Ayuni menjalankan hari-harinya dengan bergitu ceria. Tentang hubungannya dengan Zahiem, di berserah kepada Allah. Dia tahu Allah akan berikan yang terbaik buatnya. Setiap kali solatnya, dia hanya berdoa untuk kesejahteraan suaminya dan keluarganya. Tiga minggu sudah dia tidak berjumpa dengan suaminya dan tipulah dia tidak merindukan suaminya. Dia hanya sempat ber-video call bersama ibu, Zamira dan Zahra. Ayah biasalah, sibuk di kebun. Selepas ayah pencen sebagai seorang anggota polis, ayah mengusahakan tanahnya di belakang rumah. Kata ibu, hasilnya lumayan juga dari dibiarkan menjadi hutan. Ayuni juga tidak melupakan keluarga kandungnya. Dia selalu pulang ke rumah dan membawa adik kesayangannya, Adib dan Qaleesya berjalan-jalan. Hilangkan bosan dan merehatkan minda mereka. Kadang-kadang dia tidur di rumah mamanya untuk sehari dua.
"Wei babe! Hang jangan nak buat-buat lupa! Esok hang check up pkul 10.30 pagi. Mak hang call aku tadi"-kata Nina.
"Haish perempuan nih!! Terkejut aku tau dak? Hang islam ka hindu? Tak reti bagi salam? Aku ingat lah!"-marah Ayuni.
"Hak alah, hindukan aku pulak. Aku sentap kang! Pi lah hang sendiri esok! Jangan cari aku lagi! Dia yang mengelamun kita pulak yang kena marah!"-kata Nina berbaur kecewa.
"Alalalala, I terkejut sangat tadi, you jangan la sentap dengan I, I dah la ade you sorang je! I pomishhhh tak buat lagi okay!"-pujuk Ayuni.
"Lantak hang lah, malas nak kawan dengan hang! Dari zaman kolej sampai sekarang tak ubah-ubah hindukan aku!"-kata Nina masih sentap dengan Ayuni.
"Alalalala, malam ni takyah masak. Aku belanja hang makan. Ajaklah sekali your future fiancee tu"-pujuk Ayuni lagi.
"Weh betul ka? Yeah dapat dating!"-teruja Nina
"Ye, tapi tolong doakan keputusan doktor esok baik-baik je okay? I need your doa and djbs too!"-permintaan Ayuni.
"Eh dont worry lah! Everything will be fine! Azney ade call aku nak datang Kedah, so dia nak tumpang rumah kita, boleh tak?"- tanya Nina
"Bila babe? Cakap aku suh dia tidur tempat rak kasut je. Aku rasa muat! Hahahahaha"-balas Ayuni
"Ha ah sesuai lah tu!"-balas Nina sambil gelak.
"Cakap kat dia datang la, tapi before sampai call dulu lah kang kita takda kat rumah pulak" -pesan Ayuni.
"Ok babe! Esok aku ambil hang kat cafe lah eh? Malam ni aku tak balik kondo. Aku balik rumah mak aku terus. Hang take care! Jumpa malam ni!" -pesan Nina.
"Ye, okay sayang. Dont worry."-balas Ayuni
Husnina hanya membalas dengan muka nak muntah. Haha geli sangatlah tu. Kalau tak dibalas macam tu, mahu apa lagi dibebelnya. Baik guna tips tu! Hehe.
9.00 pagi, keesokan harinya.
Setelah mendapatkan parking, Ayuni keluar dari perut Honda HR-Vnya dan terus melintas untuk masuk ke kedainya. Akibat kecuaiannya semasa melintas, dia hampir dilanggar oleh sebuah van. Tetapi Allah telah mengurniakan seorang hambanya untuk menolong dia. Entah kenapa dia merasakan dekat sangat dengan orang yang menolongnya.
"Eh sempat lagi berangan!" -kata Ayuni dalam hati sambil bangun.
"Eh awak! Awak okay tak? Cik okay tak? Kes langgar lari ni."-tanya seorang wanita.
"Saya okay, tolong bawa lelaki ..................... ni ke cafe saya dulu."-balas Ayuni tersekat-sekat.
Ya Allah, dia yang kau kurniakan untuk menolongku Ya Allah. Lelaki yang tak pernah mencintai aku Ya Allah. Kenapa dia menyelamatkan aku? Semua jawapan ada padamu Ya Allah. Ya, aku berserah.
"Baiklah, jom awak!"-balas wanita itu.
Zahiem hanya berdiam diri semasa wanita itu mencuci lukanya. Dia masih lagi keliru dengan situasi itu. Adakah ia kebetulan? Atau suratan? Susah untuk ditafsirkan. Ini ke cafe dia? Not bad. Patutlah dia banyak duit ramai yang datang.
"Maaf kalau bertanya, korang buat apa di kawasan ni?"-tanya Ayuni.
"Takpe cik. Sebenarnya kami ada mesyuarat di IPD Kota Setar ni dalam pukul 11 karang, tu yang ingat nak cari tempat untuk breakfast dulu. Alang-alang dah disini, kami breakfast di sini je boleh? Boleh ye awak?-tanya wanita sambil memujuk Zahiem.
"Eh apa salahnya. Boleh-boleh. Korang boleh order. Harini saya belanja."-kata Ayuni.
"Yeke cik?"-tanya wanita itu.
"Ayuni Zahira. Dan Puan? Ini suami ke? Terima kasih tolong saya."-balas Ayuni dengan selamba.
"Inspektor Aniza. Ni ketua saya, Inspektor Azfar Zahiem. Doakan jodoh kitaorang ye? Hahahaha. By the way, terima kasih ye sponser kami breakfast pagi ni."- balas Inspektor Aniza.
Belum sempat Ayuni membalas, Nina datang dengan cerianya berdiri sebelah Ayuni dan tiba-tiba keceriannya diragut oleh lelaki dihadapannya ini.
"Eh hang nak apa mai sini? Tak logik kalau hang nak mai makan kat sini! Awat kat Perlis tu takdak kedai makan dah ka?"-kata Nina berang.
"Maafkan dia ya, mungkin semalam putus cinta kot sebab tu marah sangat bila tengok lelaki."-ucap maaf Ayuni kepada mereka berdua.
"Takpa, jangan risau."-balas Inspektor Aniza.
Zahiem masih lagi berdiam diri kerana tidak boleh menerima hakikat bahawa perempuan yang ditolongnya tadi adalah isterinya sendiri.
"Hang ni kalau nak marah, jangan lah marah depan perempuan tu! Malu lah dia. Ish! -kata Ayuni.
"Dont you dare to ruined my mood Ayuni! Bagi aku alasan kenapa aku tak boleh marah?!"-balas Nina yang masih marah.
"Sebab dia yang selamatkan aku tadi, faham?! Ni nampak ni? Kalau bukan dia tolong aku, kita jumpa di alam bazakh je la nanti. Tu pun entah jumpa entah tak!"-balas Ayuni marah sambil menunjukkan luka di tangannya.
"Yelah, kalini aku consider dia ikhlas, lepas ni aku tak teragak-agak nak call security!" -balas Nina.
"Amboi kejamnya! Dia suami aku tahu?!" -balas Ayuni sambil ketawa.
"Layak ke kau anggap dia suami? Dah la, kita dah lewat nak jumpa doktor ni. Dah lah KMC tu parking susah gila. Bill kapak harga kemain, parking tiap-tiap hari tak cukup!"-marah Nina lagi
"Dah lah tu marah-marah. Dah la tak cantik, ni lagi marah lagi tak cantik la!"-balas Ayuni sambil mengenakan Husnina.
Ayuni dan Husnina keluar dari pejabat mereka dan memesan kepada supervisor cafe tersebut untuk memantau keadaan cafe sementara mereka keluar. Setelah selesai, mereka berjalan terus ingin memasuki kereta Honda Jazz Nina. Tak sempat Ayuni menutup pintu sebelah penumpang, Zahiem menghalang.
"Kau tak reti nak ucapkan terima kasih ke? Ke kau takda adab?"-kata Zahiem
"Eh, behave sikit mulut awak! Saya dah kata terima kasih dah tadi!"-balas Ayuni
"Tu kau cakap kat Aniza, bukan dia yang tolong kau!"-balas Zahiem
"Malaslah saya nak gaduh dengan manusia macam awak!"-balas Ayuni
"Selagi kau tak salam cium tangan aku dan ucap terima kasih, selagi tu aku takkan berganjak dari tempat ni!"-balas Zahiem.
"Jangan harap! Jangan biar saya kurang ajar dengan awak kat sini. Terima kasih tolong selamatkan nyawa saya tadi! Tapi saya rasa kalau awak tak selamatkan saya, lagi bagus."-balas Ayuni.
Zahiem terpampang dengan kata-kata Ayuni dan melepaskan pintu kereta tadi.
"Hang okay dak?"-tanya Nina
"Aku okay je lah, dont worry! Haha"-balas Ayuni
"Macam aku tak kenal hang Ayuni oi!- balas Husnina perlahan sambil memandu.
YOU ARE READING
CRUSH ON WECHAT [MALAY]
Romance[CRUSH ON WECHAT] [ON GOING] "Kau yang jadi bini aku?" "Asal kau setuju?" "Tak sedar diri ke kau layak ke tak dengan aku?" "Asal kau tak tolak kalau kau tahu aku yang jadi laki kau?" "Aku nak kau tahu yang aku tak pernah langsung anggap kau isteri a...