One

30 4 0
                                    


[Khairul's POV]

"Weyh, cepat!"

"Jap! Sabarlah sikit!"

"Weyh, lagi 5 minit weyh! Cepat!"

"Ish..yelah yelah! Otw!"

Aku menarik beg sandang aku lalu menyandangkan ia dibadanku. Setelah memastikan semuanya lengkap dan tiada yang tercicir, aku menutup pintu rumah lalu menguncinya.

"Nah kunci rumah.. kau simpan." Aku membaling sahaja kunci rumah tersebut. Lantak dia lah kalau dia tidak dapat sambut.

"Dah jom. Minah tu dah bising. Dia kata kita lambat sangat.." Kata Haziq sambil memasukkan beberapa barang ke dalam bonet kereta.

"Biasa lah dia tu.. lambat 1 minit pun nak marah marah.." Aku terus menuju ke tempat duduk disebelah tempat pemandu. Aku malas pula nak pandu hari ni..yelah nak bercuti kan? Kenalah enjoy!

"Dahlah tu.. kita mengumpat pasal dia pula.. tak elok." Haziq memasuki tempat pemandu lalu memanaskan enjin kereta.

"Yelah.." Kami memulakan perjalanan ke rumah 'minah' tu dahulu. Kereta Honda Accord milik Haziq dipandu laju kerana tidak mahu terlambat untuk ke tempat berkumpul.

Hari ini, 6 Januari 2019 bersamaan dengan hari Ahad, kami akan ke Langkawi untuk bercuti. Selain aku dan Haziq, kawan-kawan aku yang lain turut mengikuti percutian itu. Aku malas nak bagitahu nama mereka seorang-seorang sebab nanti korang akan tahu juga.

Setelah beberapa minit di dalam kereta, aku melihat sebuah rumah banglo yang sangat cantik tersergam indah dihadapanku. Namun, pemandangan itu diganggu oleh kehadiran seorang perempuan yang agak menjengkelkan.

"Hei! Kenapa korang lambat sangat datang? Kata pukul 9, sekarang dah pukul berapa? Apa lagi alasan yang awak nak bagi?" 'Minah' itu mula membebel. Ia telah merosakkan pagi yang indah ini. Aku terus rasa meluat ingin memandang ke arah mukanya.

"Ya.. memang kami dah janji nak sampai sini pukul 9 tapi kami TERbangun lambat. Alah, bukannya lambat sangat pun kami sampai sini.. setakat 5 minit jer pun.." Haziq terus mencelah percakapannya yang menyebabkan bebelan 'minah' itu terhenti. Sengaja dia menekankan perkataan 'ter' itu. Aku memandang ke arah Haziq sambil tersenyum sebagai tanda terima kasih.

"Dahlah tu, Wani. Kata nak cepat, jomlah pergi sekarang. Lagi cepat sampai, lagi bagus." Celah seseorang dari belakang Wani atau nama penuhnya Hazwani. Aku memandang ke arah orang tersebut. Kelihatan seorang perempuan memakai shawl hitam bersama dress ungu paras lutut dan seluar slack hitam sedang berpeluk tubuh memandang ke arah kami.

"Hmm.. yelah Aimin. Jom." Hazwani terus meninggalkan kami dan melangkah menuju ke keretanya.

Tiba-tiba aku terdengar bunyi hon dari sebelah kereta kami. Aku menoleh lalu melihat sebuah kereta MPV berwarna biru disebelah kami dan dibelakangnya terdapat sebuah kereta lagi berwarna merah. Pemilik kereta biru itu menurunkan tingkapnya.

"Hai korang! Dah lama sampai? Jom gerak sekarang. Naik kereta aku nak? Kereta kau lawa sangat, nanti kitorang tumpang, habis kotor." Dia tersengih.

Aku memandang Haziq. Dia memandang aku. Aku mengangkat sebelah kening. Dia mengangguk. "Okay, kami naik kereta korang." Aku membalas pertanyaan Haikal tadi setelah mendapat persetujuan daripada Haziq.

Aku turun dari kereta lalu menuju ke bonet untuk mengalihkan barang-barang kami ke kereta Haikal. Dia bersama dua orang rakannya turut membantu. Kawan dia tu kawan aku jugak tau.

Selepas itu, Haziq menyimpan keretanya di pekarangan banglo Hazwani. Maklumlah, rumah dia kan besar, boleh muat 5 buah kereta kat pekarangan dia tu.

Aku dan Haziq menaiki kereta Haikal bersama dengan Gary dan Ken. Haikal dan Ken duduk di hadapan manakala aku, Haziq dan Gary duduk di belakang.

Sekejap, baru aku ingat pasal kawan aku yang lain. Maksud aku, perempuan-perempuan tu lah. Aku menoleh ke luar tingkap. Oh, mereka sudah pun berada dalam kereta Hazwani. Aku tak perasan pula bila mereka berpindah kereta. Ah, lantaklah.

"Korang dah sedia?" Haikal bertanya kepada Mya yang duduk di sebelah tempat pemandu iaitu Hazwani. Mya hanya mengangguk sambil tersenyum teruja.

"Okay, korang ikut kereta aku tau. Aku dah pasang GPS." Mya mengangguk sekali lagi untuk membalas kata-kata Haikal.

Haikal sudah menaikkan tingkap keretanya semula begitu juga dengan Mya.

Kami memulakan perjalanan ke Langkawi tepat pada pukul 9.30 pagi. Kami menyanyi riang lagu yang dipasang menggunakan handphone Haziq. Haziq ni minat Kpop so lagu kat phone dia semua lagu Korea. Dia 'ONCE'. Dia tak bagi pasang radio sebab dia kata lagu melayu tak best. Jangan kecam dia tau. Kami berempat pun tahu Kpop ni dari dia lah kecuali Ken. Ken ni kacukan korean-english tapi duduk kat Malaysia. Dia pun tak minat sangat Kpop ni. Eh, dah kenapa aku cakap pasal Kpop ni? Ah, abaikan.

Dua jam berlalu. Aduh, sakit punggung aku duduk lama-lama dalam kereta nih. Aku memandang sekeliling. Gary dan Haziq sedang lena tidur manakala Ken sedang makan keropok yang dia bawa dari rumah sebelum bertolak tadi. Haikal masih fokus dengan pemanduannya.

Aku mendekatkan diri ke Ken dengan niat ingin mencuri sedikit keropoknya. Tetapi, belum sempat aku ingin memasukkan tangan ke dalam plastik makanannya, dia sudah menghulurkan plastik itu kepadaku. Aku mendongak memandangnya.

"Nah. Ambil je lah. Aku dah kenyang." Katanya sambil tersenyum lalu memandang ke hadapan semula. Aku membalas senyumannya sambil berterima kasih. Nampaknya, aku tak perlu susah-susah nak mencuri untuk makan. Lupa pula Ken ni baik orangnya.

"Khai, nak satu." Haikal memandangku dari cermin tengah sambil membuat.. erm.. ape orang panggil tu? Ha, aegyo. Aku menghulurkan plastik itu ke arah nya. "Alah.. suapkan lah.." Eih.. dah kenapa 'minah' ni?

"Kau ade tangan kan?"

"Kau tak nampak ke aku tengah drive ni?"

"Macam tak boleh je drive satu tangan."

"Accident lah nanti.."

"Pernah je aku tengok kau drive guna kaki. Selamat je kau sampai hari ni."

"Hish.. banyak cakap pula kau ni. Aku minta suap je pun. Hmph!"

"Yelah.. aku suap. Nah."

"Yeay! Thanks Khai. Sayang kau."

Haih.. Ni lah Haikal. Gedik nak mampus. Nak kata gay, dah ada girlfriend. Ramai pulak tu. Tapi nak jugak bermanja dengan lelaki. Tak cukup kasih sayang ke? Kalau sekali-sekala tu aku faham lah. Ni tiap-tiap hari. Aduh, masalah betul.

Aku toleh ke kiri untuk melihat reaksi Ken. Ternyata dia pun menyampah tengok Haikal. Dia menggulingkan bebola matanya lalu memandang ke luar tingkap. Aku tersengih sedikit.

"Haih.. lama lagi ke? Penat pulak.. Nak tidur tapi tak mengantuk lagi.." Aku mengadu kepada Haikal. "Tak delah lama sangat.. Dalam tiga jam lagi sampai lah kot.." What? tiga jam lagi? Aduh.. mereput aku dalam kereta nih. Aku menyandarkan badan ku semula. Gary sudah terjaga manakala Haziq masih lagi tidur. Well, dia ni memang jenis yang tidur mati. Kadang-kadang aku pun jealous dengan dia nih.

"Tapi kalau kau nak sampai awal, kita ikut jalan pintas. Nak?" Mata aku bersinar mendengar kata-kata Haikal. Mestilah aku nak. Sakit punggung aku ni.. Dengan pantas aku mengangguk.

"Okay.." Haikal membelokkan keretanya ke arah kanan lalu terus memandu. Aku tersenyum lebar. Langkawi, here we come!

Bersambung_

-Vote ^^
-Comment ;)

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 01, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

HospitalWhere stories live. Discover now