Bad Boy Part 2

7.3K 285 0
                                    

"Al, aku nak jumpa kau kejap," ujar Airis dengan wajah tebal menahan malu.

Al-Hafiz buat muka selamba. Langsung tidak dipandang Airis yang berdiri dihadapannya itu. Dia santai duduk diatas kerusi sambil mengunyah chewing gum. Airis mengetap bibir menahan geram. Rakan sekelas Al-Hafiz dah berbisik sesama sendiri. Terkejut mungkin apabila melihat Airis ke kelas itu semata-mata mencari Al-Hafiz.


"Bad, awek cun panggil tu. Pergi ajelah," satu suara sumbang kedengaran. Airis pekakkan telinga.

Bad. Panggilan kawan-kawan untuknya. Al. panggilan keluarga untuknya. Heh, memang sesuai. Kat rumah bukan main lagi baik dengan ummi dan abi dia bila kat sekolah jadi bad boy! Suka menjahanamkan hidup orang!

"Al, please." Wajah Al-Hafiz dipandang dengan riak tidak senang. Kalau bukan sebab nak minta maaf, memang dia takkan menjejakkan kaki ke kelas Al-Hafiz itu. Apatah lagi sekrang waktu rehat. Tak ramai yang ada dalam kelas 5 Sains tu.

"Kau nak apa?" Kasar Al-Hafiz bertanya. Mukanya didongak memandang wajah Airis.

"Aku... Aku nak minta maaf," perlahan suara Airis. Darah naik menyerbu ke muka. Malu! Memang dia sangat-sangat malu saat itu. Rasa egonya rendah.

"Apa? Aku tak dengar," sinis suara Al-Hafiz kedengaran.

"Aku nak minta maaf," Airis mengulang kembali. Al-Hafiz tayang senyum sinis.

"Guys, korang dengar tak minah ni cakap apa?" suara Al-Hafiz bergema satu bilik darjah itu. Airis memintal hujung tudung sekolahnya yang berwarna biru gelap itu.

"Tak!" Sahut suara nakal rakan-rakan Al-Hafiz. Tawa bergema di dalam kelas 5 Sains itu. Airis pula sudah tidak keruan. Mahu rasanya Airis menangis saat itu.

"Dekatlah sikit. Macam mana nak dengar kalau korang duduk sebatu," ujar Al-Hafiz. Semakin galak lelaki itu ketawa.

Rakan-rakan lelaki Al-Hafiz mula mengelilingi Airis. Semuanya berbadan sasa dan tinggi membuatkan Airis terhimpit ditengah-tengah. Al-Hafiz bangun berdiri. Dia mendekati Airis yang sudah mula menangis itu. Badan gadis itu nampak menggigil.

"Al, aku nak balik kelas," suara Airis bergetar. Dadanya berombak kencang. Bau perfume lelaki menusuk ke rongga hidungnya membuatkan gadis itu lemas.

"Ulang balik apa yang kau bagitahu aku tadi. Kawan-kawan aku nak dengar," bisik Al-Hafiz. Wajahnya didekatkan ke wajah Airis. Desah nafasnya hangat menyentuh kulit pipi Airis.

"Bad, kau jangan macam-macam. Aku report kat cikgu nanti," suara Hamizah, kawan sekelas Airis kedengaran.

"Kau diam! Kalau kau berani report dekat cikgu, siap kau!" Imran, kawan Al-Hafiz pula menyampuk memberi amaran. Kecut perut Hamizah. Terdiam terus gadis itu.

"Al, ki... Kita bincang kat rumah nanti. Kau tolong lepaskan aku. Waktu rehat dah nak habis ni," pinta Airis. Airmatanya dikesat seraya menjauhkan wajahnya dari wajah Al-Hafiz namun badannya bersentuhan dengan badan Hakim. Segera dia kembali ke kedudukan asal. Airis benar-benar sudah tersepit!

"Al, please!" Rayu Airis lagi. Airmata kembali mengalir dengan deras.

"Kenapa kau minta maaf dengan aku?" soal Al-Hafiz dengan suara perlahan. Airis semakin rimas. Rakan-rakan Al-Hafiz yang mengelilingi mereka itu semakin lebar tersengih.

"A... Aku tuduh kau ambil buku latihan aku padahal buku tu ada dengan kawan aku, Naim," jawab Airis. Tangannya menggeletar takut. Dia tidak putus-putus berdoa agar Al-Hafiz tidak melakukan perkara-perkara diluar batasan.

"Buku kau ada dengan Naim tapi kau tuduh aku yang ambil? Lepas tu kau cakap aku ni penipu depan ummi aku. Kau rasa patut ke aku maafkan kau?" Soal Al-Hafiz dengan wajah yang tegang.

Airis dah rasa nak menjerit dengan keadaannya waktu itu. Bau perfume yang pelbagai jenama itu semakin membuatkan kepalanya sakit. Rakan-rakan Al-Hafiz semakin galak mengusiknya. Ada yang mahu menyentuh dagunya. Ada yang menyentuh bahunya.

"Al, tolonglah!" Naik satu oktaf suara Airis apabila pinggangnya pula dicuit. Dia sudah tidak tahan. Sungguh!

"Tolong apa?" soal Al-Hafiz selamba tanpa menyedari keadaan sebenar Airis. Dia terkaku apabila Airis mendekatinya. Tangan gadis itu melekat didadanya.

"Tolong aku, Al." Bisik gadis itu dengan tangisan yang semakin menjadi-jadi. Mungkin jika pinggangnya tidak dicuit, dia bias lagi bertahan tapi keadaannya sekarang sudah seperti telur dihujung tanduk. Kalau Al-Hafiz tu benar-benar penjahat, memang dah kena 'ngap' Airis waktu itu.

"Guys, apa ni? Aku suruh kau takut-takutkan dia aje, bukan suruh sentuh dia! Blahlah korang!" Marah Al-Hafiz. Tubuh Airis ditarik rapat ke arahnya. Ditolak batang tubuh rakan-rakannya itu.

"Alah, tak luak pun la," satu suara sumbang menyapa pendengaran Airis. Jijik gadis itu mendengarnya.

"Weh, kau jangan macam-macam. Dengan perempuan lain, kau boleh buat macam tu tapi kalau dengan yang ini, kau jangan main-main," tegas suara Al-Hafiz memberi amaran.

Airis yang berasa sudah selamat terus menolak pelukan Al-Hafiz dan berlari mendapatkan Hamizah diluar kelas. Teresak-esak dia menangis. Langsung wajah Al-Hafiz tidak dipandang. 


Semakin benci dia pada lelaki itu. Al-Hafiz pula menghantar pemergian Airis dengan pandangan dan rasa sesal yang menggunung.

Bad Boy [COMPLETE]Where stories live. Discover now