"Awak! Bangunlahhh.... Awak tak kerje ke? Awak.... Eee dia ni kan!! Gerak baik-baik taknak bangun kan. Nanti sat hang!!"-panggil Ayuni.
Belum sempat Ayuni bangun, Zahiem segera mencapai tangan Ayuni.
"Kau ni tak boleh gerak elok-elok sikit ke? Sweet-sweet sikit?! Serius je memanjang!"-rungut Zahiem sambil bangun menyandar di sofa.
"Eee takda masa lah nak bermanja-manja dengan awak! Banyak lagi benda lain boleh saya buat! Dah lah, bangun! Tak kerja ke?"-marah Ayuni menutup malu. Sebenarnya boleh saja dia bermanja dan berlembut dengan suaminya, tetapi dia takut dia akan kecewa lagi.
"Banyak lagi kerje kau nak buat? Kerje ape? Layan aku eh? Ke mandikan aku? Hahahaha. Aku off lah harini. Nak spend time dengan kau! Nanti aku kahwin dengan madu kau, aku dah jarang nak jumpa kau, nak layan kau, nak manja dengan kau...."-ujar Zahiem mengada sambil merapatkan dirinya dengan Ayuni. Zahiem tergelak apabila melihat muka Ayuni merah kerana malu dengan kata-katanya.Eeeeee suami sapa ni gedik sangat, adoi.
"Awak jangan nak gatal sangat eh! Dasar laki miang! Nak kahwin, kahwin je lah. Sebelum ni pun bukan awak layan saya pun. Sama je awak kahwin dengan tak kan?"-kata Ayuni perli sambil menjauhkan diri daripada Zahiem dan meletakkan bantal di tengah-tengah.
"Oh kau main kasar eh?!Asal kau nak duduk jauh-jauh. Bukanya haram kan? Hehe. Untuk pengetahuan kau, sebab sebelum ni aku tak pernah nak layan kau lah, aku nak layan harini. Sebab aku nak kau jadikan harini satu memori yang kau takkan pernah lupa! Dah pergi siap!"-kata Zahiem biasa. Sebenarnya dia terasa dengan sikap endah tak endah yang ditunjukkan Ayuni, tapi demi memujuk isterinya dia tetap bersabar.
"Yelah, bagi saya masa sejam!"-sengaja dia mengenakan suaminya. Dia betul-betul tak sangka yang Zahiem akan mengajaknya keluar. Dan nak menciptakan satu kenangan yang indah untuk aku. Hehe. Takpelah, sekurang-kurangnya bila aku takda jodoh dengan dia nanti, aku dah ada satu pengalaman yang aku takkan pernah lupa.
"Amboi sejam. Kau nak shopping dulu ke kau nak jahit baju dulu? Aku kiss kau kang baru tahu! Aku bagi masa dekat kau 15minit je. Kau tak siap, biar aku siapkan kau!"-kata Zahiem gatal.
"Eee dasar miang! Bila nak berubah?!"-kata Ayuni sambil berlalu ke bilik. Tersengih-sengih Ayuni apabila dia dilayan baik oleh suaminya. Kalau tak asyik nak gaduh, bertekak, dan tak puas hati je. Dia makan ape eh semalam sampai berubah macam tu?
"15minit je!!"-jerit Zahiem dari luar. "Hm ni aku nak pakai baju apa ni? Baju ni dari semalam kot. Nasib still wangi sebab minyak wangi."-kata Zahiem perlahan. Dia tidak merancang untuk tinggal di rumah Ayuni semalam. Niatnya hanya menghantar Ayuni pulang kemudian terus ke KTM. Tapi lain pulak jadinya. "Takpalah, kejap lagi nak pergi breakfast kat Aman Central, boleh lah aku ke H&M ke Padini kejap. Lama tak shopping ni."-sambung Zahiem perlahan sambil tersengih dengan ideanya.
Akhirnya mereka keluar tepat pukul 11.14 pagi. Zahiem sempat menjeling jam tangan G-Sport Orinya sambil menutup pintu rumah Ayuni. Bukan Padang Besar punya ok!
"Cepatlah perut saya dah nyanyi lagu Despacito ni!! Lapar tahu tak?"-marah Ayuni mengada-ngada. Sengaja dia menguji kesabaran Zahiem pada hari itu.
"Kejap lah. Ni rumah kau tahu, kenapa aku pula yang kena kunci?"-jawab Zahiem.
"Alaa sekali sekala je. Lepas ni kan awak dah jarang datang sini. Ehh entah datang ke tidak kan? Biasalah takut bini muda. Hahaha"-sengaja Ayuni menguji tahap kesabarannya lagi.
"Kau cabar aku ke?"-tanya Zahiem sambil berjalan ke lift dan menekan punat "down".
"Mana ade, saya rasa tu facts. Belum kahwin dah tahu tak adil. Lepas kahwin?"-balas Ayuni tersengih-sengih sambil masuk ke dalam lift. Suasana menjadi sepi apabila di dalam lift. Mungkin dia tengah cari idea nak menjawab kot.
YOU ARE READING
CRUSH ON WECHAT [MALAY]
Romance[CRUSH ON WECHAT] [ON GOING] "Kau yang jadi bini aku?" "Asal kau setuju?" "Tak sedar diri ke kau layak ke tak dengan aku?" "Asal kau tak tolak kalau kau tahu aku yang jadi laki kau?" "Aku nak kau tahu yang aku tak pernah langsung anggap kau isteri a...