BAB 4

356 14 1
                                    

"Saya harap awak boleh bersabar dengan keputusan yang saya akan terangkan selepas ini. Semua ni ujian Allah. Allah sayangkan awak, sebab itu awak diuji. Tetapi jangan risau, masih di tahap yang awal. Masih boleh diubati dan peratus untuk sembuh masih tinggi."-terang doktor Syafiqah, pakar sakit puan.

"Maksud doktor?"-tanya Nina.

"Ayuni mengidap breast cancer tahap kedua."-balas doktor Syafiqah.

Luruh jantung Ayuni dan Husnina apabila mendengan penerangan doktor tadi. Tetapi aku harus kuat. Aku masih sayangkan diri aku. Aku memilih untuk berubat sehingga sembuh. Aku tak boleh mengecewakan mama abah dan keluarga aku. Sapa nak jaga business aku nanti? Nanti Apit sedih, dia nak mengadu dekat sapa? Sapa nak bawa Adib dan Qaleesya jalan-jalan? Sapa nak belikan Zamira dan Zahra buku dan mainan? Sapa nak jaga rumah aku? Cita-cita aku?

"Aku kena kuat untuk semua ni." -kata Ayuni semasa menunggu giliran untuk mengambil ubat.

"Yes, you must and you have to strong! Aku tau hang kuat! Cita-cita hang pun tak tercapai lagi kan?"-kata Nina sebak.

"Hahaha speaking hang noh dengan aku?!"-balas Ayuni ketawa menahan sebak.

"Lepas ni hantar aku balik rumah mama abah aku lah, bukan niat aku nak risaukan depa. Tapi aku takmau berahsia dengan depa. Nanti dah sakit teruk lagi kesian depa tak tidoq malam. Ni tak teruk lagi ok lah kan? What do you think with my plan? "-cadang Ayuni.

"Ha, aku rasa better hang bagitau sekarang. Mana tau mak hang boleh berubat kampung ka apa ka? Depa boleh usaha." -kata Nina.

"Dah, hang bawak lah sorang-sorang. Aku nak tidoq sat! Satgi sampai hang gerak." -pesan Ayuni sambil membelek notification di Iphone 7 Plusnya.

"Alaaahhh, harini hari last SPM kan? Aku dah janji lah dengan Zamira nak jemput dia. Esok hang teman aku boleh? Takkan lah hang sanggup nak aku drive jauh-jauh? Balik tu kita singgah jumpa Prina(Afrina)? Nak tak?"-sambung Ayuni.

"Yelah, ergh. Suruh je la suami kesayangan hang tu hantar awatnya! Boleh jugak. Aku pun nak ambil tudung kat dia. Kurang sikit harga kalau exclude postage!" -kata Nina.

"Eee kedekut! RM 8 ja ponnnnn!"-balas Ayuni lalu tertidur.

"Weh bangunlah dah sampai nih! Eee pompuan ni kalau boleh tidoq!!" -bebel Nina.

"Yelah, nak bangun dah. Keta sapa ramai-ramai ni weh?"-kata Ayuni masih mamun.

"Aku rasa mak mentua hang. Mercedes-Benz CLS350 weh" -kata Nina.

"Hah? Takkan? Jom turun!" -ajak Ayuni.

"Assalamualaikum?" -Ayuni memberi salam.

"Walaikumsalam... Akakkkkkkkkk.... Rindunya!!" -balas salam ibu ayah, mama abah di beranda rumah. Em yang rindu tu korang boleh teka kot sapa? Mestilah Zamira dengan Zahra.

"Eh akak kamu tu penat baru balik kerja, kamu ni tak sempat-sempat." -kata ibu pada Zamira dan Zahra.

"Jemput masuk Nina, macam tak biasa pulak!" -kata mama kepada Nina.

"Alah, dia ni kan pemalu orangnya." -balas Ayuni

"Mama abah, ibu ayah. Yuni nak cakap sikit. Tapi apa yang yuni nak cakap ni tolong rahsiakan kepada sesiapa pun termasuk Azfar Zahiem." -kata Ayuni.

"Awat pulak? Dia kan suami hang? Nak rahsia pasai apa?" -kata mama.

"Ma, bagi orang habis cakap dulu!"-balas Ayuni.

"Nina, bagi result tadi jap." -sambung Ayuni.

"Result tu cakap, yuni ada breast cancer tahap kedua. Japp! Masih boleh diubati. Peratus untuk sembuh pun tinggi doktor cakap kalau jaga elok-elok. Yuni maklum kepada mama, abah, ibu, ayah ni bukan nak meraih simpati langsung tapi yuni cuma nak sokongan daripada mama, ibu, abah dan ayah. Tolong rahsiakan ya? Boleh kan? -sambung Ayuni lagi.

"Ya Allah, dugaan apa lagi ni untuk anak aku..." -menangis mama memelukku.

"Kamu tabah ye nak. Ibu akan rahsiakan dari sesiapa pun." -kata ibu sambil mengelap air matanya. 

"Abah taktau apa nak cakap, tapi abah tau hang bukan jenis menyerah kalah kan? Cita-cita hang tak sampai lagi, takkan hang nak hancurkan usaha hang? Abah yakin hang boleh sihat" -kata abah sambil menahan sebak.

"Ayah pasti kamu boleh sembuh! Kami sentiasa kat belakang kamu!"-sokong ayah.

"Terima kasih mama, abah, ibu dan ayah. Nina jugak!" -kata Ayuni buat-buat ketawa.

"Ibu datang nak hantar Zamira ke? "-tanya Ayuni

"Ye. Zamira takut sangat kamu tak datang sebab taknak jumpa suami kamu. Dia cuti harini. Lagipun dah seminggu dia kemas beg, tak sabar nak tinggal ibunya kot. Tadi lepas balik rumah terus tukar baju dan ajak kitaorang datang sini. "-balas ayah

"Lahhh, ingat esok pagi yuni nak ke sana, ambil Zamira. Pastu nak ambil beg yuni tertinggal dalam bilik abang tu. Kemudian nak ke rumah kawan kolej kejap." -kata Ayuni.

"Lah yeke? Takpe lah, esok kamu datang makan nasi tengah hari kat rumah ibu. Ibu masak special untuk kamu." -balas ibu

"Lah menyusahkan ibu lah pulak."-kata Ayuni

"Tak susah lah, datang je!"-balas ibu

"Kalau macam tu, yuni bagi chance ibu dengan ayah dating. Tinggal je Zamira dengan Zahra kat sini. Esok yuni hantar. Boleh bawa Adib dan Qaleesya jalan-jalan sekali."-kata Ayuni sambil pandang Nina. Nina angguk tanda persetujuan. 

"Aku pun nak bawak lah adik aku, boleh jalan-jalan padang besar esok!"-Nina teruja.

"Oi, banyak plan hampa noh. Aku hampa takmau bawak ka?"-tanya mama.

Keadaan di beranda tersebut menjadi rancak apabila masing-masing mengeluarkan idea dan bergelak sakan.

"Bosannya! Ibu keluar bukan nak ajak aku sama!"-kata Zahiem.

"Tapi kalau ibu ajak pun bukan aku nak ikut. Ibu pergi hantar Zamira kat rumah bini aku kan? Malas nak jumpa dia! -sambung Zahiem menahan perasaan.

Tapi kenapa aku selalu ingat kat dia eh? Tak mungkin lah aku jatuh cinta kat dia? Eh mintak simpang. Jatuh maruah kalau nak jujur. Dulu kemain aku hina dia. Hmm. Tapi cantik jugak dia sekarang! Pandai make-up dah! Kurus pun ada lah sikit. Kecil sikit dari dulu. Kenapa eh? Merana sebab aku ke? Tapi aku tengok dia happy je haritu. Dia sakit ke? Nampak pucat jugak.Ke tak cukup makan? Tapi takkan lah, rumah ada sebiji, kereta HR-V, cafe sampai tiga, takkan takdak duit nak makan? Nafkah aku bagi lagi! Eh lantak dia lah. Dah la marah aku. Dulu dia tak segarang ni pun, tapi sekarang? Garang gila. Mungkin dah lama sangat duduk dengan kawan dia macam singa tu lah kot, tu yang jadi garang sampai macam haritu.


CRUSH ON WECHAT [MALAY]Where stories live. Discover now