" Tolong mak pergi kedai "Baekhyun mengeluh kasar . Langkah dilajukan sambil menghentak kaki berkali kali tanda protes .
Kelibat Taehyung yang sedang tidur diatas sofa digoncang goncang .
" Tae , tolong pergi kedai boleh . Aku sakit kaki . "
Taehyung yang baru bangun tidur mengelap air liur basi yang melekat dipipinya . Lalu budak kecil itu mengelipkan mata terpinga pinga .
" Nah duit , abah suruh beli surat khabar. " Baekhyun menghulurkan RM 3 kepada Taehyung . Takboleh bagi banyak sangat sebab budak ni lurus .
Tanpa banyak soal si kecil Taehyung terus berlari anak eh bapak menyarungkan selipar secara terbalik dan berjalan jalan kekedai .
Dalam perjalanan , Taehyung dapat menyaksikan pelbagai pemandangan yang mengasikkan sebagai contoh kerbau mengawan dan juga makcik nasi lemak yang dirompak .
Namun dia menyangka perompak tersebut ingin bermain kejar kejar dengan makcik nasi lemak kerana dia tersangatlah lurus .
Setiba di kedai runcit wak meon , lelaki berusia yang tergila gilakan tempe , Taehyung pun membelek belek surat khabar dan mencari surat khabar yang bertarikh hari ini iaitu 24 Zulkaedah 1438 Hijrah .
" Akhirnya " Taehyung memegang surat khabar tersebut lalu meletakkan diatas kauter wak meon .
Wak meon yang sedang mengunyah tempe dengan lahap memandang si kecil Taehyung lalu cepat cepat membersihkan misainya yang penuh dengan sisa tempe .
" Satu surat khabar , harganya RM 1 . " Jelas Wak Meon .
Taehyung menyeluk poket seluar belah kananya malangnya terdapat lubang besar didalam poket .
Selepas 3 jam berdebat dengan Wak Meon , akhirnya Taehyung berjaya mendapatkan diskaun sebanyak 100% . Lalu dia pun pulang ke rumah dengan hati yang riang .
Semasa dalam perjalanan ke rumah , dia bertemu dengan cucu kepada jirannya dimana rumah mereka beselang sebanyak 77 buah rumah .
Cucu tersebut merupakan Park Jimin , si budak batak . Ayahnya merupakan Pak Jeman , tauke kedai simen .
" Woi Taehyung ! " Jimin berlari lari mendapatkan Taehyung .
Sambil berlari kearah Taehyung , Jimin sengaja mengawal kereta kontrolnya yang canggih .
Taehyung yang tidak mempunyai mainan secanggih Jimin mula terpaku dengan kecanggihan teknologi masa kini . Taehyung hanya mempunyai guli sahaja .
" Marilah main ! " Kata kata Jimin sungguh indah ditelinganya . Surat khabar yang dibeli diletakkan di bawah pokok yang tersangatlah rendang .
Setelah setengah jam bermain dengan anak Jeman , mereka pun mengambil haluan masing masing . Taehyung kembali semula untuk mengambil surat khabar namun surat khabar tersebut sudah hilang !
" HAHAHAHHAHAH " Jimin mentertawakan Taehyung kerana surat khabarnya yang telah dicuri oleh alien . Imaginasi Jimin sungguhlah daebak .
Taehyung geram lalu mengenggam penumbuk .
" Jimin , you got no jams "
Setelah melafazkan kata kata tersebut , Taehyung pulang ke rumah bersedia untuk mendengar bebelan ibunya .
_____________
" Lain kali , tindih dengan benda berat supaya tak melayang ." Taehyung mengangguk tanda tak faham .
Taehyung terpaksa menceritakan hal tersebut pada keesokkan paginya kerana dia pulang ke rumah pada pukul 11 malam .
Seperti biasa , hari ini Taehyung pergi ke kedai kerana didenda oleh ibunya . Taehyung disuruh membeli telur di kedai abang Jenny .
Semasa dalam perjalanan , dia menyeluk kocek seluar belah kiri lalu menyedari terdapat RM 3 dalam kocek seluarnya . Taehyung tersenyum lalu singgah dikedai Wak Meon untuk membeli sebatang aiskrim .
Sesudah berjaya mendapatkan sekotak telur unta , Taehyung bergegas keluar dari kedai abang Jenny yang berwarna pink kerana terlampau menyakitkan mata jantannya . Dia kemudian berjalan menuju ke rumah .
Semasa dalam perjalanan , dia terserempak dengan Pungkook si anak Jebon , seorang budak nerd hingusan yang cermin matanya selebar pinggan .
" Taehyung , marilah kita main layang layang ." Ajak Pungkook .
Perkataan layang layang yang disebut oleh Pungkook mengingatkan Taehyung supaya meletakkan benda yang berat supaya tidak melayang .
Lalu Taehyung pun menghempaskan sebiji batu keatas telur tersebut dan bermain layang layang bersama Pungkook .
__________
" Aduhhhh sakit !!! " Taehyung menjerit kesakitan kerana telinganya dipulas .
" Susah betul la budak lurus macam ni ." Baekhyun menjeling Taehyung yang mengusap ngusap telinganya . Taehyung menangis tersak esak sambil keluar dari rumah secara senyap senyap .
Taehyung berlari tanpa hala tuju dan menghiraukan panggilan Jimin dan Pungkook . Dia ingin bersendirian !
Taehyung berakhir di tebing sungai dan menangis dengan lebih kuat kerana tiada siapa dengar . Seketul batu dicampakkan dengan kuat mewakilkan amarahnya terhadap Baekhyun .
Tiba Tiba , muncul pari pari yang cantik dari sungai tersebut namun kepala pari pari tersebut terdapat kesan benjol .
" Adakah saudara telah membaling sesuatu di dalam sungai ini ?" Soal pari pari cantik
Taehyung mengelap air mata yang bersisa di tubir matanya lalu mengangguk laju .
Pari pari tersebut mengerakkan tongkat saktinya lalu terpacullah sejongkong emas , seketul batu dan duit syiling 50 sen .
" Yang mana satu dicampak oleh saudara ? Emas , batu , ataupun syiling ? "
Taehyung menjawab dengan teragak agak " Se--seketul bb-batu "
Pari pari tersenyum kerana Taehyung menjawab dengan jujur . Lalu kepala Tehyung diusap .
" Disebabkan saudara jujur dalam menjawab soalan saya , saya akan memberikan saudara satu hajat . Mintalah apa apa yang saudara suka . "
" Hh-Hajat ?" Taehyung meneguk liur kerana diberi soalan cepumas . Setahunya , terdapat dua sahaja hajat iaitu hajat kecil dan hajat besar . Dia perlu memilih dengan berhati hati .
Dengan hati yang berdebar, Taehyung menjawab
" Hha-Hajat besar "
Lalu satu pukulan kecil dilepaskan oleh pari pari diatas kepala Taehyung dengan mengunnakan tongkat sakti .
Nasib baiklah pari pari tersebut tahu yang Taehyung merupakan seorang yang lurus bendul . Ya , Taehyung memang terkenal dengan kelurusannya sehingga pari pari pun boleh tahu .
_____________
Baekhyun dari tadi tak senang duduk . Asyik berjalan kiri ke kanan merisaukan adiknya Taehyung . Rasa bersalah mula menyelubungi diri .
Rambut dikusutkan berkali kali sehinggalah ..
" Assalamualaikum , " Suara kecil Taehyung memberi salam . Kelihatan dia memegang sekotak telur unta dan segulung surat khabar . Alhamdulillah , mujur ada pamoga .
Taehyung telah meminta sekotak telur unta dan surat khabar pada pari pari tersebut tanda meminta maaf.
________________
THE END ♡
YOU ARE READING
[H] °Wish 《Kim Taehyung》
Short Story" Al kisah Kim Taehyung seorang budak hingusan yang lurus bendul . " _________________ • Hiatus • Kim Taehyung as Budak hingusan @ Taepandir °