BAB 17

264 9 0
                                    

"Dah sampai ni, bangun-bangun!"-gerak Zahiem lembut sambil menepuk bahu Ayuni.

Ayuni membuka mata dan menggosok perlahan matanya. Kemudian dia terus membontoti Zahiem masuk ke rumah. 

"Assalamualaikum..ibuuu!"-panggil Zahiem.

"Walaikumsalam. Dah balik pun. Menantu ibu sihat? Mana si Iem ni bawak kamu.. Risau ibu.."-ujar ibu memeluk Ayuni erat.

"Sihat je bu. Kitaorang pergi Peneng je ibu. Ingat nak jalan-jalan sehari je. Tiba abang nak tidur kat sana pulak."-balas Ayuni lembut.

"Sapa datang bu?"-tanya Zamira sambil turun tangga.

"Akakkkkkkkk!! Kenapa akak datang ni? Macam mana akak boleh sampai? Akak datang sorang ke? Ada barang tertinggal ke?"-tanya Zamira bertalu-talu. Terkejut agaknya Ayuni boleh sampai ke Perlis tanpa Kak Nina. 

"Amboi soalan macam akak tak boleh datang je?"-tanya Ayuni.

"Takde lah, terkejut je."-jawab Zamira malu.

"Erhemmmmmmm... Aku ni halimunan agaknya...."-perli Zahiem selamba.

Papppp!!!

"Haa padan muka. Buat masa sekarang tamparan ibu paling win kan abang?"-tanya Zamira sambil gelakkan abangnya.

"Diam lah kau! Sakitlah ibu nih!!"-rajuk Zahiem.

"Awak dah amek barang dalam kereta ke?"-tanya Ayuni selepas melihat gelagat Zahiem dan Mira.

"Belum, jom Mira tolong aku!"-jawab Zahiem terus mengajak Mira.

"Ok jom."-balas Mira cepat.

"Eh jap! Barang?"-sambung Mira dengan tanda tanya.

"Angkat barang dulu, nanti sembang lain."-jawab ibu menggeleng kepala melihat anak perempuan sulungnya.

Ayuni terus ke dapur bersama ibu mentuanya menyediakan minum petang. Dia meletakan handbagnya di atas meja makan lalu mengambil teko untuk membancuh air. 

"Ibu ada buat bengkang tepung. Karang kamu hidang ye. Ibu nak naik solat jap."-pesan ibu sebelum naik ke bilik. Ayuni membalas dengan anggukkan dan senyuman.

"Ahhh penatnya. Banyaknya barang.... Akak shopping kat mana? Yang penting sekali, akak tidur sini kan? And akak dah berbaik dengan abang? Omg!! Goodnews!"-ujar Mira tanpa noktah membuatkan Ayuni tidak sempat nak balas satu-satu soalannya.

"MashaAllah budak ni. Satu-satu lah. Kat Peneng. Panjang cerita dia. Haah akak tidur sini. Lepas akak hantar kamu masuk belajar hari Rabu ni, akak terus balik Alor Setar kerja macam biasa. Mira tahu akak tak masuk cafe lagi sampai sekarang. Lepas discharge haritu terus hantar Mira kan, lepas tu abang Iem ajak akak gi Peneng. Haha. Nasib kak Nina cakap cafe ok je."-jawab Ayuni panjang.

"Ohhhh thank you akak sudi nak hantar Mira. Mira memang nak ajak akak tapi Mira ingat esok baru nak call akak. Tapi akak tak jawab lagi soalan Mira, akak dah berbaik dengan abang?"-balas Mira dan bertanya tentang hubungan abang kesayangannya dan kakak ipar kesayangan.

"Sengajakan nak buat kerja last minit? Kalau akak tak boleh join macam mana? Nak kata berbaik tu taklah sangat. Tapi better from the start lah. Alhamdulillah."-balas Ayuni.

"Haha sorry lah. Mira tahu akak akan join punya. Hehe. Alhamdulillah Allah makbulkan doa akak. Im happy for you my sister in law!"-kata Zamira seronok.

"Doa apa? Amboi-amboi."-sergah Zahiem dari ruang tamu ke dapur. Terlepas sudu Ayuni mengacau air gula di dalam teko.

"Haritu ada sorang mamat ni chat akak kat Wechat. Akak cam minat lah kat dia. Tapi akak jual mahal. Last-last dia tak chat akak dah. So akak ni doalah supaya dia balas chat tu. Pastu tadi mamat tu chat akak. So doa akak termakbul."-tipu Mira sengaja menyakitkan hati abangnya. Dia tahu abangnya mesti cemburu tapi sentiasa dikawal. Ego konon.

CRUSH ON WECHAT [MALAY]Where stories live. Discover now