BAB 16

286 11 1
                                    

"Kau?"-kata Zahiem sinis walaupun sangat terkejut.

Ayuni yang pelik dengan suaminya terusmengangkat kepala ke depan melihat siapa gerangan yang Zahiem tegur. 

Perempuan? Staff McD? So? Apa kena mengena dengan laki aku? Tiba-tiba matanya tertatap di nametag staff itu. Fariha Iris? Fariha? Ex-fiancee Zahiem? Patutlah.

"Abang, cepatlah! Lapar dah ni."-kata Ayuni mengada-ngada.

"Ye sayang, cepat lah pilih. Eh takpe, abang tahu favorite sayang, Spicy McChicken Deluxe kan? Ok bagi saya Spicy McChicken Deluxe satu set, cup large, then BigMac satu set, cup large jugak."-kata Zahiem manja.

Ayuni terkejut Zahiem mengorder Spicy McChicken Deluxe tu untuk dia. Mana dia tahu tu favoritte aku? Dia selalu stalk aku ke?

"Ok, awak boleh duduk dulu nanti saya hantar. Sebab kena tunggu 8 minit."-ujar Fariha.

"Ok then. Jom sayang!"-ajak Zahiem.

"Tunggu Zahiem. Boleh bagi saya peluang kedua?"-tanya Fariha tidak malu.

"Saya tahu awak sengaja berlakon di depan saya sekarang. Dia bukan isteri awak kan? Saya tahu awak masih cintakan saya! Takkan dengan secepat ini awak dapat isteri? Saya tak bodoh Zahiem. Saya minta maaf. Tolong bagi saya peluang kedua. Saya akan cuba memahami kerjaya awak."-sambung Fariha selepas dia berhadapan dengan Zahiem dan Ayuni.

"Hahahaha berlakon? Untuk apa? Sakitkan hati kau? Kau tengah sakit hati ke? Aku ingat kau takde perasaan. For your information, ni wife paling aku sayang dan cinta, Ayuni Zahira. Alhamdulillah she better than you. And untuk pengetahuan kau jugak, disebabkan kau jugak aku tolak cinta dia dulu! Tapi lepas kau ambil cinta aku, kau buang macam sampah. Nasiblah, dia yang aku tolak dulu, tolong kutip dan jaga dengan baik."-jawab Zahiem sinis sambil memeluk bahu isterinya. Dia memerlukan kekuatan dari isterinya sekarang. Biarpun cinta dia sepenuhnya untuk Ayuni sekarang, Fariha juga pernah ada dalam hatinya dulu.

Ayuni melihat Fariha yang tergamam, terus menjelaskan apa yang dikata Zahiem.

"Aaaa Fariha. Sebenarnya apa yang Zahiem cakap tadi betul. Kami tak berlakon pun. Kitaorang datang sini pun untuk short honeymoon. Yela, Zahiem busy dengan kerjanya. Saya busy dengan cafe saya. Takda niat pun kitaorang datang nak ganggu awak dan sakitkan hati awak."-kata Ayuni lembut sambil mengenggam tangan Fariha.

"Saya minta maaf."-ujar Fariha terus berlalu.

"Dah lah. Jom balik. Hilang selera dengan mood aku!"-marah Zahiem perlahan.

"Alaaa saya nak makan Mcd. Kalau awak taknak, awak duduk diam-diam tengok saya makan. Dia takkan ganggu kita dah ok? Jangan lah badmood sangat."-pujuk Ayuni.

"Suka hati kau lah. Cepatlah nak duduk mana?"-tanya Zahiem kasar. Sebenarnya dia takut bila dia berlembut, Ayuni akan bertanya betul atau tak benda yang disampaikan tadi. Semuanya betul belaka. Tetapi kerana ego, dia malu untuk berterus terang.

"Tu kat situ!"-kata Ayuni sambil menunjukkan tempat sedikit tersembunyi.

Setelah makanan mereka sampai, Ayuni hendak bangun mengambil sos tapi ditahan Zahiem.

"Kau nak kemana?"-tanya Zahiem kasar.

"Ambil sos je kat situ. Awak risau saya hilang ehhh? Hehe."-balas Ayuni mengenakan suaminya.

"Tak kuasa aku. Pergi lah, aku bagi kau 3 minit dari sekarang! Kalau tak aju kiss kau kat sini."-kata Zahiem tegas. Kalau polis tu polis jugak.

Ayuni yang mendengar arahan Zahiem tadi terus bangun pergi ke tempat sos. Tiba-tiba Fariha datang di tepi Ayuni. 

"Kau dengan dia berlakon je kan? Ngaku lah. Taste dia tinggi, kalau nak banding kau dengan aku, kau ditangga paling bawah tahu tak?"-kutuk Fariha perlahan.

"Berlakon apanya Fariha. Hang tengok ni. Takkan dah ada bukti pun tak percaya. Mungkin hang tak boleh terima kenyataan kot. By the way, biar cantik tapi ada akal. Kau cantik, tapi kerja sini je."-balas Ayuni. Sebenarnya bukan niat dia nak merendahkan pekerjaan Fariha, tetapi dulu Zamira pernah cakap yang Fariha selalu habiskan duit abangnya dan suka berlagak diva. 

Fariha yang bengang dengan kata-kata Ayuni mengangkat tangan ingin menampar Ayuni tiba-tiba...

Chupppp!

"Tiga minit sayang dah habis! Hehe. Jom lah makan, lapar sangat ni."-pujuk Zahiem sambil mengusap perutnya. Sengaja dia buat Fariha sebagai halimunan.

Ayuni yang sangat terkejut dengan tindakan Zahiem mencium dia terus terkaku. Dia benar-benar terkejut dan tak sangka yang Zahiem akan bertindak bergitu di depan Fariha. Zahiem menarik tangan Ayuni ke meja mereka dan meninggalkan Fariha yang menonton gelagat mereka.

"Tak guna kau perempuan! Kurang ajar kau!"-kata Fariha dalam hati.

"Kau nak makan ke nak aku kiss sekali lagi?"-ugut Zahiem.

"Ish, kerja ugut je. Lepas tu suka hati kiss orang!"-marah Ayuni.

"Alalala marah ke? Peduli sangat aku dengan marah kau tu. Sepatutnya kau yang pujuk aku tau. Aku lari pergi dekat si Fariha tu kang, dapatlah madu kedua kau!"-kata Zahiem sambil ketawa. Seronok dia mengenakan Ayuni.

Ayuni hanya menjeling tajam kepada Zahiem. Selesai mereka menjamu selera, mereka terus keluar daripad restoran McD tadi berpegangan tangan mesra menuju ke kereta. Tiba-tiba...

"Awak, tolong. Tolong bagi saya peluang kedua. Saya janji takkan sia-siakan."-pujuk Fariha sambil menangis dan memeluk lengan Zahiem yang sado.

"Eh, behave sikit. Dia laki aku tau! Haram hampa bersentuhan. Macam ni nak jadi madu aku? Halal haram pun tak kenal."-kata Ayuni pedas. Zahiem tergelak dengan kata-kata Ayuni. Amboi bini aku bila jeles.

"Blah la tunggu apa lagi?! Jijik tau tak!"-cerkah Zahiem.

"By the way, untuk bagi kau peluang dan peluang yang kau takkan sia-siakan tu, sorrylah. Aku tak boleh tolong. Sebab aku pun pernah minta peluang kat kau, tapi kau cakap orang macam aku tak layak dapat peluang dari orang kau. And now, tak payah lah nak jilat balik apa kau ludah. Geli, kotor sebab bekas orang pijak! Mungkin doa kau termakbul sebab ni yang kau minta dulukan, aku dapat perempuan lebih baik dari kau. So now, she perfect! Jangan ganggu aku dengan wife aku lagi. Kau tahu aku siapa, so jangan cuba-cuba!"-sambung Zahiem terus masuk kereta. Ayuni juga turut masuk ke dalam kereta.

"Aku tahu kau ada banyak soalan. Tapi simpan dulu. Aku jawab bila aku bersedia nanti."-Zahiem terus membuka mulut apabila dia melihat seribu tanda tanya di muka isterinya.

"Eh pandai awak. Ok saya tunggu. But I really dont know that we still have or not time for the answer."-balas Ayuni.

"I will make sure that we will have the time for the answer. Trust me!"-balas Zahiem yakin.

Ayuni tersenyum bahagia. Sungguh dia bahagia bersama Zahiem dua hari ini. Ya, memori yang tak dapat dilupakan langsung! 

"Terima kasih awak!"-ucap Ayuni ikhlas.

"For?"-tanya Zahiem

"Sebab buktikan kata-kata awak. Nilah satu memori yang saya takkan lupa sampai bila-bila. Kenangan saya bersama awak. Thank a lot for everything you've done!"-ucap Ayuni ikhlas dan bahagia.

"My pleasure! Nanti kau send semua gambar-gambar kau ambil. Make sure pilih yang elok-elok je sebab aku rasa beribu kau ambil."-pesan Zahiem.

"Yelah tengah cari lah ni."-jawab Ayuni.

Perjalanan menuju ke Perlis menggunakan Jambatan Kedua Pulau Pinang mengambil masa kira-kira 2 jam sahaja. Seperti biasa, Zahiem akan memandu sorang-sorang dan Ayuni tidur. Katanya penat bermain jetski pagi tadi. Sepanjang perjalanan, Zahiem tersenyum bahagia. Dia tersangat bahagia dengan Ayuni sekarang. Ini yang dia mahukan dalam hidupnya. Agak-agak Ayuni sudi tak terima Zahiem? Macam mana dengan chat malam pertama?


CRUSH ON WECHAT [MALAY]Where stories live. Discover now