BAB 9

335 17 0
                                    

"Mira mana? Semalam dia yang tak sabar!"-tanya Husnina

"Hang ni sabar la sikit. Dia naik ambil barang apa entah yang dia tinggal."-jawab Ayuni

Ting!

-"Kalau kau tak sihat tak payah mengada nak drive! Apa fungsi kawan baik kau tu! Jadi apa-apa kat adik aku, siap kau!"

"Eh dia tahu mana aku drive? Dia tahu mana kita nak hantar Mira balik?"-tanya Ayuni pelik.

"Ala Mira tu kan adik dia, Mira lah cakap tu. Selalu pun kalau kau nak keluar dengan Mira, mesti dia bagi amaran tu juga kan? Nama je polis, tapi macam takda kerja!"-marah Nina selamba.

Ya, memang tak dinafikan yang Zahiem selalu memberi amaran supaya berhati-hati bila Ayuni nak keluar bersama Zamira. Daripada hari pertama Zamira sampai ke rumah Ayuni, sampai lah sekarang. Setiap kali nak keluar pasti ada chat masuk dan berbaur amaran. Sapa lagi kalau bukan suaminya. Berbuih dia pesan dekat Zamira supaya tidak memaklumkan kepada abangnya dan Zamira juga menafikan yang dia memberitahu abangnya. 

"Mira cuma send dalam group family untuk maklumkan dekat ibu ayah, bukan dekat abang."-kata Mira membela diri sendiri. Ayuni hanya menggeleng kepala selepas mendengar jawapan Zamira. "Ya Allah, tabahkanlah aku menjadi umatmu."-doa Ayuni selepas dengar penjelasan Zamira haritu.

"Ok jom! Sorry akak lambat. Exsaited nak balik sampai tertinggal beg make-up."-ujar Zamira tercungap-cungap.

"Mira bagitahu abang akak drive kan? Mira bagitahu dia juga akak tak sihat? Akak merajuk dengan Mira!"-marah Ayuni. Dia terasa dengan perbuatan Zamira kerana tidak percaya yang dia sudah sihat. Tapi dia tahu Zamira hanya risaukan dia.

"Mira tak baik lah buat macam tu. Kesian dekat akak. Tak pasal-pasal akak kena drive! Dah la naik kereta HR-V ni. Adoi."-kata Nina melawak. Sebenarnya dia tidak mahu merosakkan mood Ayuni yang sedang gembira. Dia tahu Ayuni nak lepaskan gian memandu. Empat bulan dia hanya menjadi penumpang. Kalau Nina tak sempat, Azreenlah yang akan menghantar Ayuni ke cafe dan kalau Azreen bertugas, Zamira akan mencari mana-mana uber untuk mereka ke cafe. 

"Ala sorry lah akak. Mira memang nak buat suprise untuk ibu. Mira tak cakap pun dalam group yang Mira nak balik harini. Tapi tadi abang call, dia cakap dia nak datang ambil Mira dan bawa Mira jalan-jalan. Dia segan nak jalan-jalan dengan kak Aniza tu. Sebab tu dia nak ajak Mira. Tapi lepas Mira cakap Mira nak balik rumah, abang terus tanya siapa hantar. Mira cakap lah akak dan kak Nina. Then abang tanya akak sihat tak. Mira jawablah tak sihat sangat tapi boleh lah."-jujur Zamira.

Ayuni terkejut mendengar penjelasan Zamira terus memakai tali pinggang keledar dan terus memandu. "Jalan-jalan dengan Inspektor Aniza? Banyak pula waktu dia? Siap nak ajak Mira lagi. Care juga dia pasal aku, siap tanya aku sihat ke tak? Ish Ayuni, jangan perasan sangat boleh tak? Fokus-fokus!"-marah Ayuni dalam hati.

"Hang ni pasai apa? Berkerut ja muka tu! Abaikan lah apa laki hang chat tu. Aku percaya hang dah sihat dan boleh memandu jauh-jauh. Boleh jugak aku tidur!"-jelas Nina.

"Nak jugak dia tanya aku sihat ke tak kan? Hahaha kelakar doh!"-kata Ayuni sambil menggeleng kepala.

"Jangan cepat sangat terharu, kang sendiri yang sakit. Aku taknak hang cepat sangat lembik dengan cara 'caring' dia!"-pesan Nina. Niatnya ikhlas. Bukan nak memburukkan Zahiem tetapi dia tak mahu Ayuni cepat sangat cair dengan cara lelaki itu.

"Motif? Takdalah. Aku tak perasan sangat pun. Cuma aku rasa kelakar."-kata Ayuni.

"Ye la tu, tak payah fikir la. Fokus memandu tu. Dah sampai nanti gerak hamba ya!"-pesan Nina.

CRUSH ON WECHAT [MALAY]Where stories live. Discover now