10 : SESI PUJUK🐰

29.4K 708 1
                                    

POV AUREL

Selesai majlis akad nikah Ziya, aku terus meminta diri untuk pulang ke rumah Mak Siti. Hanya Nabila dan Zara sekeluarga menghantar Ziya dan Aryan ke airport.

Sampai sahaja di rumah, kelihatan kereta Audi warna putih ada dihadapan rumah Mak Siti. Tiba-tiba mood rasa lain macam. Macam mana dia tahu aku kat sini?

"Kak, kereta siapa tu?" Tanya Ilham sebaik keluar daripada kereta.

"Am, teman kak keluar. Akak rasa nak pergi RnR la." Soalan Ilham tidak aku jawap. Aku terus masuk ke dalam kereta semula.

"Eh Am dah balik? Mana kak Aurel?" Tanya Mak sebaik keluar dari rumah. Ilham pula tersengih macam kerang busuk dan memandang ke arah aku.

"Baru sampai Mak. Mak kami nak p RnR ni." Ujar Ilham manakala aku masih dalam kereta. Tak nak keluar.

"Aik! Nak pergi RnR petang sikit kan boleh. Sekarang ni masih panas terik. Pantai tu bukan pandai lari pon. Dah jangan nak mengada panggil Aurel masuk. Suami dia ada kat dalam ni." Ujar Mak lalu masuk ke dalam rumah semula.

"Kak, jomlah masuk dulu. Laki kak ada kat dalam rumah tu. Am pun tak pernah jumpa dia lagi." Ajak Ilham. Aku mencebik. Dah agak mesti kereta dracula. Am pun satu, kenapa nak sangat jumpa dia. Bukan kacak mana pun.

"Am masuk dulu. Satgi kak masuk."

"Oklah kalau macam tu." Tanpa banyak tanya Ilham masuk ke dalam rumah dulu. Fuhh lega. Nasib baik bukan Ilya. Kalau Ilya ni dah sah-sah kena soal banyak. Kebetulan aku balik ni dia duduk asrama. Selamat.

Apa aku nak buat dalam kereta ni? Ha baik tidur. Tadi kena bangun awal pagi. Penat pun tak hilang lagi. Baru nak lelapkan mata tiba-tiba cermin kereta ada orang ketuk. Dan orang itu ialah dracula.

Ethan Danial.

Belum sempat aku nak lock pintu, dia terlebih dahulu membuka pintu sebelah aku. Aku menoleh tempat lain. Tak nak tengok muka dia. Tak nak!

"Sayang, jom masuk. Kita makan sekali." Ajak Ethan. Ni mesti Ilham yang bagi tahu. Kuang ajaqq!

Aku gelengkan kepala.

"Hurmm, janganlah macam ni. Nak abang gendong ke?"

"Saya tak nak bercakap dengan awak. Tolong pergi."

"Sayang, abang datang dari jauh tau sebab sayang."

Sayang sayang. Nak pujuk aku tau pulak berabang sayang. Ingat aku cair. Jangan haraplah.

"Saya pun datang dari jauh sebab nak lari dari awak. Siapa suruh awak datang? Ni awak tahu saya tidur sini daripada siapa? Habaq mai!"

"Along ada ikut sekali."

"Dah agak dah."

"Jom masuk. Panas kat luar ni." Ethan menarik tangan aku tapi aku masih membatukan diri.

"Tak nak." Aku mengeleng.

Chupp!

Kena cium bibir. Ni namanya kurang ajar.Bulat mata aku memandang ke arahnya.

"Nak lebih dari tu ke?" Ethan cuba mengugut. Ni mesti banyak belajar daripada Along.

"Tepi sikit!" Aku menolak badannya apabila dia cuba mendekati aku untuk kali kedua. Ingat aku burung hantu ke?

Aku keluar daripada kereta dan terus masuk rumah. Sampai sahaja di dapur, kelihatan Along seronok berbual dengan Mak dan Ilham. Aku menarik kerusi duduk sebelah Ilham.

"Aurel nak makan apa? Mak masak simple ja harini. Mak tak tau pun Along dengan laki Aurel nak mai sini." Ujar Mak sambil mencedok nasi untuk aku.

"Takpa mak. Aurel makan apa yang mak masak ja. Along datang sini buat apa?" Tanya aku. Kebetulan dracula datang dan duduk sebelah Along bertentangan dengan aku.

"Cari kakak ipar untuk adik." Jawap Along. Dia ni tak pernah nak jawap elok-elok.

Aku menjeling tajam.

"Aurel cedok nasi untuk laki tu." Pinta Mak. Aku membatukan diri.

"Aurel...." panggil Mak...meleret je panggi nama aku.

"Xpa Mak, Ethan boleh cedok sendiri." Ujar Ethan.

Abang memandang aku tajam.

****
POV AUREL
Selesai makan, abang mengajak aku pergi belakang rumah. Ni mesti nak membebel sebab tadi.

"Apa?" Soal aku sambil memeluk tubuh.

"Apa yang adik buat ni? Sedar tak Ethan Danial tu suami adik. Tak bau syurga tau adik layan dia macam tu. Dari jauh datang sebab adik. Merayu kat along minta teman. Ethan yang along kenal bukan macam tu tau. So adik tolong ubah perangai tu. Adik dah kahwin. Sampai bila adik nak buat perangai macam ni?"

"Along tak tau apa yang berlaku baik along senyap. Adik tak minta pun dia datang. Lagipun adik datang sini sebab  Ziya nikah. Bukan lari."

"Minta izin dulu bukan pergi macam tu je."

"Adik dah whatsapp dia."

"Telefon tak boleh ke? Tak ada mulut nak cakap?"

"Along..."

Aku mengeluarkan airmata. Sedih! Along dah tak sayang aku.

"Minta maaf dengan Ethan sekarang. Kalau ummi abah tahu adik buat macam tu, sedih diorang dapat anak macam adik ni."

"Along akan rasa apa yang adik rasa sekarang bila dah kahwin nanti."

Aku terus melangkah pergi. Dimata keluarga aku, Ethan Daniel cukup sempurna termasuk jugak aku. Tapi apa yang berlaku ni, keyakinan aku terhadap dia makin kurang. Dia sayang aku atau tak sebenarnya?

Just You, Budak Lembab! [COMPLETED]Where stories live. Discover now