BAB 1

467 19 0
                                    

Selesai majlis resepsi di kediaman Zahiem pada malam itu, Iphone 7 Plus Ayuni bingit dengan bunyi wechat notification. "Pergh ni mesti wish-wish punya. Banyak gila masuk! Tapi asal masuk serentak?"-kata Ayuni dalam hati. Luluh hati Ayuni baca chat yang baru masuk tadi.

-"Kau yang jadi bini aku?"

-"Asal kau setuju?"

-"Tak sedar diri ke kau layak ke tak dengan aku?"

-"Asal kau tak tolak kalau kau tahu aku yang jadi laki kau?"

-"Aku nak kau tahu yang aku tak pernah langsung anggap kau isteri aku!! Tengok pun tak lalu!!"

-"Esok kau boleh angkut semua barang-barang kau balik rumah mak bapak kau"

-"Kau tak layak nak dapat layanan dari aku dan sebilik dengan aku!"

-"Kalau ibu tanya kenapa aku tak balik cakap aku ada kes urgent kat balai malam ni!"

-"Jangan berani nak jujur dengan ibu!!"

Ya Allah, malam pertama yang paling menyedihkan. Kalau aku tahu nak jadi macam ni, dari awal aku tak setuju nak jadi isteri dia. Tabahkanlah aku Ya Allah. "Rasa macam nak keluar malam ni jugak, tapi karang ibu ayah pelik judge macam-macam pula. Esok je lah."-kata Ayuni dalam hati

Selesai solat subuh, Ayuni turun bawah untuk siapkan breakfast. "Dok rumah mak mentua, kenalah ambil hati sikit! Auch! Gedik hang kan!"-kata Ayuni perlahan.

"Eh, awal menantu ibu bangun? Hero ibu tu mana? Tidur lagi ke?"-kata ibu Zahiem.

"Mana ada bu, dah bangun dari tadi lagi. Letih semalam tak hilang lagi bu."-kata Zahiem.

"Amboi-amboi, sampai bengkak mata menantu ibu tak cukup tidur!"-kata ibu Zahiem sambil gelak.

Terbuntang mata Ayuni apabila baru memahami apa yang dikatakan oleh ibu mentuanya tadi. Entah kenapa otaknya slow sangat nak tafsir ayat-ayat Zahiem dan ibunya.

Zahiem terhambur gelak apabila melihat reaksi Ayuni yang terkejut dengan kata-kata ibunya.

"Mana ada bu. Dahla, kesian menantu ibu tu malu. Merah dah muka dia!"-kata Zahiem.

"Pergh!! Thank you awak selamatkan saya!! Love you lah!!"-kata Ayuni...... dalam hati. Apa? Ingat aku nak cakap kuat-kuat ke? Mahu kena bunuh dengan polis ni kang.

"Hai morning akak!! Patutlah ibu tak gerak kitaorang, rupanya dah ada geng baru! Kalau tak waktu-waktu macam ni dah pecah tingkap bilik kitaorang!" -kata Zamira adik perempuan pertama Zahiem sambil mengambil pinggan untuk cedok nasi goreng.

"Eh kamu ni, memang kalau tak ibu nak gerak dah tadi! Tapi saja ibu nak berborak dulu dengan menantu kesayangan ibu ni dulu tanpa korang."-kata ibu Zahiem geram kepada Zamira.

"Ok la, ibu menang. Hmm. Siapa masak ibu? Akak eh? Bau pun dah sedap! Sampai abang makan tak tengok orang dah!"-tanya Zamira kepada ibu sambil memerli abangnya.

Terbatuk-batuk Zahiem dibuatnya apabila ibunya menjawab pertanyaan Zamira. Dia tidak sangka Ayuni sanggup bangun awal untuk menyediakan sarapan buat mereka. 

"Tengok dari segi badan macam pemalas je minah ni, tapi nak pulak dia bangun awal. Masak pulak tu! Nak cover depan ibu lah tu!"-kata Zahiem dalam hati.

"Eh kau ni abang, sapa yang sudi sangat sebut nama kau pagi-pagi ni?"- tanya Zamira

Selesai sarapan pagi, Ayuni naik keatas untuk mengemas baju dan barangnya yang dipunggah semalam. Dia akan pulang ke kondonya di Alor Setar. Tak sanggup dia nak balik ke rumah mama dan abahnya. Mahu sebulan mama bising tanya itu ini. Sapa tak kenal Puan Noriza kan?

Zahiem masuk ke dalam bilik lalu duduk di atas katil. 

"Lepas ni apa kau buat, mana kau nak pergi aku taknak amek tahu! Jangan call aku kalau takda benda penting!  Whatsapp dan Wechat pun benda penting sahaja! Jangan pandai-pandai nak block aku atau nak ada Wechat yang lain! Dengar tak aku cakap?! -kata Zahiem marah dan berbaur amaran. Lalu, Ayuni mengangguk perlahan.

Kalaulah dia tahu bertapa sakitnya hati aku dengan kata-katanya, mesti dia tidak akan berucap sebergitu. Apa nak buat? Aku dah sah jadi isteri dia. 




CRUSH ON WECHAT [MALAY]Where stories live. Discover now