JENISE

40 0 0
                                    


Lantera matari mengintai saya di atas tilam empuk yang disubsidi emak dan ayah. Saya bangun menghadap matahari, dan menutup wajah saya daripada terbias dengan sinaran itu. Saya ambil tuala, baluti tubuh. Saya ambil baju kotor, letak ke bakul kotor. Kemudian ke tandas, menempuh air dingin waktu pagi. Saya kembali ke katil saya, saya menghadap kembali matahari dari tingkap petak bilik saya. Saya sering bosan dengan hidup saya, hari-hari yang akan saya lalui sama saja.

Nasib hari ni hari Sabtu. Saya tak perlu ke sekolah. Saya ambil keputusan untuk tinggalkan dulu kerja sekolah, saya mahu tatap matahari tu. 'Dia' nampak tak pernah bosan mengintai manusia. Saya pula makin lama, makin bosan dengan kehidupan. Dari dapur, saya dengar ayah bising-bising kepada mak pasal isu pembinaan panggung wayang mini di kawasan berdekatan Felda tempat saya tinggal.

"Buat panggung wayang buat apa?! Lalai semua tu. Buatlah masjid ke, tempat bersukan ke?" Bebel ayah.

Saya hairan, ayah saya sembahyang lebih banyak waktu daripada saya, tapi dia cukup baran. Saya rasa, tempat ni dah banyak masjid. Kawan-kawan saya pula tak gemar sangat bersukan, mereka lebih berminat dengan kedai kopi, dan kopi dan berjoli. Itu kawan-kawan saya, saya tak tahu kawan-kawan orang lain. Panggung wayang mini boleh tayangkan filem-filem Inggeris, filem bahasa Inggeris, bolehlah latih saya dan kawan-kawan belajar bahasa Inggeris. Nampaknya, matahari memang patuh. Saya perlu tinggalkan bilik saya, untuk beri nafkah kepada perut saya. Semasa saya baru hendak keluar bilik, mak panggil, ada panggilan dari sahabat saya, Jenise, gadis Cina yang markah pelajaran Bahasa Melayunya lebih tinggi daripada saya.

"Halo.."

"Nawir, saya mau masuk pertandingan tulis cerpen. Boleh kamu tolong saya?"

Saya jawab, "Boleh."

Selesai telefon, Mak tanya kepada saya macam mana saya kenal Jenise. Saya jawab kepada mak, saya sendiri tak ingat. Betul. Saya sendiri hairan, macam mana Jenise boleh tiba-tiba hadir dalam hidup saya. Saya lupakan saja masalah tu. Saya terus dapatkan sarapan pagi. Ayah masih lagi bercakap soal pembinaan panggung wayang. Lima kampung akan bergabung dan berdemonstrasi nanti membantah pembinaan panggung wayang. Kata ayah, kalau ada panggung wayang, maksiat akan bertambah. Orang akan makin lalai.

Saya cakap dekat ayah, Kelantan tak ada panggung wayang, tapi jenayah, maksiat kekal tinggi. Ayah suruh saya diam, dia kata dia dah lebih banyak makan garam berbanding saya.

***

Suatu Rabu, selepas waktu sekolah, Jenise mengajak saya bersua di Mc Donald, Puncak Alam. Sesampai sahaja, dia buka cerita soal Panggung Wayang Mini. Saya diam, saya tak suka sakitkan kepala bincang perkara-perkara macam tu.

"Saya masih tak ada cerita nak bagi dekat awak." Saya buka mulut.

"Saya bukannya nak cerita."

Saya terkejut apabila Jenise maklumkan pada saya, dia tak perlukan cerita saya, tapi dia perlukan saya untuk masuk ke dalam ceritanya. Awalnya, saya gelak, saya anggap Jenise gurau dan berseloroh. Namun, kemudian dia nampak serius. Seorang lelaki dengan tubuh tegap, berjaket, bertali leher, berkaca mata gelap masuk ke dalam Mc Donald tersebut lalu melulu ke arah kami.

"Jenise?"

"Ya. Encik Ahmad Masa?"

Mereka kemudian bersalaman. Lelaki itu salam saya. Terpinga-pinga saya. Saya tanya Jenise, siapa lelaki tu, lelaki tu sendiri jawab:

"Saya Ahmad Masa. Saya dari agensi Space-Split."

Saya tak ada idea apa benda tu semua. Tapi dia terangkan kepada saya begini: Saya akan dibayar dengan jumlah yang sangat banyak selepas berjaya selesaikan tugas yang akan diberikan oleh Jenise. Perkara ini semacam kontrak.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 13, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

JENISEWhere stories live. Discover now