Bad Boy Part 1

13.5K 308 0
                                    


kotak baldu berwarna merah itu diambil sebelum dibuka. Cincin yang berkilau dek terkena cahaya lampu itu dipandang lama. Dia menarik nafas panjang. Semua rasa bercampur aduk. Otak dah makin pening memikir soal itu. Masa yang diberi hanya selama seminggu. Langsung dia tidak diberi pilihan untuk memilih masa sendiri. Nak kahwin pun susah, dah kahwin nanti macam mana? Semuanya main ikut kepala pihak lelaki, habis dia tu apa? Tunggul kayu?

Nak tolak karang, kasihan pada ibunya yang nampak sangat berharap nak berbesan dengan bestfriend dia tu. Lagipun kalau dapat mak mertua macam tu, Airis memang takkan tolak. Cuma, masalah sekarang hanya lelaki itu. Kahwin ni bukan main-main. Nak hidup sampai ke tua. Nak bercinta sampai ke syurga. Apa kelas kahwin cerai semata? Baiklah tak payah kahwin kalau sekadar kahwin hanya untuk suka-suka.

"Airis, menungkan apa tu?" soal ibunya, Cik Nie.

"Ma, Airis rasa macam tak nak je. Rasa macam nak tolak aje," adu gadis itu. Kotak baldu itu ditutup kembali dan diserahkan kepada ibunya. Cik Nie mencapai kotak baldu itu dan melabuh duduk dibirai katil bersebelahan dengan anak keduanya itu.

"Pasti?" Airis memuncung.

"Airis Imani, jangan buat keputusan terburu-buru. Kenapa tak istikharah dulu? Minta petunjuk. Minta Allahclearkan apa yang kelam kelabu tu," nasihat Cik Nie. Kepala Airis diusap penuh kasih.

"Airis takut la, ma. Macam mana kalau betul dia tu jodoh Airis?" gadis itu dah tayang muka sememehnya.

"Say Alhamdulillah la. Kenapa nak takut pulak?" Cik Nie tersengih penuh makna. Faham dengan apa yang dituturkan oleh Airis itu sebenarnya namun dia sengaja buat-buat tidak tahu.

"Oh mama. You know it very well. Tak payah nak berpura-pura tak tahu," balas Airis dengan muka masam mencuka.

"Well, kalau memang dah jodoh Airis, lari ke hujung benua pun memang akan berjumpa jugak. So, accept itdengan hati terbuka. Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik, sayang," kata Cik Nie.

"Baik ke dia tu?" Bibir dijuihkan. Cik Nie tergelak kecil.

"Kalau dia tak baik, maknanya jodoh dia nanti tak baik jugaklah. Tapi, kalau dia dapat yang baik macam Airis ni, maknanya Allah tengah uji Airis. So, Airis kenalah terima ujian tu dan cabar diri untuk ubah sikap dia lepas kahwin nanti," pujuk Cik Nie lagi.

"Baik ke Airis ni, ma?" soal Airis pula dengan wajah mendung.

"Baik Airis bila Airis buat apa yang Allah suruh dan tinggalkan apa yang Allah larang. Baik Airis bila Airis selalu mendengar kata mama dan ayah. Baik Airis bila Airis sentiasa memaafkan orang walau sebesar mana salah mereka pada Airis," ujar Cik Nie dengan tulus. Airis sengih.

"Wah, tu macam baik sangat tu, ma. Airis biasa-biasa aje la," sangkal Airis.

"Airis tetap baik pada mama melainkan kalau Airis melanggar hukum Allah," perlahan sahaja suara Cik Nie kedengaran dihalwa telinga Airis.

Airis memeluk ibunya itu dengan erat. Apakah mungkin untuknya menerima lelaki itu? Bertahun-tahun mereka terpisah kerana Airis melanjutkan pelajaran ke UiTM Kuala Terengganu, balik aje kampung selepas 3 tahun di Terengganu, terus lelaki itu menghantar rombongan meminangnya. Apa kes? Sudah lupakah lelaki itu tentang sengketa mereka?



"Al-Hafiz!"
Jeritan itu mengejutkan Al-Hafiz yang sedang memberi makanan kepada lembu milik ayahnya itu. Dia tahu pemilik suara itu. Kenal benar dengan orangnya. Airis Imani. Gadis rumah sebelah. Anak kedua kepada pasangan Cik Nie dan Acik Am.

Bad Boy [COMPLETE]Where stories live. Discover now