"Hoi bangun! Mana card ni?!"-panggil Zahiem.
"Ya Allah liatnya nak bangun! Hoi bangun!"-panggil Zahiem sekali lagi.
"Nah guna card aku ni! Jangan kacau dia tengah tidur! Pastu parking tingkat 4 and cari parking yang ada tanda number plate kereta ni."-jawab Nina yang terjaga.
Zahiem ambil card dari tangan Nina lalu punch. Selepas palang dibuka, Zahiem terus memandu hingga ke tingkat 4. Dia mencari parking bertanda nombor plate kereta isterinya. Memang dia menghafal nombor plate kereta isterinya sejak pertama kali dia melihat kereta itu. "Akhirnya, jumpa jugak tempat parking. Malasnya, parking depan lift ja. Berapalah dia bayar sebulan sewa parking ni? Mesti mahal."-kata Zahiem dalam hati.
"Hah! Aku naik dulu, aku tak solat asar lagi ni. Hang geraklah bini hang tu. Dia senang ja nak bangun. Mungkin nak mengada dengan hang kut!"-kata Nina terus keluar dari perut kereta. Menyampah dia melihat muka Zahiem.
"Hoi! Kau tak reti nak bangun ke?! Ke kau nak aku cium kau dulu baru kau nak bangun?!"-ugut Zahiem.
"Awak turun lah dulu. Nanti saya turun. Saya tak larat lagi ni. Jap gi bila saya kuat sikit saya turun sendiri."-balas Ayuni mamun. Sungguh dia rasa amat letih. Mungkin kesan ubat yang dia ambil semasa di rumah ibu. Kata Azreen, ubat yang baru diberi memang berdos tinggi.
"Kau nak aku tinggal kau dalam ni ke? Sengaja kau kan nak bermanja dengan aku? Kau ingat aku nak angkat kau? Jangan perasan lah!"-kata Zahiem kasar.
"Ada saya cakap ke suruh awak angkat? Saya suruh awak tinggalkan saya kat sini. Nanti pandai-pandailah saya naik sendiri. Yang awak tak puas hati dengan saya ni kenapa?"-marah Ayuni dalam keadaan lemah.
"Suka melawan kan kau sekarang! Belajar dari mana kau ni? Cepatlah aku hantar kau sampai depan pintu!"-pelawa Zahiem kasar.
"Awak tak faham bahasa ke? Saya tak larat lah nak bertengkak dengan awak!"-balas Ayuni lemah.
"Kau yang tak faham bahasa! Kau turun sekarang! Cepat!"-arahan Zahiem. Dalam keadaan terpaksa, Ayuni keluar dari perut kereta dengan keadaannya yang lemah. Hati Zahiem retak apabila melihat isterinya pada waktu itu.
"Pegang tangan aku ni! Kang jatuh sapa nak angkat? Dah lah berat!"-kata Zahiem mengawal suaranya yang sebak.
Ayuni menjeling tajam kepada Zahiem walaupun dia dalam keadaan yang lemah.
"Saya tak suruh pun. Saya boleh bangun sendiri. Selama ni saya tak panggil awak tolong saya pun!"-marah Ayuni.
"Degil kau kan! Dah jom. Rumah kau tingkat berapa? Number berapa?"-tanya Zahiem. Sebenarnya dia tersentak dengan kata-kata Ayuni. Empat bulan dia tidak bersua muka dengan isterinya itu.
"Tingkat 23. Number 2310."-jawab Ayuni jujur.
"Tu bukan number kereta kau ke? Amboi, semua benda number nak sama kan? Berapa juta kau beli number-number tu?"-tanya Zahiem.
"Awak boleh diam tak?! Dari tadi pot pet pot pet. Semak tau tak dengar! Bising!"-marah Ayuni.
"Amboi! Aku nak tolong kau pun dah cukup bagus tau! Kau marah aku pulak pot pet pot pet! Aku cakap benda betul!"-balas Zahiem.
Selepas dia mendapat jelingan maut daripada isterinya, dia terus senyap sehingga mereka sampai di depan pintu bernumber 2310.
"Thank you tolong hantar saya. Ni awak nak balik dengan apa?"-tanya Ayuni ikhlas.
"Taknak jemput masuk dulu ke?"-tanya Zahiem tak malu.
"Ni rumah orang perempuan lah!"-balas Ayuni masih lemah.
YOU ARE READING
CRUSH ON WECHAT [MALAY]
Lãng mạn[CRUSH ON WECHAT] [ON GOING] "Kau yang jadi bini aku?" "Asal kau setuju?" "Tak sedar diri ke kau layak ke tak dengan aku?" "Asal kau tak tolak kalau kau tahu aku yang jadi laki kau?" "Aku nak kau tahu yang aku tak pernah langsung anggap kau isteri a...