1

21 3 0
                                    

Amri's POV

" Kenapa kau bagitau cikgu,ha!?"

Soalan itu berselang seli dengan rasa sakit yang semakin menular ke seluruh tubuh badannya.

" Bukan aku lah!" Jawabnya sambil cuba menahan tumbukan yang datang bertalu talu. Apakan daya. Amran jelas lebih bertenaga dari dirinya. Ialah Amran kan anak guru silat di kampungnya.

Amri cuba menahan tangisannya. Kenapalah dia diperlakukan sebegini?

Dia diperaniaya!
Bukan dia yang melaporkan kejadian haritu kepada Ustaz Salman, si guru disiplin bermisai gulung itu.

Terlintas di benaknya apa yang terjadi pada hari itu.
Kejadian yang menyebabkan dirinya diperlakukan sebegitu.

Langkahnya dipercepatkan. Prep malam sudah tamat 5 minit yang lalu. Tak lama lagi pasti warden mesti start round sekolah.

Skreeetttt.

Langkah berhenti terus. Mukanya berkerut seribu. Perutnya memulas!

Ahhhh! Perut aku ni,Waktu ni pulak  nak memulas!

Tandas putera yang terdekat di carinya.Terus ditujunya kubikel paling hujung. Privacy sikit.

Sambil elok membuang air besar , dia teringat tentang kerja sekolahnya yang masih berlungguk belum disentuh.
Itulah, main lagi masa waktu prep
😂

Tiba tiba dia terdengar bunyi dari kubikel sebelah.

Aiiikkkk?

Masih ada kah orang yang still ada Kat sekolah? Sakit perut jugak ke?
Atau itu bukan manusia?
Mukanya berubah.

Ahhhh. Hiraukan.

Tiba tiba hidungnya menangkap sebuah bau Asing. Bukan bau busuk tandas ini. Bau asap.

Tapi ini bukan asap kemenyan. ( Maksudnya dia bukan dikacau mekeluk halus. 👻. Alhamdulillah😂)

Ini asap rokok!

Urusannya dipercepatkan. Setelah dia basuh Dan pakai apa yang patut , terus dia keluar.

Dia perlu cepat.

Ini lebih teruk dari kena kacau mekeluk halus.

Sudah lazim bagi pelajar Sekolah Menengah Segugus Harapan ( SMASH) tentang aktiviti merokok yang dilakukan secara tersembunyi dan jauh daripada radar pentadbir.  Semua orang tahu siapa yang Ada kaitan atau terlihat @ terkantoikan aktiviti merokok ini , pasti akan di'tutup mulut'kan oleh pihak senior.

Dan Kali ini dia sudah terlibat dalam benda Ni.

Dia kena lari.

Terus langkahnya dipercepatkan.

Woiiiii!

Shit.

Itulah apa yang terjadi. Tapi dia sumpah bukan dia yang bocorkan tentang benda tu. Siap ada gambar bukti lagi.Mesti  orang lain!

Dan si Amran bodoh ini terus menyasarkan dia apabila dia 'get caught' dengan si Ustaz Misai Gulung tu tentang aktiviti merokok dia. Dah buat kerja tak pandai cover, nak salahkan orang pulak.😒

Sekarang dia akan teruk dipukul oleh si Amran Ni.

Ya Allah , tolonglah aku.

Dan seperti biasa,Allah sentiasa mendengar doa hambanya.

"Woi!" terdengar suara dari jauh.

Yes!

. . . . . . . . . . . . . . .

Hanif's POV

Aku dah lama usha si Amran Ni. Aktiviti dia dah lama aku pantau.Tunggu masa je aku nak 'get caught' kan dia. Dan bila aku dah ada bukti bergambar Amran buat bende tu, aku pun tak lepaskan peluang la.
Terus aku terjah bilik guru disiplin.
Ketaq lutut jugak la bila nak cakap dengan Ustaz Salman tu, dengan misainya yang bergulung gulung. Nasib dia tak tanya banyak. Terus dipanggilnya Amran ke bilik dia.

Tergelak aku tengok muka terkejut beruk Amran tu. Baru tau takut!

Hahaha! Puas hati aku!

Tapi lepastu terus dia target budak Amri tu. There must be something happening between them.

Teruk jugaklah  Amran tu pukul budak Amri tu. Budak tu pun tak Cuba nak lawan.

Lalu aku dengan beraninya cubalah menjadi superhero dengan menjerit kepada Amran yang tengah pukul budak tu. Dari jauh jela. Tak berani aku nak dekat. Nanti aku pulak yang kena pukul😌

Nasib Amran ingat suara aku yang serak serak basah ni ( ceh) suara cikgu ke apa tah. So dia terus lari.

Budak tu.Dia still ok. Cuma mukanya sudah merah.

Hahahaha. Aku cuba tahan gelak.

Aku hulurkan tangan cuba membantunya untuk bangun. Matanya terkebil kebil. Apa pelik sangat ke muka aku?

" Nama aku Hanif. Kau?"

" Amri."

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 28, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

KawanWhere stories live. Discover now