BAB 13

328 16 0
                                    

"Ehh..... Ada orang silap masukkan duit ke akaun saya ke semalam? Banyak gila ni. Awak kejap lagi teman saya ke balai polis boleh? Saya rasa tak sedap hati lah."-kata Ayuni gelisah.

"Alaa rezeki kau lah tu... Bukan senang orang nak silap masukkan duit. Berapa dia silap?"-tanya Zahiem selamba.

"Eh awak kan polis. Macam mana awak selalu handle kes ni? Banyak gila. 8k! Awak tengok ni!!"-kata Ayuni kalut.

"Adalah, tu hal polis. Kau mana boleh ambil tahu. Ambil tahu hal aku dah la. Hehe"-kata Zahiem buat-buat ketawa. Sebenarnya ia terkejut melihat baki akaun itu. "Mak ai, boleh beli sebiji kereta dah!"-kata Zahiem dalam hati. Jadi selama ni dia tak pernah sentuh langsung duit nafkah aku beri. Sampai macam tu sekali dia marah kat aku. Sedihnya.

"Ish awak ni! Saya serius tahu tak! Entah orang tu nak guna duit ke ape ke? Awak tahu melawak je!"-marah Ayuni serius.

"Alaa melawak sikit pun tak boleh. Akaun kau tu sapa je tahu?"-tanya Zahiem sengaja. Dia tahu akaun tu hanya khas untuk dia memberi nafkah kepada isterinya setiap bulan. Dia akan memasukkan RM 3000 sebulan dan sebenarnya, RM 8000 yang dimasukkan bukan lah silap tetapi dia sendiri yang masukkan. 

"Awak je tahu. Dalam tu semua duit awak bagi setiap bulan termasuk duit mas kahwin."-kata Ayuni jujur. 

"Habis tu anggap je lah aku masukkan."-kata Zahiem selamba.

Ayuni sakit hati dengan sikap Zahiem yang sambil lewa terus bangun tapi Zahiem sempat menarik tangannya untuk duduk semula.

"Kuat merajuk kan kau harini? Suka aku pujuk? Duit tu aku yang masukkan. Bonus untuk kau sebab jadi isteri terbaik. Aku nak upah malam ni!"-kata Zahiem selamba.

"Awak? Bonus? Isteri terbaik? Awak nak saya balik sekarang ke awak nak jujur?"-ugut Ayuni.

"Ok-ok, semalam aku jumpa kau punya hospital bill. Asal kau tak cakap dengan aku kau admited? Kau sedar tak aku suami kau? Macam mana pun aku patut tahu?"-tanya Zahiem serius.

"Bill? Tu bill Nina lah. Bukan saya. Terjatuh la tu."-tipu Ayuni 

Zahiem mengeluarkan bill yang diambil semalam dan beri pada Ayuni. Ayuni terlupa bahawa di dalam bill tersebut tertera namanya.

"Tak sangka pula nama si Nina tu sama dengan kau."-tanya Zahiem serius.

"Bak number account awak, nanti saya transfer balik. Saya masih ada duit nak bayar bill hospital saya sendiri. Selama ni awak jugak cakap, awak taknak ambil tahu pasal saya sekelumit pun. So, what is now? Cukuplah duit nafkah awak bagi, saya duduk sorang je."-kata Ayuni menahan sebak.

Sungguh Ayuni tak percaya yang Zahiem akan bertindak sampai macam tu sekali. Zahiem pernah pesan padanya jangan berharap kepada lelaki itu kerana dia tidak punya cinta atau suka kepada Ayuni.

"Ha ah cukup la untuk kau sorang. Nanti dah ada anak aku tambah ok. Dont worry. Bab duit tu, kau simpan jelah kat kau. Aku ni duit banyak sangat sampai tak tahu nak letak mana."-kata Zahiem sambil ketawa dengan sikap riaknya. Sebenarnya dia mahu menghiburkan Ayuni. Dia tak mahu merosakkan mood isterinya. Kata nak cipta memori terindah.

Ayuni tergelak dengan kata-kata Zahiem. Hatinya pulih sepenuhnya daripada kesedihan tadi. Zahiem benar-benar pandai mengambil hatinya. Jatuh cinta kali ketiga! Yelah, pertama masa perkenalan di Wechat. Kedua, masa akad nikah dan kali ketiga ialah sekarang! Pandainya dia pujuk aku.

"Yelah, nanti kalau dah bapa kedana, jangan cari saya! Time tu baru saya nak cari laki lain. Hahaha dah la, cepat makan. Nak shopping pastu nak jalan-jalan."-kata Ayuni teruja.

CRUSH ON WECHAT [MALAY]Where stories live. Discover now