☎09

52 7 0
                                    

Ada seseorang hulurkan aku tisu. Aku mendongak pandang dia. Oh . Lelaki tadi. Aku bingkas bangun. Mahu beredar cepat. Memang tebal muka aku nak tunjuk kat dia yang aku nangis.

Dia pegang lengan aku.

“Awak , boleh luahkan apa je yang awak nak.. Saya dengar”Kata Jaebum

Aku pandang Jaebum. Lengan aku , aku tarik dan terus pergi tanpa sebarang kata..

Dia terkedu. Ah! Aku tak kisah. Aku mahukan Youngjae. Lama macam mana pun aku sanggup tunggu dia. Tunggu dia putus dengan teman wanita dia.

Aku terus bergerak ke tempat kerja. Lantaklah awal pun..

×××

Selama Satu jam. Aku asyik termenung. Staff staff kat office pun pandang aku pelik. Heh, macam lah tak pernah tengok aku macam ni.

“Weh kau okay tak ?”Tegur orang sebelah. Aku pandang dia, senyuman tawar aku berikan. Kau siapa aku nak ceritakan tentang masalah aku ? Kau mungkin boleh dengar. Tapi kau tak boleh tolong kan ? Jadi, buang masa kalau aku ceritakan.

Aku cuma tak boleh lupakan apa yang Youngjae cakap menerusi telefon pagi tadi. Sangat menyakitkan hati..

[C] kindergarten love. [2Jae +Me.]Where stories live. Discover now