Tepat pukul 6.15 petang, Ayuni sudah selesai bersiap. Nasiblah dia telah menyimpan pakaian, kasut dan toiletries di bonet keretanya.
"Fuh leganya dah mandi. Awak taknak mandi ke? Saya ada bawak naik baju yang awak beli tadi."-kata Ayuni.
"Kejap lagi lah. Letih aku pun tak hilang lagi. Tapi setakat nak layan kau, aku larat."-balas Zahiem miang. Lagipun dia baru sahaja tukar baju baru tengah hari tadi. Makin malas lah dia nak bangun mandi.
Ayuni menjeling geram kearah Zahiem. "Ergh! By the way, kita tidur sini ke? Awak tak kerje ke esok? Dah dua hari awak cuti kan?"-tanya Ayuni serius. Dia tidak pasti dengan apa yang dirancang dalam kepala Zahiem.
"Habis tu? Aku dah drive jauh-jauh, bayar bilik mahal-mahal, kau nak kita balik macam tu je?"-tanya Zahiem geram. Boleh dia tanya aku soalan tu?
"Serius ke?! Yeay! Tapi saya tanya je tadi. Jangan lah marah. Mana saya tahu, awak kan suka ikut kepala sendiri. Mana nak bincang dengan saya. Emm kalau tidur sini kan, malam kang kita ronda kat bawah tu nak? Banyak barang murah-murah!"-jawab Ayuni teruja.
"Eleh mana kau tahu? Pandai-pandai je. Akal nak shopping. Entah-entah barang kat bawah tu lagi mahal dari tempat lain!"-balas Zahiem.
"Eh hello. Ni tempat favorite saya, Nina, Ammar dan Shazri tau. Kalau zaman kolej dulu, kitaorang selalu ambil bilik kat motel murah-murah kat depan tu. Then malam lepak sini sampai McD kat Petronas depan tu sampai pagi."-jawab Ayuni jujur.
"Ammar? Shazri? Kau lepak dengan laki? Sampai pagi? Mama bagi pula kau keluar? Dulu bukan main masa first chat kau cakap mak kau tak bagi keluar lah apa lah. Tak silap dulu kau pergi Langkawi jugak dengan diorang kan?"-tanya Zahiem sinis.
"Ha ah. Kalau depa tu lelaki macam awak, mesti mama tak akan bagi punya. Tapi depa tu lain. Sangat protect each other. Susah senang depa ada dengan saya. First trip dengan diorang masa sem 2, ke Langkawi. Macam-macam rintangan before pergi. Mostly saya gaduh dengan Ammar. Then sem by sem kitaorang banyak pergi tempat yang best-best dan baru lah."-jawab Ayuni jujur.
"Kau ingat aku gatal sangat ke apa? Kau ingat aku tak boleh protect kau? Lebih pada tu pun aku boleh!"-kata Zahiem miang sambil mendekati Ayuni dan memeluk bahunya.
"Tapi kenapa perlu gaduh dengan Ammar tu? Mesti kau kalah kan? Sem by sem? Kiranya kau dah travel banyak tempat lah? Kat mana kau dah biasa sampai? Banyak duit korang! Belajar pon sempat travel!"-sambung Zahiem sambil melonggarkan sedikit pelukkan nya.
"Tapi awak takda masa saya susah. Senang pun takde. By the way, time tu saya tengah gaduh dengan mama. So jadi masalah kewangan. First-first taknak pergi, nasiblah ada Nina. Dia sudi nak support sikit. Then tiba-tiba pulak wallet Shazri tercicir. Duit yang nak ke Langkawi tu ada dalam wallet. Nasiblah Fiya bagi pinjam. So dugaan datang timpa-timpa. Dah banyak tempat kitaorang pergi. Perlis dan Penang ni memang tak payah cakap lah. Dah terror. Buat masa sekarang kitaorang dah sampai semua pulau dekat Malaysia termasuk Krabi. Tempat-tempat lain tu adalah jugak."-jawab Ayuni jujur.
"Kira korang ni memang kaki travel yang suka keindahan pantai lah? Patutlah kau tak suka shopping sangat dan muka tu dah macam nak lompat sampai langit ketujuhje, lepas dapat tahu kita tidur sini!"-perli Zahiem mengabaikan kata-kata Ayuni yang pertama tadi. Sungguh dia tidak pernah melihat Ayuni teruja sampai bergitu sekali lepas dapat tahu kitaorang akan tidur sini. Ingat seronok dapat bersama aku, rupanya suka pantai. Hampeh bini aku ni.
"Hehehe, Penang is my favorite places la. Bila saya sedih, terluka, kecewa saya akan ke sini. Takda orang, selain Nina, Ammar dan Shazri yang tahu tempat saya bersembunyi bila saya sedih. Termasuk mama, abah, ibu, ayah, Zamira dan keluarga kita."-kata Ayuni. Dia ingat lagi selepas dia keluar daripada rumah ibu ayah Zahiem, dia mengajak Nina ke Penang. Tetapi tidak kesampaian kerana Nina ada kerja luar.
YOU ARE READING
CRUSH ON WECHAT [MALAY]
Romansa[CRUSH ON WECHAT] [ON GOING] "Kau yang jadi bini aku?" "Asal kau setuju?" "Tak sedar diri ke kau layak ke tak dengan aku?" "Asal kau tak tolak kalau kau tahu aku yang jadi laki kau?" "Aku nak kau tahu yang aku tak pernah langsung anggap kau isteri a...