Sepanjang perjalanan mereka ke rumah Prina, Ayuni hanya mendiamkan diri sahaja. Dia berasa sangat bersalah dengan suaminya kerana bertinggi suara tadi. Tetapi dia juga berasa sangat marah dan terkilan dengan kata-kata suaminya tadi. Akhirnya, Ayuni mengeluh bersendirian.
"Mengeluh sakan nampak?"-perli Nina.
"Mana ada, penat drive je ni. Balik kang aku nak tidur puas-puas!"-balas Ayuni.
"Eh hang nak pi mana ni? Tu lah lorong rumah Prina!"-tanya Nina geram.
"Ala, aku terlajak la. Jap nak u-turn balik." -balas Ayuni sambil memberi signal untuk berhenti.
"Tak payah, depan tu pun boleh masuk kot kalau tak silap aku."-ujar Nina
"Okay."-balas Ayuni.
Akhirnya mereka sampai di hadapan rumah Prina.
"Pergh gempak noh rumah hang Prina!"-puji Nina.
"Biasa ja wehh. Mai la masuk pilih tudung. Beli tiga percuma satu!"-balas Prina
"Serius ah?! Tak rugi mai jauh-jauh weh! Exclude postage kau!"-tanya Ayuni.
"Kak, aku dok luaq ja la. Aku mana pakai tudung!"-kata Adib segan.
"Ha la. Aku sat ja kat dalam. Hg jangan dok pi mana-mana!"-amaran Ayuni.
Ayuni masuk ke dalam rumah Prina dan terus duduk di tepi Husnina.
"Sakan hang noh pilih tudung!"-perli Ayuni.
"Sekali sekala weh. Bukan senang nak dapat tudung kualiti terbaik macam ni dengan harga yang murah!"-ujar Nina teruja.
"Yelah, Nina oi. Qaleesya, Zamira and Alya pilih la, akak belanja harini!"-pelawa Ayuni.
"Serius ah kak?"-tanya Zamira.
"Are you serious Ayuni? Baik gile harini kenapa?"-tanya Qaleesya
"Depa ja ka? Aku ni?"-tanya Nina.
"Nak amek! Taknak sudah ye adik-adik. Takyah nak buat pelik sangatlah Qaleesya oi. Macam aku tak pernah belanja hang. Baju hang sapa dok beli? Depa ja, hang ada duit, beli sendiri!"-balas Ayuni.
"Ala, hang bayar ja. Kadang duit mama, abah, Apit. Dua puluh peratus je kadang-kadang duit hang! Werk!"-balas Qaleesya.
Kringg! Kringg! Kringg!
"Eee minah ni. Dah la, pilih je lah dah orang nak belanja. Banyak cakap pulak! Sya, tolong pilih untuk aku sama. Aku nak jawab call jap!"-balas Ayuni sambil bangun untuk menjawab telefon.
Aikk, ibu? Ada apa-apa tak kena ka? Ka aku tertinggal barang?
"Hello, Assalamualaikum ibu? Ada apa ibu?"-salam Ayuni.
"Oh dengan ibu boleh pulak kau cakap baik-baik? Dengan aku bukan main kau biadap. Aku suami kau tahu tak? Sedar tak?"-sinis Zahiem.
"Hahaha, awak nak buat saya ketawa sampai tergolek-golek ke? Suami? Should I mention that? Eh hello, awak yang cakap dulu, awak geli mengaku saya ni isteri! Then you want me to respect you as a husband? Awak mimpi ke? Ada apa call? Kenapa tak pakai phone sendiri? Takut saya tak jawab? Dasar pengecut!"-balas Ayuni geram.
"Jangan nak biadap sangat! Aku pun tak hingin lah nak call kau nih! Ibu yang paksa aku! Dia cakap kau ada tinggal beg kau yang jijik tu dalam bilik aku dan terlupa nak ambil tadi! Sehari kau makan berapa ekor semut sampai lupa tujuan utama kau balik sini?"-balas Zahiem.
YOU ARE READING
CRUSH ON WECHAT [MALAY]
Romance[CRUSH ON WECHAT] [ON GOING] "Kau yang jadi bini aku?" "Asal kau setuju?" "Tak sedar diri ke kau layak ke tak dengan aku?" "Asal kau tak tolak kalau kau tahu aku yang jadi laki kau?" "Aku nak kau tahu yang aku tak pernah langsung anggap kau isteri a...