Bab 1 - 3

24.9K 333 74
                                    

1

"You gotta tell him, sayang."

Rayuan tu datang dari tunang Mika, Sofia. Mika mengeluh.

"I tahu. But it's not exactly easy. We haven't spoken in 5 years," balas Mika. Plus he's not the most stable person on the planet, tambahnya dalam hati.

"He's the only family you have left," Sofia mengingatkan.

Mika diam. Sofia memegang tangannya di atas meja.

"You takut dia marah?"

Heh, "marah" is an understatement. Macamana kalau dia mengamuk? Mengamuk bukan sekadar jenis flip table ye, mind you. Ini mengamuk jenis kelar tangan, bakar diri. Oh, how I wish I'm kidding.

Okay, let's say dia tak mengamuk. Dia merajuk. Kau pikir rajuk dia sekadar tak bercakap dengan kau sehari dua? You think I can't handle that? Dude, aku buat sujud syukur kalau dia merajuk macam tu. Tapi apa aku nak buat kalau dia guna savings dia dan bawak diri bermastautin luar negara? And when his money runs out, he's gonna become a gypsy or a homeless person, wherever he's at. Kalau dia mati kesejukan dan kelaparan kat tepi jalan kat negara orang... aku nak jawab apa kat roh mak ayah aku? "Sorry, mak. Dia buat gila lagi. Abah... err... nice tie...?" (Aku memang tak berapa rapat dengan ayah aku. Then again, they both passed away when I was twelve. Memori terakhir aku tentang ayah aku ialah bila dia dan mak hantar aku gi sekolah di pagi kecelakaan tu dan aku terfikir "Lawanya tie abah. Ada gambar pemandangan laut.")

"Sayang, you're doing it again," suara Sofia memecah masuk ruang fikiran Mika.

Mika sekadar merenung Sofia dengan senyuman yang berbunyi 'sorry'. Sofia membalas senyuman Mika; tawar.

"You're stressed. Dan I rasa punca stress you sebab you tak contact abang you; which you should."

"I'm not stressed—"

"You zoned out."

"That doesn't mean—"

Ayat Mika mati begitu saja melihat kening Sofia yang diangkat ala bintang veteran, Ziana Zain tu. "Kalau you tak bagitau dia, dia akan tahu melalui glog, ClickIt... Viral! You tak rasa dia akan lagi marah ke macam tu?"

Ah, ni lagi satu masalah Mika – dia bakal berkahwin dengan seseorang yang boleh dianggap selebriti.

"Haih, kenapalah you takleh resist jatuh cinta dengan I? Kalau tak, hidup I dah senang dah!"

"Yeah, I know. Sucks to be you," balas Sofia sambil mengambil sebatang rokok dan menyematkannya di bibir. Dia melirikkan matanya ke arah Mika... dan mereka sama-sama tertawa kecil.

Sofia bertemu Mika di set penggambaran tiga tahun lalu, ketika berlakon untuk drama bersiri berbentuk action horror – 60 episod kesemuanya, jadi cinta lokasi tu tak dapat dielakkan. Bezanya Sofia tak jatuh hati pada hero; hatinya tergolek jatuh pada stunt double hero iaitu Mika.

Tak cukup dengan memenangi Anugerah Bintang Paling Ohsem (Wanita) tahun lepas, Sofia juga merupakan seorang anak Dato'. Jadi, bayangkanlah berapa besarnya wedding diorang dan media coverage untuk wedding tu.

Yang akan berlangsung dua bulan je lagi.

Smartphone Mika bergetar di atas meja; nama Abang Lan tertera.

"Hello, bang?"

Kedengaran Abang Lan tengah bercakap dengan orang lain. "—ye, dah lock tapi kau kena confirmkan jugak, paham?"

Mika agak ni kebiasaan generasi Y macam Abang Lan – dah call orang tapi bercakap dengan orang lain sementara menunggu panggilannya disambut. Tak suka membuang masa, mungkin. Atau mungkin perangai ni untuk orang yang perlu multitask; yang bekerja sebagai pengurus produksi macam Abang Lan.

(preview) GANTUNG: 2 - sebuah novel Nadia KhanWhere stories live. Discover now