BAB 2

435 14 0
                                    

"Ala akak, kita tak sempat sembang lagi? Akak dah nak balik... Hmmm..."-kata Zahra adik bongsu Zahiem.

"Bila akak nak datang sini lagi? Abang halau akak eh?"-tanya Zamira kepada Ayuni.

Terkejut Ayuni dengan persoalan itu. "Eee nak je aku jujur dengan adik dia sekarang ni kata abang dia halau aku dari semalam lagi! Tapi hang kan baik, sopan dan matang kan Ayuni? So sabar ye?"-bebel Ayuni dalam hati.

"Eh mana ada! Abang awak ni dari semalam halang akak balik tau. Macam-macam dia bebel tapi nak buat macam mana? Cafe akak tu takda siapa nak handle. Kak Nina pergi pantau cawangan di Peneng sana. Mira tahun ni SPM kan? Habis SPM ni jadi PA akak nak? Mana tahu boleh jadi ladyboss cawangan Perlis ni pulak?"-kata Ayuni kepada Zamira.

"Yeke kak? Yeayy!! Tapi Alor Setar dengan Perlis ni jauh akak kalau Mira nak pergi balik setiap hari."-kata Zamira dengan nada yang kecewa.

"Lahhh nak ulang alik dah kenapa? Tak sudi duduk dengan akak ke? Ingat abang awak je tak sudi, Mira pun tak sudi?"- tanya Ayuni kepada Zamira sambil perli suaminya.

"Seriuslah kak? Yeay nakkkk!!!! Bulan depan nak SPM dah, tak sabarnya nak pergi! Boleh ye ibu?-tanya Zamira dengan nada teruja pulak. Haha.

"Hmmm semua tak sayang ibu. Semua nak tinggal ibu. Mula-mula menantu ibu, ni kamu pulak!"-kata ibu kepada menantu dan anak perempuannya.

"Mana ada ibu."-pujuk Zamira.

Zahiem tadi dengan wajah yang sinis ingin melepaskan aku pergi tiba-tiba menjadi bengis. Dia memberikan padangan yang tajam seolah-olah aku yang bersalah dan aku perlu mengambil tindakan segera memujuk ibu.

"Saya minta maaf ibu, saya takda maksud pun nak ambil anak ibu. Saya ajak-ajak ayam je ibu. Ibu jangan risau ye!"-pujuk Ayuni.

"Lah kamu terasa dengan ibu ke? Ibu saje je buat merajuk, kot kamu nak ubah niat kamu supaya tak balik sana harini. Bab kamu nak bawa si Zamira ni duduk dengan kamu, ibu izinkan. Biar dia berdikari sikit. Boleh jugak teman kamu sana-sini nanti. Nak harapkan suami kamu ni, memang taklah Ayuni oi. Macam ibu dulu-dulu."-kata ibu buat semua orang terkejut.

"Uhhh, ibu kamu ni pandai je berlakon. Ayah pun kadang-kadang terpedaya dengan ibu kamu. Kamu tu drive hati-hati. Jangan nak memecut je. Kalau nak race ingat muka ayah, mesti tak jadi. Kirim salam abah dan mama kamu ye?"-kata ayah selamba perli ibu sambil menasihati aku.

"Yelah ayah. Doakan perjalanan saya ye ayah, ibu? Zamira, habis je SPM kemas baju terus tau, muka dah exsaited sangat dah tu! Haha. Nanti akak balik ambil ye. Zahra, nanti akak beli hadiah untuk Zahra okay? Jaga diri tau! Buat homework, jangan nak main je. -pesan Ayuni kepada keluarga keduanya.

"Jom abang hantar ke kereta"-kata Zahiem.

Ingat ibu je pandai berlakon, anaknya pun sama. Betul lah kata pepatah, mana nak tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. Nak je aku muntah kat sini! Abang? Kemain hang noh!

"Yelah bang, jom kang lambat pulak" -balas Ayuni

"Kau jaga maruah kau eh kat sana! Jangan nak malukan aku. Kalau aku tahu, teruk aku kerjakan kau! Ingat jangan contact aku kalau takda masalah penting!"-amaran Zahiem

"Ye lah awak, doakan saya mampu jaga maruah saya ye? Sebab kat sana kang saya sorang-sorang je, mana tahu tak mampu."-balas Ayuni

Ayuni menyalam suaminya dan terus masuk ke dalam kereta sambil menahan sebak. Hang kena kuat Ayuni. Hang bukan lemah! Selama ni hang tak pernah teriak untuk lelaki. Takkan sebab dia jadi suami hang, hang terus jadi macam ni? Banyak lagi benda hang boleh bazirkan air mata hang tapi bukan untuk dia! Move on.... Move on..... Move on.....

Akhirnya dia sampai ke kondo miliknya yang telah dihadiahkan oleh abah dan mamanya sempena ulangtahun kelahirannya yang ke 21. Terkejut juga masa makan malam menyambut ulangtahunnya itu apabila mamanya menyerahkan segugus kunci dan bila di tanya, esok kami bawa hang pi tengok hadiah tu. Rupa-rupanya rumah yang tersebut terletak di tengah-tengah Alor Setar dan satu-satunya kondo di Alor Setar iaitu Amansuri. Kondo tersebut dihiasi perabot bujang dan dijual pada harga yang agak murah kerana tuan rumah tersebut kenalan abah. 

Sekarang kondonya seratus peratus telah diubah menjadi rumah idaman mereka. Oh lupa pula, sekarang Ayuni dan Husnina tinggal sekali. Mereka memilih tema english style untuk ruang tamu dan warna gelap untuk dapur dan ruang makan. Renovation tersebut dilakukan selepas Ayuni dan Husnina berjaya memajukan tiga buah cafe mereka di Alor Setar, Sungai Petani dan Peneng. 







CRUSH ON WECHAT [MALAY]Where stories live. Discover now