal tadi rupanya orang lain,samanya muka dia orang.Sapa Aril? Entah,hahaha Aril ni junior Hanna.Kalau nak tahu dengan lebih lanjut sila baca chapter Aqid Harris.

"Kamu ni Aqid Harris bin Hilme ke" tanya sir di depan kepada lelaki tersebut.Lalu dia menjawab "Ya" mak aihhh sombong gila dah lah lewat lepas tu tak tahu nak minta maaf .Dah lah ada 4 mata,huh 4 mata? Dalam dunia ni Allah kurniakan semua manusia normal 2 mata Hanna, kau ni budu ke?Bukan budu tapi betul lah selalu orang yang pakai kaca mata ni nampak hensem,apa aku merepek lagi ni ke situ pula jadinya.Tak selalunya orang akan panggil si kaca mata tu ada 4 mata ? Ya cuba la kira dia ada berapa mata, mata normal 2 dan kaca mata ada 2 lagi,kan 4 tuh.Okay kau dah merepek Hanna.

Apa-apalah kalau dia ada 1 mata pun perlu ke aku kesah? Tapi pelik lah aku macam kenal dia,serious aku rasa ragu-ragu bila tengok dia,rasa macam rasa ingin tahu.Buat apa nak tahu?Entah tapi tetap nak tahu.Jam sudah menunjukkan pukul 9,waktu balik lah apa lagi.Sejujurnya aku tak faham langsung apa yang sir ni ajar aku memang blur bila matematik.Kira duit pun aku takut salah hahaha.Aku bangun dan keluar dari kelas untuk pulang ke rumah.Tetapi aku seorang sahaja yang balik kerana aku tak ambil subjek Bahasa English.Bukan dah pandai tetapi kerana English boleh belajar sendiri jadi jangan membazirkan duit laa ekonomi teruk sekarang ni bla bla bla bla.Hanna ni bising la bebel je tahu.

Malam selepas balik rumah tu juga aku pergi stalk instagram Aril,entah kenapa aku pun tak tahu.Ya,memang Aril ada abang dan abangnya adalah Aqid Harris orang yang aku baru jumpa sebentar tadi dan dulu aku pernah lihat gambar dia dengan abang dia tetapi sekali pun aku tak pernah kisah untuk ambil tahu mahupun sebok-sebok nak tahu ya bak kata pepatah jangan jaga tepi kain orang.Aku lihat gambar Aril dengan Aqid tak ada lah serupa mana dan patutlah aku tak pernah kesah pun sebelum ni sebab muka abangnya nampak matang mati-mati aku ingat dia tingkatan 4 masa aku tingkatan 2 tu.Rupanya sebaya dengan aku hahaha ah sudah.Lepas aku dah tahu tuh tapi aku masih tak percaya yang tu Aqid.

Aku pun cuba-cuba lah nasib en taip aqidharris,Finally!!! Jumpa kau hahaha yang kau bangga semacam pahal Hanna.Mestilah bangga tak sangka aku ni pro in spy,(banana dia) faham-fahamlah banana tu apa.

Tetapi

Malangnya

Dia

Private (hambar)

Aku tahu engkau orang tengah gelakkan aku,gelak-gelak lah.


Eiii dia boleh private sabarnya lah aku,aku dah berkobar-kobar dah nak tahu pasal dia akhirnya hahaha tak apa Hanna jangan setakat hangat-hangat tahi ayam je ,kita pasti boleh! Maka dengan itu berakhirlah usaha aku pada hari itu.Aku baring di atas katil dan seolah-olah merasakan sesuatu yang tidak kena dengan diri aku (Hanna dah gila hahaha).Satu sebab aku pening belajar Matematik tadi satu lagi sebab Aqid.Kenapa nak kena pening pula Hanna?Perlu ke fikir pasal dia? Eh perlu?! Cehhhhh!! Gurau tapi memang perlulah.

Imam Planet NeptuneWhere stories live. Discover now