BAB 8

322 18 1
                                    

Kini, sudah masuk bulan kelima Ayuni menjadi isteri di atas kertas untuk Zahiem. Tipulah bila dia cakap dia tak merindui suaminya tapi apa nak buat? Dalam masa lima bulan jugalah dah berbelas-belas kali Ayuni keluar masuk wad disebabkan tidak sihat berpunca dari kansernya. Mujurlah ada sahabat dan adik ipar yang setia disisi dia apabila dia memerlukan. Tak lupa juga kepada keluarga yang sangat menyayanginya sentiasa melawat apabila dia di masukkan ke dalam wad. Walaupun adik beradiknya tidak tahu akan penyakit sebenar yang dia hadapi, mereka tetap risaukan kesihatan dia. Teringat kenangan kali kedua Ayuni dimasukkan ke dalam wad akibat suhu panas tinggi juga. Kalau tak kerana terkantoi dengan paksu Ayuni, pasti semua orang tidak tahu keadaan Ayuni waktu itu. Mama yang gelabah dan risau sangat kerana Ayuni tidak pernah masuk ke dalam wad terus menghubungi abang, kakak dan adik Ayuni yang jauh. Mereka pun terus pulang tanpa bantahan.

"Hang sakit apa ni? Tak pernah-pernah masuk wad? Kata nak cipta rekod takmau masuk wad?"-kata Arif Zahimi adik lelaki pertama Ayuni yang belajar di Universiti Islam Antarabangsa Gombak. Katanya seperti mengejek tetapi deep inside his heart, dia terlalu risaukan kakaknya sampai ponteng kelas. Nasib baik kakak sulungnya, Nazira menghubunginya untuk mengajaknya pulang. Jimat kos. 

"Hahahahaha kurang ajaq hang noh perli aku! Nak buat macam mana takdir aku! Ni hang balik kes apa? Rindu mama la tu! Dari kecik sampai besaq kena dok bawah ketiak mak ja!"-balas Ayuni memerli Arif.

"Hello sis! Aku balik ni nak melawat hang ja tau! Hargai la sikit. Nasib akak Nazira dengan Abang Budin nak balik jenguk hang sama tau! Kalau tak, tak sampai lah aku harini."-kata Arif

"Lah ya ka? Mana depa? Aku menyusahkan hampa ka? Aku takdak apa la. Demam sikit ja. Mama la ni call habis rakyat jelata!"-tanya Ayuni segan.

"Huih mana ada menyusahkan! Toksah dok terasa la aku cakap. Bukan hang tak kenai aku! Depa hantar aku dulu tadi pastu terus pi jemput abang kesayangan hang tu kat airport. Sat gi sampai lah tu."-kata Arif

"Ni bilik Ayuni Zahira ke?"-tanya seorang lelaki.

Ayuni yang sedang rancak bersembang dengan Arif terus memusingkan dirinya menghala ke pintu wad. Riaknya yang terkejut tadi bertukar gembira apabila melihat susuk tubuh abang kesayangan dan isterinya. 

"Apittttttt!!!!! Wow!! Makin putih dah kurus? Look greats too! Apa rahsia anda?!"-tanya Ayuni sambil ketawa. Dia juga menyalam abang dan kakak iparnya.

"Eleh kata orang, mung pong makin kuruih aku tengok Ayuni oi. Mung makang jamu gapo?"-tanya abang iparnya, Abang Budin.

"Hahahaha, takdak makan apa pon abang. Kurus sendiri. Well, badan pun nak tengok tuan dia segak. Tu dia amek inisiatif kurus sendiri! Hahaha."-jawab Ayuni ketawa lagi sambil menyalam kakak dan abang iparnya.

"Eh kak Dilla dengan abang Farhan pun ada. Mana Eva?"-tanya Ayuni pula sambil menyalam dengan abang kedua dan kakak iparnya.

"Dia duk nursery lagi la time-time ni. Kenapa? Rindu ke? Nanti akak bawak dia jumpa Ayuni. Tapi Yuni kena sihat dulu la! Kitaorang tak suka tengok Ayuni sakit macam ni, kan bie?"-kata kakak ipar Ayuni, kak Dilla.

"Ha ah, abang lagi prefer hang gemuk macam dulu daripada kurus macam ni. Dulu segak kalah kak Dilla hang, sekarang pucat je!"-jawab abang Farhan melawak. Kak Dilla yang terkejut dengan kata-kata suaminya terus mencubit lengan suaminya.

Ayuni tampak gembira sangat dengan kehadiran abang-abang dan kakak-kakaknya. Selalu mereka hanya sempat ber-video call  sahaja kerana masing-masing berjauhan dan hanya dapat berjumpa semasa hari raya. Tapi harini mereka berkumpul untuk mengembirakan Ayuni. 

CRUSH ON WECHAT [MALAY]Where stories live. Discover now