Dengan kelajuan 120km/j, Zahiem selamat balai polis Berseri dalam masa 45minit sahaja.
"Pergh patutlah bini aku sayang sangat dengan kau, smooth je aku bawa kau. Bagus-bagus! Recomended!"-kata Zahiem sendiri sambil menepuk kereta kesayangan Ayuni.
Zahiem segera masuk ke dalam balai untuk berjumpa dengan Aniza. "Aku dah lewat ni, mahu bising perempuan tu kang!"-kata Zahiem dalam hati.
"Haaa awak! Kenapa lambat ni? Dah la tinggal saya sorang-sorang tadi kat rumah awak! Saya call pun cakap nak tak nak je! Sampai hati awak kan! Awak pergi mana?"-tanya Inspektor Aniza bertalu-talu. Memang sikapnya dari sejak azali lagi kut!
"Aaaaa tadi sepupu saya masuk hospital. Alah baru lambat 15 minit kan? Lagipun tadi saya tak sempat pun nak maklum kat sapa-sapa. Maafkan saya eh? Awak cakap ada perjumpaan kan? Jom la."-tipu Zahiem
"Aaaaa dibatalkan. Tuan Rahimi tengok awak takde, terus dia cakap batal. Aaa betul terus batal! "-tipu Inspektor Aniza tergagap-gagap.
"Yeke? Takkan sampai macam tu sekali? Kenapa tak call saya kalau tahu batal? Saya banyak lagi kerja lain awak tahu tak?"-marah Zahiem walaupun dia masih ragu-ragu dengan jawapan Inspektor Aniza.
"Sorrylah, saya memang nak call dah tapi battery phone saya dah habis."-tipu Aniza lagi.
"Telefon office pun takde battery jugak ke? Atau tak bayar bill? Dah la, saya balik dulu."-tanya Zahiem sinis sambil meminta diri.
"Eh awak, awalnya nak balik? Selalu awak teman saya? Esok kan awak cuti lagi. Malam ni boleh lah awak teman saya."-tanya Inspektor Aniza mengada-ngada.
"Saya ada hal lain lah Aniza. Sorry."-jawab Zahiem sambil berlalu ke kereta. Sungguh dia tidak ada mood lagi nak melayan kerenah Aniza.
"Pergh dapat pun blah dari minah tu. Takkan tiba-tiba je batal? Ape yang penting sangat kalau takde aku, batal terus. Takkan Aniza tipu aku? Ya Allah, penat aku drive jauh-jauh!"-keluh Zahiem sendiri sambil menghidupkan enjin. "Alor setar, here we go!"-kata Zahiem perlahan.
Kringgg! Kringgg! Kringg!
"Eh sapa pula call ni?"-tanya Zahiem kalut mencari telefonnya di dalam poket. Disebabkan kelam kabutnya tadi, telefonnya terjatuh di celah pintu. "Ish time-time ni lah nak jatuh!"-marah Zahiem.
"Oh ibu. Alamak aku lupa nak cakap kat ibu aku tak balik malam ni! Mesti ibu risau!"-kata Zahiem selepas dia dapat telefonnya kembali dan melihat misscall number ibunya. "Ni kertas apa pulak?"-tanya Zahiem.
"KMC? Warded? Ayuni Zahira? Kenapa aku tak tahu?! Enam hari?! Lapan ribu?!"-tanya Zahiem sendiri. Sungguh dia rasa dialah suami yang paling tak guna.
Zahiem mengetuk stereng kereta Ayuni dengan kuat tanda dia betul-betul tertekan. "Kenapa kau tak cakap dekat aku?! Kenapa Zamira pun tak cakap pun apa-apa! Mesti kau halang kan?! Tapi kenapa?! Aku berhak tahu! Aku suami kau!"-ujar Zahiem kecewa dengan Ayuni. Zahiem juga menelefon ibunya semula untuk memaklumkan dia akan pulang ke kondo Ayuni malam itu.
"Assalamualaikum ibu. Sorry tak jawab tadi."-kata Zahiem serak.
"Walaikumsalam. Kamu kat mana ni? Kamu ok ke? Suara lain je!"-tanya ibu risau.
"Iem kat balai ni, tapi on the way nak balik dah. Iem tak balik rumah ibu tau. Iem terus ke kondo Ayuni. Iem tengok Ayuni pun tak sihat tadi, ingat nak teman dia malam ni. Lagipun Iem cuti lagi esok."-kata Zahiem.
"Yelah, hati-hati. Tapi kamu ke balai naik ape? Kamu kan pergi dengan Ayuni tadi. Tak sihat sangat ke menantu ibu? Kirim salam ibu kat dia ya?"-pesan ibu.
YOU ARE READING
CRUSH ON WECHAT [MALAY]
Romance[CRUSH ON WECHAT] [ON GOING] "Kau yang jadi bini aku?" "Asal kau setuju?" "Tak sedar diri ke kau layak ke tak dengan aku?" "Asal kau tak tolak kalau kau tahu aku yang jadi laki kau?" "Aku nak kau tahu yang aku tak pernah langsung anggap kau isteri a...