BAB 5

353 16 1
                                    

"Hang ni lambat lah hang tau dak? Semua pakat duk tunggu hang ja! Buat apa taktau lah semalam tu tidoq lewat! Stalk laki sendiri lah tu!"-bebel Nina.

"Ha ah kak Nina! Memang semalam akak stalk abang Iem pun! Pastu bila Mira cakap abang Iem cuti lagi esok, akak taknak pergi pulak." -ngadu Zamira pada Nina.

"Hang jangan nak naikkan darah aku nah! Yang takmau pi pasaipa. Biaq pi lah kat dia. Tu bukan rumah dia. Tu rumah mak ayah dia. Dah jom."-bebel Nina lagi.

"Yelah, daripada hang hingaq kat telinga aku, baik hang pi mintak kunci kereta abah aku. Besar sikit nak bawak anak ramai!"-bebel Ayuni pula.

"Hello? Sapa nak drive? Kereta hang pun aku takut nak bawak, ni hang nak aku bawak 'lepat liat'(alphard) abah hang pulak? Hoi mintak simpang hoi."-bebel Nina

"Hang ni kan! Hingaq ja kerja hang! Geram pulak aku dengan mulut hang pagi ni! Aku lah drive wahai Husnina yang cantik."-marah Ayuni.

"Baiklah, menurut perintah Puan Ayuni Zahira!"-balas Nina.

"Bagus-bagus, aku naikkan gaji hang seringgit!" - balas Ayuni semula.

"Alah berkira! Kedekut! Weh babe, japgi nak breakfast apa?"-tanya Nina.

"Kfc lah, nak tak? Tak payah nak turun-turun dah. Drive-thru, makan dalam kereta je. Balik tu pandai-pandai lah cover!"-balas Ayuni

"Baik bos, menurut perintah Puan Ayuni Zahira"-balas Nina

"Eee! Aku sepak kang! Sikit-sikit puan-puan! Benci tahu tak?!"-balas Ayuni

"Tau ponnnn. Dah la, jom cepat!"-kata Nina.

Baca doa kenderaan anak-anak!

Ting!!!

-"Kau drive kereta elok-elok. Jadi apa-apa kat adik-adik aku, aku cari kau sampai lubang cacing! Ingat tu!"

"Nah, bacalah chat dari Tuan Inspektor!"-kata Ayuni menunjukan chat tersebut kepada Husnina.

"Eee, main ugut-ugut pulak. Kang aku jual adik dia kang! Ruined my mood!"-kata Nina.

"Hak alah, yang hang nak emo lebih dah kenapa?"-balas Ayuni

"Dia tu pesan elok-elok tak boleh ka?"- balas Nina.

"Nak buat macam mana dah perangai dia macam tu!"-balas Ayuni

"Dah tu awat hang pi setuju nikah dengan dia?" -balas Nina

"Aipppp.. Kan aku pernah cakap, jodoh!" -balas Ayuni.

Nina terkelu. Bagi dia lebih baik diam dari berkata apa-apa sebab dia tahu dia takkan menang. Kalau betul Zahiem jodohnya, kau bahagiakanlah mereka. 

"Babe, hang memang co-pilot paling tak guna kan? Boleh berdengkur hang tido! Sekarang aku nak bagi denda kat hang dengan Zamira. Hampa dua pi turun beli. Harini kak Nina belanja KFC! Yeayy!!"-kata Ayuni sambil bersorak! Seluruh kereta jugak bersorak riang!

"Kejam!!!"-kata Nina dan Zamira serentak!

Perjalanan dari Alor Setar ke Perlis mengambil masa selama sejam 15minit. Nasiblah ada radio yang peneman sejati, kalau tak aku berhenti tepi untuk tidur bersama mereka. Keadaan kereta menjadi senyap selepas mereka menjamu selera tadi. Semua pakat terbuntang seperti makan racun tikus. Haha. Sampai sahaja di kawasan perumahan Zahiem, aku berhenti tepi untuk mencari alamat yang dihantar oleh ibuku. Malangnya alamat tu aku sudah padam. Dahlah aku tak mengecam rumah mereka walaupun rumah mereka berada di tepi jalan. Hm, tawakal jelah! Jom cari rumah yang ada kereta ibu! Akhirnya, aku berjaya. Aku memasuki halaman rumah ibu ayah tepat jam 12.30 tengah hari. 

CRUSH ON WECHAT [MALAY]Where stories live. Discover now