[1]

2 1 1
                                    

Hujan lebat menemaniku yang berkurung di dalam bilik. Seolah-olah memahami perasaanku yang sedang sedih ini. "Kenapa semua orang tak faham aku" luah Hanna ataupun nama panjangnya Tengku Hanna Umaira binti Tengku Umair. "Aku pun ada perasaan juga. Tak fikir ke perasaan aku".  "Mama, papa, along, angah, Haikal, semuanya tak faham aku. Baik aku tak payah wujud langsung dalam keluarga ini". Sedang Hanna meluahkan perasaannya, seseorang mengetuk pintu. "Masuk" laung Hanna. Orang yang mengetuk pintu pun masuk. "Along nak cakap sikit ni", kata Tengku Haidar Farhan iaitu abang sulung kepada Hanna. "Along nak cakap apa?" tanya Hanna. Haidar mengendahkan soalan Hanna tu lalu duduk di atas kerusi yang berdekatan Hanna. "Hanna dah makan?" soalan dibalas soalan. Hanna menggeleng. "Kenapa Hanna jadi macam ni. Sebelum ni Hanna okay je dengan mama papa. Kenapa permintaan mama dan papa kali ini Hanna tak dapat ikut. Hanna mendiamkan diri. "Hanna, mama dan papa nak hantar Hanna ke sekolah berasrama penuh bersebab. Mesti Hanna fikir yang mama dan papa tak sayangkan Hanna kan?" tebak Haidar. "Memang mama dan papa tak sayangkan Hanna kan" kata Hanna. Haidar menggeleng. "Hanna, Hanna salah faham. Mama dan papa nak Hanna berdikari. Mama dan papa nak Hanna jadi gadis yang sebenar. Mama dan papa takut kalau diorang tak dapat didik Hanna dengan betul sebab Hanna satu-satunya anak gadis diorang. Hanna tak fikir ke perasaan mama masa Hanna cakap Hanna taknak? Hanna fikir pasal papa?" tanya Haidar. Hanna menggeleng. "Kenapa Hanna tak fikir? Sebab masa tu syaitan dah bisik kat Hanna supaya ingkar kata mama dan papa. Hanna, syaitan ni kerja dia menghasut. Along taknak adik kesayangan along ni kena hasut dengan syaitan. Along taknak Hanna jadi anak derhaka" kata Haidar. "Okaylah, along keluar dulu. Fikir-fikirkanlah ye" kata Haidar sambil mengusap kepala adiknya itu lalu keluar dari bilik itu. "Along memang pandai bab-bab memujuk ni. Benci tau" kata Hanna.

*********************

   Pagi ini Hanna bersiap untuk pulang ke kampung. "Hmm, apa lagi yang patut dibawa? Agaknya cantik tak sekolah tu? Mama cakap sekolah tu sekolah elit tapi di kawasan pedalaman" Hanna berkata seorang diri. Setelah selesai semuanya, Hanna turun ke bawah sambil membawa semua keperluannya. "Hanna dah siap sayang?" tanya Puan Farihah. "Dah mama. Yang lain dah siap ke?" tanya Hanna pula. Puan Farihah mengangguk. Puan Farihah membantu anaknya membawa barang masuk ke dalam boot kereta. Setelah habis barang-barang Hanna dimasukkan, mereka masuk ke dalam kereta. Tengku Umair pun memulakan perjalanan. Setelah beberapa jam, mereka sudah menghampiri destinasi tetapi keadaan di dalam kereta senyap sunyi. Hanya suara DJ yang sedang berceloteh kedengaran di corong radio. "Erm, ma,pa. Jauh lagi ke?" tanya Hanna. "Dah nak sampai" kata Tengku Umair.

***************

Mereka tiba di IHS ataupun Ingenium High School. "Mama, besarnya sekolah ni. Mesti mahal kan yurannya. Jom baliklah" walaupun sudah saat akhir, Hanna tetap cuba untuk memujuk. "Hanna, kita dah sampai pun. Takkan nak balik. Penat papa bawa kereta" kata Tengku Umair sambil tersenyum. Dia tahu perasaan anaknya itu. DIPAKSA. Itu yang lebih sesuai dalam hal ini. Hanna dipaksa untuk menerima semua ini walaupun dia kelihatan rela. "Papa, kenapa tak singgah rumah nenek dulu tadi?" tanya Hanna. "Nanti lambat sayang" kata Puan Farihah pula. "Jomlah ke pejabat" kata Tengku Umair. Mereka bertiga pun berjalan ke arah pejabat. Setelah selesai urusan pendaftaran, sudah tiba masanya Hanna mengucapkan selamat tinggal kepada kedua ibu bapanya. "Hanna, duduk sini jangan buat perangai tau. Ikut peraturan. Jangan lupa call mama. Kalau ada apa-apa masalah bagitau warden, kalau teruk sangat baru bagitau mama ye" pesan Puan Farihah. "Hanna, jangan tinggal solat. Jaga diri. Jangan biar orang anggap Hanna ni lurus. Jangan biar orang pijak kepala Hanna" pesan Tengku Umair sambil mengusap kepala anak gadisnya itu. Puan Farihah memeluk anaknya. Selepas itu, mereka pun meninggalkan Hanna. Hanna melambai mereka.

**************

Hanna memasuki biliknya. "Hai, budak baru ke? Masuklah, jangan malu-malu. Buat macam bilik sendiri kat rumah" Hanna ditegur oleh seseorang. "Ayu, janganlah macam tu. Kesian dia, baru je masuk dah nak kena hadap kau. Senyap sikit boleh tak?" kata seseorang. "By the way, aku Nurayu Arina. Boleh panggil aku Ayu. Yang ini, Sara. Tengku Qaisara Syuhada. Yang itu pula best friend. Memang tak boleh berpisah. Dani dan Jihah. Nama panjang Dani,  Tengku Idani. Jihah pula, Tengku Najihah. Aku je yang takde pangkat 'Tengku' dalam bilik ni rasanya. Nama kau pula apa?" tanya Ayu kepada Hanna. "Tengku Hanna Umaira. Hanna" ujar Hanna sambil tersenyum. Hanna tidak menyangkakan mereka ramah sekali. "Hanna, ada apa-apa yang boleh aku tolong?" tanya Sara. Hanna menggeleng. Dalam bilik ni hanya terdapat Sara dan Hanna sahaja. "Hanna asal mana?" tanya Sara sambil duduk di sebelah Hanna. "Perak" jawab Hanna. "Ouh, jauh jugalah. Hanna anak ke berapa?" tanya Sara lagi. "Ketiga dari empat adik beradik" jawab Hanna. "Apa nama abang atau kakak atau adik Hanna tu?" Sara bertanya lagi. "Hanna seorang je perempuan. Yang sulung Haidar, second Hasif, adik pula Haikal. Yang sulung 25, yang second dah umur 22 tahun ni. Adik pula UPSR tahun ini" jawab Hanna sambil tersenyum. "Hanna masuk sini sebab apa?" tanya Sara. Hanna mendiamkan diri. Sara mengangguk. "Mesti kena paksa kan" teka Sara. Hanna masih mendiamkan diri. "Hanna, bukan senang tau nak masuk IHS ni. Hanna orang yang terpilih. Sara pun kena buat banyak temuduga sebab nak masuk IHS tapi Hanna beruntung sebab tahun ni IHS kekurangan pelajar. Hanna boleh masuk macam tu je" jelas Sara. "Hanna tak biasa hidup sendiri" luah Hanna. "Hanna, kami kan ada. Apa guna roommate?" tanya Sara sambil tergelak. Hanna pun tersenyum.

***************

"Assalamualaikum kelas" kata Puan Zakira. "Waalaikumussalam cikgu" seisi kelas menjawab salam guru matematik itu. "Hari ini kita ada pelajar baru. Mari, kenalkan diri kamu" kata guru itu. "Hai, nama saya Tengku Hanna Umaira binti Tengku Umair. Boleh panggil saya Hanna" kata Hanna sambil tersenyum. "Baiklah, Hanna. Kamu boleh duduk di sebelah Qadrina" kata guru itu lagi. Hanna ternampak seorang gadis comel melambai ke arahnya sambil tersenyum manis. Hanna pun bergerak ke arahnya. Sebaik sahaja Hanna duduk di kerusinya, Qadrina menegur. "Hai, Hanna. Saya Puteri NurQadrina. Boleh panggil Qad je". "Saya Hanna" balas Hanna. Setelah sesi perkenalan, mereka menumpukan perhatian kepada pelajaran. Setelah satu jam setengah berlalu, mata pelajaran Matematik Tambahan itu pun tamat. "Terima kasih cikgu" seisi kelas mengucapkan terima kasih kepada Puan Zakira. Puan Zakira hanya mengangguk dan tersenyum sebelum keluar dari kelas. "Erm, Hanna. Awak dah kenal Ketua Pengawas dah ke?" tanya Qadrina. "Belum, kenapa?" Hanna pula bertanya kepada Qadrina. "Takde la. Kalau awak kenal, mesti awak tengah angau sekarang ni" kata Qadrina. Hanna tergelak. "Belum tentu lagilah, Qad. Saya nak tumpukan perhatian terhadap pelajaran sebab tahun ni kan kita SPM. Takde masa nak angau bagai ni" kata Hanna. "Takpe, nanti saya kenalkan ye" kata Qadrina. Hanna hanya tersenyum.

Bersambung

Macam mana? Best tak? Kalau best vote la. Kalau tak best komen, boleh author betulkan. Luv you all. ❤❤

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 01, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Saat BersamamuWhere stories live. Discover now