BAB 7

322 16 0
                                    

Selepas pulang daripada Padang Besar haritu, Ayuni terus demam. Zamira yang sangat risau dengan keadaan Ayuni terus menghubungi Husnina. 

"Hello, Assalamualaikum kak Nina! Mira rasa akak dah teruk ni. Pucat gila mulut dia kak! Mira risau!"-ngadu Mira kalut.

"Ok Mira relax dulu. Bawa bertenang. Akak akan call kawan akak suh datang okay. Karang Mira buka pintu untuk dia. Akak on the way sekarang."-Nina yang baru selesai memantau cafenya di Sungai Petani itu terus bergegas pulang selepas mendapat panggilan daripada Mira. Tak lupa juga dia terus menelefon Azreen yang bertugas sebagai doktor pakar di KMC untuk merawat Ayuni di rumahnya.

"Hello babe! Hang tengah bertugas ke?"-tanya Nina kalut.

"Sekarang kan time rehat, mana ada patient. Kenapa hang ni kalut-kalut?"-balas Azreen.

"Ayuni! Adik ipar dia, Mira tu ada call aku tadi kata Ayuni pucat sangat. Demam dia dah dua hari tak kebah-kebah. Sepatutnya petang ni dia jumpa hang kan?"-tanya Nina.

"Hah? Serius ke! Kenapa hang tak habaq awai dia demam?! Antibody dia dah lah lemah. Dengan kansernya lagi. Korang ni suka ambil mudah!"-marah Azreen.

"Memang aku call ni nak prank hang pun!! Aku dah ajak dah dia ke hospital tapi dia taknak! Katanya nanti jumpa hang, sihat lah. Eh cakap banyak pulak. Cepatlah pergi rumah dia. Aku on the way ni dari SP!"-kata Nina.

"Yelah, hang take care! Bawa keta leklok! Jangan satgi aku pulak rawat hang!"-pesan Azreen terus mematikan panggilannya.

"Nurse, saya nak keluar dan mungkin tak masuk terus harini."-pesan Azreen kepada pembantunya.

"Tapi, doktor ada satu lagi apointment petang ni dengan Dr. Syafiqah dan patientnya Cik Ayuni Zahira. Nak saya batalkan ke?"-tanya pembantunya.

"Saya nak pergi merawat dia lah ni kat rumah dia. Dia tu kawan baik saya. Cuma awak tolong maklumkan kat Dr. Syafiqah yang temujanji harini tak jadi ye? Saya nak cepat ni, saya pergi dulu. Assalamualaikum."-kata Azreen dan berlalu pergi.

"Baiklah, walaikumsalam doktor!"-jawab pembantunya dan terus mencapai ganggang telefon untuk menghubungi pembantu Dr. Syafiqah.

Ting! Ting! Ting ting!

Mira yang dalam keadaan ketakutan melihat siapa yang datang walaupun dia pasti kawan baik kakak iparnya yang datang. Selepas membuka pintu, Mira menjemput Azreen masuk dan terus menutup pintu. 

"Saya Dr. Azreen. Kawan baik kakak ipar awak dan Husnina. Awak mesti adik ipar Ayuni kan? Mana dia sekarang?"-jelas Azreen yang melihat ketakutan di muka Mira. Comel budak ni.

"Akak ada dalam bilik. Tadi Mira masak bubur, pastu Mira masuk bilik nak bagi dia makan, dia taknak. Minum pun taknak. Kemudian dia muntah. Pucat sangat muka akak macam hantu. Sebab tu Mira takut!"-jelas Mira kepada Azreen.

Azreen yang melihat Zamira dalam keadaan ketakutan, cuba menenangkan hati Zamira. Kemudian dia masuk ke dalam bilik Ayuni untuk memeriksa Ayuni.

"Babe! Yuni! Ni aku ni. Bangun-bangun!"-panggil Azreen.

"Sape? Azreen ke? Hahaha sorry lah aku tak larat la nak bangun. Dah pukul berapa? Aku dah lewat ke apointment tu? Mesti Dr. Syafiqah marah sangat!"-kata Ayuni sambil cuba bangun.

"Takde lah, aku dah cancelkan untuk hang! Awat yang boleh demam ni? Kenapa tak call aku kalau rasa nak demam? Antibody hang bukan kuat sangat. Dengan kansernya lagi! Macam mana nak sembuh?"-bebel Azreen.

"Babe, Mira kat sini lah. Hang ni! Kan aku cakap rahsiakan! Benci lah!"-marah Ayuni.

"Takpe kak, Mira dah dengar masa akak cakap haritu dekat ibu ayah. Mira janji Mira takkan bagitahu sesiapa okay. Akak jangan risau. Mira datang sini pun nak bekerja, tetapi nak jaga akak."-jelas Mira.

CRUSH ON WECHAT [MALAY]Where stories live. Discover now