BAB 7

1.2K 79 10
                                    

BAB 7

Gold Star POV

Hampir semua bodyguard berkumpul di bilik latihan pada pukul 8.00 pagi. Evan, Shah, Ryan dan Airil baru sahaja habis berlatih sebab mereka mula awal.

"Evan, apa misi kita harini?" tanya Shah.

"Kita kena protect Datin Rose dan suami dia. Tangkap dalang yang bagi surat ugutan kat Datin Rose" jawab Evan.

"Oh ya, Datin dan keluarga dia ada pergi event pagi ni. Kita kena ikut" tambah Evan.

"Agak-agaknya la, Datin ada tak anak perempuan?" kata Ryan tersengih.

"Gatal eh kau ni" kata Airil.

Evan hanya geleng kepanya.

"Majlis tu formal tak?" tanya Shah. Evan angguk.

"Jadi kita semua kena pakai sut? Aduh rimasnya" kata Ryan.

"Kau nak duit ke tak? Kerja aku ni macam, mostly kena jaga Ryan.." bisik Airil.

"Hei aku dengar lah!" kata Ryan.

Evan si pendiam dan mysterious. Shah yang paling matang dan tanggungjawab. Airil yang pandai dan kawan gaduh Ryan. Ryan si playboy dan suka buat masalah.

Gadis-gadis yang bekerja di Gold Star memandang tinggi mereka berempat. Mungkin sebab mereka complete set?

"Tuan Zafuan ada bagi sut. Nanti aku serahkan kat korang. Majlis mula pukul 10. Bersiap sekarang" arah Evan.

Tuan Zafuan ketua Gold Star. Dia yang arahkan misi kepada semua pekerjanya.

Mereka semua balik ke dorm masing-masing.

Pukul 9 pagi, mereka semua berkumpul di lobi. Mereka berempat memakai sut hitam dan kemeja putih. Lengkap dengan tali leher. Mereka memakai tali leher warna kegemaran mereka.

Evan memakai sut hitam dan tali leher berwarna biru. Rambut diselak ke belakang. Shah memakai tali leher berwarna ungu. Rambut disikat ke atas.

Ryan memakai tali leher berwarna merah. Rambut tak disikat. Nampak messy tapi tetap nampak style.

Airil memakai tali leher berwarna hijau. Rambut disikat kemas. Mereka bodyguard terbaik di syarikat mereka. Tak pelik la yang mereka mempunyai ramai peminat perempuan.

"Ryan, sikat la sikit rambut kau tu. Serabai tau tak aku tengok" kata Shah.

"Biarlah. Pernah dengar perkataan 'style' tak? Lagipun macho apa" kata Ryan.

"Tapi ni majlis formal. Nak style pun buat la macam diorang" Airil tunjuk jarinya ke arah Shah dan Evan.

Ryan senyum manis dan kenyit matanya kepada sekumpulan gadis. Gadis-gadis itu tergelak-gelak gedik.

Ryan menghadap kawan-kawannya.

"See? Told you guys. I'm hot!" Ryan senyum berlagak.

Shah pandang Airil. Airil keluarkan sikat dari poketnya dan beri kepada Shah. Shah tarik kolar Ryan.

"No! Rambut aku!" jerit Ryan. Dia cuba lari.

Airil tahan Ryan dari lari. Shah pegang tengkuk Ryan dan sikat rambutnya.

"Dua lawan satu. Tak adil!" jerit Ryan.

Rambut disikat ganas oleh Shah. Tangan Ryan cepat-cepat rosakkan rambutnya yang disikat rapi oleh Shah.

"Aku kata sikat! Selekeh la!" marah Shah.

Shah semakin ganas.

"Sakit la! Botak la aku nanti! Evan, sini la tolong aku!" jerit Ryan.

Sun and Moon | ✔Where stories live. Discover now