PROLOG

742 30 2
                                    

"Aku terima nikahnya Nur Ayuni Zahira Binti Azman dengan mas kahwinnya RM9810.23 ringgit tunai." Lafaz seorang anggota polis berpangkat Inspektor yang pernah membuatkan hati Ayuni berbunga-bunga pada suatu ketika dahulu.

Ayuni menitiskan air matanya setelah lafaz itu selesai. Kini dia sudah menjadi milik inspektor yang pernah dia cintai dulu. Maka bermulalah tanggungjawab barunya. Rasa sebak menguasai dirinya apabila mengenangkan status dirinya sekarang dan dia tidak tahu akan penerimaan suaminya. Dia memeluk mama dan ibu mentuanya ketat kerana ingin memulihkan semangatnya semula kembali. Tak lupa juga sahabat yang sentiasa ada dimasa dia senang dan susah iaitu Husnina dan Azreen.

Zahiem bangun untuk bersalam dengan orang sekelilingnya termasuk ayah dan abah mentuanya. Setiap ucapan dan pesanan yang diberikan oleh orang sekelilingnya, dia buat endah tak endah sahaja kerana pernikahannya sebentar tadi hanyalah diatas kertas sahaja! Dia tidak pernah menyetujui keputusan ibu bapanya. "Semua ni berpunca dari kau Fariha! Kalau kau tak lari, aku tak kena kahwin dengan perempuan gemuk ni!"-kata Zahiem di dalam hati.

Dia bangun dan duduk berhadapan dengan Ayuni untuk sesi pembatalan air sembahyang. Husnina tegur Ayuni yang sedang mengelamun untuk sedar dan fokus dengan keadaan ketika itu. Selepas sesi sarung cincin, Ayuni diminta untuk menyalam suaminya dan dengan keadaan terpaksa Zahiem mencium dahi isterinya. "Bang, stay macam tu kejap ye"-kata jurukamera yang merupakan rakan sekolah Ayuni, Amzar.

Klik!! Klik!! Klik!!

Selesai majlis akad nikah pada petang jumaat itu, Zahiem minta izin untuk pulang terlebih dahulu kerana sakit perut yang dibuat-buat. "Baiklah, kita jumpa esok malam ye Zahiem? Hang jangan lari pulak! Sanding anak aku sorang-sorang satgi"-kata abah mentua Zahiem.

"Jangan risau uncle. Ehhh abah! Saya mesti ada punya! Abah untuk jangan lupa bawak isteri saya ni esok. Kalau boleh nak je saya jemput dia, tapi nanti ibu cakap saya tak sabar-sabar pulak!"-kata Zahiem.

"Yelah. Kami balik dulu. Hang tu pi lah membuang kaih. Kata sakit perut?"-kata abah mentua Zahiem.

Ayuni gelak perlahan dengan kata abahnya. Dia faham yang Zahiem hanya berbuat-buat dan ingin melarikan diri daripadanya. "Eleh hang ingat aku nak sangat dok dengan hang? Simpang malaikat 44!! Blah la pi berak tu!"-kata Ayuni dalam hati.


CRUSH ON WECHAT [MALAY]Where stories live. Discover now