BAB 15

343 11 0
                                    

Ayuni terjaga apabila mendengar Iphone 7 Plusnya berbunyi. Berkerut-kerut mukanya mencari dan mencapai telefon.

"Hello? Ye?"-kata Ayuni sebaik menjawab telefon.

"Hello babe! Hang kat mana? Dari semalam aku tunggu hang balik. Hang ok dak?"-tanya Nina kalut.

"Oh Nina. Aku ok je lah. Aku kat Penang dengan Zahiem. Sekarang ni pukul berapa?"-balas Ayuni selamba.

"Eee, aku punyalah risau! Dah berbaik ke? Honeymoon eh? Sampai subuh pun terlepas tu. Nasib aku call. Sekarang dah 7.30 pagi wahai sahabatku..."-perli Nina.

"Serius ah 7.30? Gelap sangat bilik ni tu yang tak sedar. Dah la aku nak bangun ni! Nanti apa-apa aku call hang balik. Thank you gerak! Bye!"-balas Ayuni kalut. Alamak, subuh gajah la dia pagi ni. "Eh? Amboi amboi amboi, suka hati je hang peluk aku noh! Ambil kesempatan! Patutlah aku lena sangat semalam sampai hanyut subuh aku!"-kata Ayuni perlahan.

"Awak! Bangun lah! Dah lewat ni. Subuh dah terlepas!"-gerak Ayuni selepas cuba mengangkat tangan Zahiem tetapi gagal. "Berat gila tangan dia, tulang besi ke?!"-kata Ayuni dalam hati.

"Ye ye, aku bangun lah ni. Aku mengantuk sangat lah. Maklumlah kan semalam OT dengan kau..."-jawab Zahiem serak baru bangun tidur sambil mengenakan isterinya. Sebenarnya semasa Ayuni menjawab panggillan Nina dia sudah terjaga. Tetapi dia buat-buat tidur sebab nak tengok reaksi isterinya.

Terbuntang mata Ayuni mendengar penjelasan Zahiem. Dia terus menarik kain selimut ke atas dada sambil menjeling tajam ke arah Zahiem. Memanglah aku haknya, tapi tak boleh ke dia bersabar sampai aku bersedia?

"Tak payah nak buat muka garang sangat lah! Aku tak kan ambil hak aku tu kalau kau tak ready. Tapi aku adalah sentuh sikit-sikit. Hehe."-jujur Zahiem sambil mengenakan isterinya.

"Eee miang keladi. Suka hati awak lah saya nak mandi!"-kata Ayuni terus bangun dari katil. Terlerailah pelukan Zahiem tadi di perutnya.

"Kau taknak mandi pantai ke? Tumpang awal lagi ni?"-tanya Zahiem

"Nakkkkkk! Tapi serius ke? Kang tak sempat pulak awak nak balik?"-balas Ayuni teruja.

"Aku cuti lagi harini. Balik kang kita singgah rumah ibu. Sekarang pergi siap. Pakai baju gelap-gelap sikit. Jangan galak sangat nak bagi orang usha body kau tu. Aku pun belum rasmi lagi!"-kata Zahiem tegas.

"Yelah, kejap eh!"-balas Ayuni terus ke bilik air. Selepas selesai dia menukar pakai dan mengosok gigi, dia terus keluar dari bilik air dan menyuruh Zahiem mengosok giginya terlebih dahulu. 

Setelah selesai akhirnya mereka turun ke lobi untuk sarapan pagi. Ayuni yang semalamnya tidak berselera terus mengambil makanan banyak-banyak.

"Amboi banyaknya. Sapa nak makan? Lapar sangat ke? Padan muka semalam aku suruh makan kau cakap nak bungkus la apa lah."-perli Zahiem.

"Ala kalau saya tak habis, awak lah habiskan. Tapi saya rasa saya akan habiskan sorang."-jawab Ayuni. Ya memang salahnya kerana tidak makan makananya semalam.

"Ye lah cepat! Tadi kau yang tak sabar nak main pantai tu."-kata Zahiem selamba.

Mereka menikmati sarapan pagi tersebut berhadapan dengan kolam. Suasana di tepi kolam tenang kerana tiada siapa yang bermandi-manda di situ. Semasa makan, mereka hanya berborak kosong tentang cafe dan kerjaya Zahiem. Selesai makan, Ayuni segera berlari turun ke bawah untuk ke pantai. Zahiem yang risau Ayuni akan terjatuh segera memanggil Ayuni. Tapi dihiraukan saja oleh Ayuni kerana terlalu teruja. Tiba-tiba di anak tangga yang terakhirnya, Ayuni terjatuh. Nasiblah di atas pasir. Tidaklah sakit mana. Zahiem yang melihat Ayuni berlutut di atas pasir terus turun dengan cepat.

CRUSH ON WECHAT [MALAY]Where stories live. Discover now