AUTHOR's POV
Mirae mengetap bibir. Dia takut. Tangan sudah sakit dek diikat dari semalam— atau mungkin dua hari lepas? Entahlah, dia lupa. Yang pasti, tangannya sudah memerah akibat terlalu lama dibiarkan terikat ditiang apa entah. Mata Mirae turut ditutup dengan kain hitam.
Semalam ada orang suap dia roti dan air kosong. Roti tu keras sangat sampai sakit rahang Mirae mengunyah roti itu . Air kosong yang diberi pula diberi minum secara kasar, tak sempat telan lagi disuapnya lagi air.
Mirae dah puas menangis. Dia tak tahu dia dekat mana, dengan siapa, untuk apa. Yang dia paling ingat, muka Jungkook tersenyum sinis sambil ikat kain hitam dekat mata dia.
"Kau tahu tak kau dah banyak susahkan hidup aku? Cepat-cepatlah mati bagi aku hidup senang balik"Mirae sedih. Tak sangka Jungkook berkata begitu padanya. Dia percayakan Jungkook.
Dari situlah dia tahu yang dia diculik oleh ibunya sendiri. Satu-satunya deria yang berguna buat Mirae pada ketika ini ialah deria pendengaran. Perbualan dari bilik sebelah dapat dia dengar walaupun bunyinya cuma kedengaran samar-samar.
Dia ingat lagi, dia sedang berbual dengan Jimin ditelefon sebelum dilarikan kesini.
"Cepatlah!" Mirae merengek. Harini hari yang paling meletihkan buat dia. Dengan jadual kelas yang padat, study group dengan kawan-kawan, kelas ganti, semuanya buat Mirae nak balik tidur.
"Sabarlah. Nanti oppa sampai, kejap je lagi" Jimin dihujung talian menjawab. Rasa bersalah puka tak datang awal-awal. Dia lupa sebenarnya yang Mirae dah balik pada waktu tu. Sekarang dia dah setengah jam lewat dari yang mereka janjikan.
Mirae mendengus. "Orang penat tau harini, oppa pulak datang lambat. Nak minta naik bas dia tak bagi, naik teksi pon tak bagi pastu ambik lambat pulak." Dia membebel. Tengah penat gila ni Jimin boleh lambat pulak, mana tak mengamuk!
"Alah sayang sorrylah, kejap je lagi nak sampai dah. Tunggu ya, sayang?" Jimin bertanya lembut. Dia tahu cara lembut macam tu je boleh lembutkan Mirae.
Mirae menjulingkan mata. Saje je Jimin ni guna titik kelemahan dia. Cis, mana aci!
"Yelah yelah cepat sikit" Mirae malas nak marah lagi. Dia tengah penat ni nak bebel pon tak larat. Air masak dah habis. Mirae mengeluh.
"Sementara tu, meh oppa nyanyi" Jimin cuba untuk memujuk lagi. Dia tahu Mirae marah lagi, jadu baik dia pujuk awal-awal.
"Drive kan? Bahayalah" Mirae membantah.
"Oppa guna earphonelah"
"Oh..ok"
Jimin mula menyanyi. Suara Jimin sedikit-sebanyak menyejukkan hati Mirae. Mirae perlahan-lahan tersenyum. Dia cepat-cepat menggeladah beg dia untuk cari earphone dia. Tak nak ada orang dengar,Jimin dia sorang je yang punya!
Sibuk mencari earphone, dia tak sedar ada kereta hitam berhenti di perhentian bas yang didudukinya. Lelaki di seat penumpang keluar dari kereta. Tersenyum sinis dia melihat target dia yang leka sampai tak sedar dengan kehadiran dia disini. Topeng hitamnya dibetulkan sambil matanya mencerlung memandang sekeliling.
Perfect, takde orang.
Dia memberi isyarat supaya pemandu kereta itu memerhati keadaan sekeliling sementara dia membuat kerja dia. Dengan langkah laju, dia mendekati gadis itu. Kakinya berhenti betul-betul dihadapan kaki Mirae, membuatkan Mirae mendongak.
Membulat mata Mirae melihat lelaki yang memakai serba hitam dihadapannya. Sudahlah muka dia terlindung, lagilah Mirae cuak.
"Em-mm, y-ya?" Dia cuba bersangka baik. Mana tahu lelaki ni nak tanya jalan ke. Tapi sangkaan dia mula berubah apabila dia sedar ada kereta hitam dibelakang lelaki itu dan pemandunya yang turut bertopeng memandangnya tajam. Mirae menelan air liur gugup. Dia mendongak memandang lelaki tadi yang dah lama merenung dia.
Jimin yang perasan Mirae diam berhenti menyanyi. "Mirae?"
Mirae terus memandang telefon ditangannya. Belum sempat dia membuat apa-apa tindakan, telefonnya dirampas dan kepalanya dihentak dengan sesuatu.
"Oppa!" Sempat dia menjerit sebelum semuanya menjadi gelap.
Lelaki mencebik. Lembik.
"Mirae!"
Dia memandang skrin telefon Mirae. Dia mencebik lagi.
"Bye forever—" skrin telefon Mirae dipandang "—my love"
Butang end call ditekan. Dia membuat muka dengan nama contact Jimin. Geli!
Badan kecil Mirae dia angkat menuju kekereta.
🔪🔪🔪
Bangun-bangun, Mirae sudah siap diikat. Dia diikat ditengah-tengah bilik itu. Entah kenapa ada tiang disitu untuk mengikat dia tapi yang pasti dia tak nak tahu kenapa.
Benda pertama yang dia nampak ialah Jungkook,berdiri dengan senyuman sinis dibibir sambil berpeluk tubuh memandang Mirae. "Dah bangun?" Sinis bunyi nada suaranya.
Mirae cuba memerhati Jungkook. Dia terkejut. Jungkook dalang disebalik semua ni? Maklumat itu tak dapat dia hadam dengan baik. Orang yang dia percaya selama ini, rupanya musuh dalam selimut? Mirae mula rasa hatinya berkecai. Rasa macam naif sangat sebab percaya Jungkook selama ni.
Senyuman sinis dibibir Jungkook melebar melihat muka keliru Mirae. Tanpa sebarang kata, dia berlalu ke pintu bilik sambil memberi isyarat supaya orang bawahannya sentiasa mengawasi Mirae.
Sebaik berada di luar bilik, senyuman dia mati. "Maaf" perlahan dia mengucapkan perkataan itu sambil memejam matanya.
Pagi tadi Puan Kim datang menjenguk Mirae. Dia cuma nak tengok keadaan Mirae , dah lama mereka tidak berjumpa. Tapi tak sampai dua minit, tak sempat cakap apa-apa pon, dia berlalu ke bilik kecil yang terdapat di bilik besar tersebut.
Mirae tahu ada orang lain sorang lagi dalam tu, tapi dia tak tahu siapa. Bila ingat balik apa yang Hyemi beritahu, dia boleh agak yang orang lain tu bapa saudara dia.
Mirae mengeluh. Sejujurnya dia rindu Jimin. Telefonnya entah kemana. Tapi kalau dia ada telefon pon, tangan dia terikat jadi takde guna jugak.
Untuk kali ke-27, Mirae harap dia mati je sekarang.
🔪🔪🔪
Firstly, saya malas double check so maafin typo ya?
Hehe
Second, takde pape pon lol.
Raya dah nak dekat gaiss baju raya dah beli?
YOU ARE READING
Without You ◆pjm◆ ||Completed||
FanfictionTanpa awak, mustahil saya boleh tersenyum. Tanpa awak, mana mungkin saya dapat mengharungi masalah keluarga saya . Tanpa awak, mungkin saya dimasukkan ke hospital sakit jiwa akibat tekanan melampau. Tanpa awak, mungkin tiada lagi Kim Mirae di dunia...