BHM 7

1.5K 71 9
                                    

Ain melangkah masuk ke dalam rumah. Abang sepupunya yang baru keluar dari hospital semalam ada duduk santai di ruang tamu rumah. Matanya menjeling bersama senyuman sinis bila perasan langkah Ain yang lemah.

"Apa yang kau gula-gulakan si Chen tu?" tanyanya sinis. Ain paling muka memandang Zul sebelum berlalu ke bilik. Langsung tak ada rasa nak jawab soalan lelaki itu.

"Kalau aku tanya, jawab la! Susah sangat ke nak jawab soalan aku, ha bangang?" maki Zul keras. Belakang tudung Ain ditarik sampaikan Ain terasa tercekik dengan pin tudung yang tersemat dibawah dagu.

"Lepaslah abang Zul. Sakitlah!" Ain tepis tangan Zul berkali-kali. Mahu Zul melepaskan hujung tudungnya. Tapi langsung Zul tak peduli. Lagi dicengkam kepala Ain adalah.

"Sakit!" rengus Ain menahan kesakitan.

"Sakit? Kau tahu sakit? Kalau tak nak sakit, jawab soalan aku. Bodoh!" dengan kasar, kepala Ain yang dicengkamnya ditolak kuat. Nyaris terkena bucu dinding rumah.

"Kau bagi apa dekat Chen sampai boleh lepas, ha? Kau bagi dara kau ke?" soalan sinis Zul buat Ain tersentak. Segera dia memandang lelaki itu dengan pandangan tajam. Ingat dia hina sangat ke sampai nak serah diri semata-mata nak langsaikan hutang Zul?

"Ain bukannya perempuan murahan!" sembur Ain tajam. Zul senyum sinis.

"Blah la kau betina. Kau tu kalau murah, mengaku jelah murah!" sakit hati dengan bahasa Zul, Ain menghadiahkan penampar di pipi lelaki itu. Nafasnya turun naik menahan marah.

"Selama hari ni Ain sabar bukan bermakna abang Zul boleh hina Ain," serentak, Ain berpaling meninggalkan Zul yang menggetap gigi menahan marah.

Ain berlalu laju masuk ke dalam biliknya. Pintu ditutup rapat. Beg baju yang terletak di atas almari diturunkan. Betul cakap Mak Yam, dah sampai masanya Ain pergi dari sini. Pergi dari kehidupan keluarga gila ini.

Pantas, baju dalam almari dikeluarkan dan dimasukkan dalam beg. Sedang ligat tangannya bekerja memasukkan baju dalam beg, Ain terasa badannya ditolak kasar ke katil. Terkejut, Ain perasan riak benci yang ada pada Zul saat itu.

"Kau lempang aku? Kau nak tunjuk samseng?" tanya Zul kasar. Pintu bilik Ain ditutup dan dikunci, menyebabkan Ain termangu. Nafas dia jadi tak tentu gara-gara ketakutan.

Zul masih melempar senyuman sinis. Ain dikatil dihampiri. Tangan Ain yang naik nak pukul badannya ditangkap sebelum dia kuncikan pergerakan tangan itu dengan tangan kirinya. Tangan kanan Zul pula beralih mencengkam pipi Ain kasar. Pipi Ain dilempang kuat.

Perit Ain rasa pipinya. Dia terasa kesan darah sewaktu liurnya ditelan. Ain cuba lepaskan dirinya dengan meronta sekuat hati. Tapi nak dilawan dengan tubuh atlit Zul, tak berdaya Ain jadinya.

"Sekarang kau tengok siapa samseng, Ain," sebaik ucapan itu, Zul dengan kasar menarik tudung Ain hingga tercabut dan mendedahkan rambut ikalnya.. Butang baju kurung Ain direntap kuat hingga hampir terkoyak baju dibahagian dadanya. Ain cuba menepis tangan Zul yang mula memegang bahagian dadanya bersama senyuman sinis.

"Lepaslah abang Zul. Lepaslah," Ain meronta dari bawah badan Zul. Zul tergelak sinis.

"Kau nak buat apa? Nak jerit? Silakan, tak ada siapa yang dengar," Zul selak baju kurung Ain biar tersingkap. Dan tanpa rasa berdosa dia mula memegang setiap lekuk badan Ain dengan tangan kanannya.

Ain makin meronta, cuba untuk melepaskan diri. Tak rela menjadi mangsa perkosaan abang saudaranya itu. Air mata mula membasahi pipinya.

"Lepaslah abang Zul, lepaslah!" rayu Ain dalam tangisannya. Dihati tak putus-putus berdoa agar ada keajaiban membantunya.

Behind His Mask (ON HOLD)Where stories live. Discover now