BAB 18

264 9 0
                                    

"Hey, tell your friends it was nice to meet them

But I hope I never see them again

I know its break your heart

Move to the city and break down car and four years no calls..."

Kringgg! Kringgg! Kringgg!

Tengah ralit Ayuni menari dan menyanyi dalam kereta, tiba-tiba telefonnya berbunyi. Nasiblah tinted keretanya gelap. Kalut dia mencari earphone.

"Hello sayang. Wassup?"-tanya Ayuni kepada pemanggil.

"Hahaha sejak bila doh jadi kasar? Ni hang bila nak balik sini? Aku rindu hang."-kata Nina.

"Hahaha, biasa. Aku on the way dah. Jom tidur hotel malam ni nak? Aku sponser? Lama tak tidur hotel. Semalam tak best. Hahaha."-balas Ayuni. Sebenarnya dia takut Zahiem mencarinya lepas dapat tahu dia balik alor setar.

"Suka hati hang ja kan? Haha alang-alang nak tidur hotel, jauh-jauh la sikit."-cadang Nina. Dia memang tidak pelik dengan permintaan Ayuni kerana itu memang hobi mereka. 

"Aku ni gagah je tau drive sampai Alor Setar, nak jauh-jauh pulak. Ok je, janji hang drive."-balas Ayuni.

"Ok no problem. Hang hati-hati drive tu. Maghrib kat rumah aku jelah. Hang mai sini terus."-balas Nina.

"Alright. Dalam 20 minit lagi aku sampai. Bye."-balas Ayuni terus menekan punat merah.

Baru Ayuni hendak mencabut earphone dari telinganya tiba-tiba telefonnya berbunyi lagi.

Ibu?

"Hello assalamualaikum ibu?"-salam Ayuni.

"Kau pergi mana? Jumpa jantan tu ke? Kau sedar tak kau tu isteri aku lagi? Izin aku pun kau tak mintak tahu tak?!"-marah Zahiem tanpa menjawab salam Ayuni. Dia terkejut selepas balik maghrib tadi. Ayah ada kat ruang tamu, kereta takda. Maksud? Ish dia buat hal lagi!

"Mind your own business. Assalamualaikum."-jawab Ayuni selamba dan terus menekan punat merah. Sesungguhnya dia rasa berdosa sangat-sangat. Tapi hatinya masih sakit. Guna telefon ibu lagi pahal? 

Tepat 8.37 malam, Ayuni sampai di rumah Nina. Kebetulan Nina duduk sorang sebab keluarganya ke rumah nenek dia. 

"Babe, apa kata malam ni kita tidur rumah hang, then esok lepas subuh kita terus gerak. Lusa kita singgah KMK jap. Boleh tak? Aku letih la."-tanya Ayuni.

"Ha ah, memang tu pun cadangan aku. Tapi tadi tak sempat aku nak cakap hang dah letak phone. But wait! KMK? Kolej Matrikulasi Kedah? For what?"-tanya Nina sedikit jerit.

"Eee jerit-jerit, aku pang kang! Hantar Mira lah, aku dah janji dengan dia. Lepas hantar kat KMK kita terus balik."-marah Ayuni.

"Ok je! Takde hal. Dah la, hang pi lah rehat dulu. Buat macam rumah sendiri, bukan tak biasa."-balas Nina.

Keesokkan harinya.

"Pantai Merdeka!!! Here we go! Excited gila weh! 21 tahun hidup, ni first time doh!"-kata Nina teruja kerana itu kali pertama dia ke sana.

"Ya Allah peqaknyaaa.... Tak mengaku kawan lah ceni, adoi."-sindir Ayuni. Nasiblah cafe tutup hari selasa, kalau tak banyak kali jugak fikir nak bercuti. Husnina masih belum tahu tujuan kawan baiknya nak bercuti tu. Kalau dia tahu, mahu dia pergi cari si Zahiem dan bagi tumbukkan kuasa boboiboy.

"Alah, nak excited sikit pun tak boleh."-balas Nina. Sepanjang perjalanan merekaa hanya bersembang tentang cafe sahaja. Apa yang baru, apa yang perlu tingkatkan dan juga tentang cawangan yang baru itu. Ayuni dan Nina baru tahu yang Zamira diwajibkan tinggal di asrama sehingga habis belajar. Nasiblah setahun sahaja tempohnya. Jadi Ayuni dan Ninalah yang akan menguruskannya terlebih dahulu sehingga Zamira habis belajar.

Perjalanan yang sepatutnya mengambil masa setengah jam menjadi dua jam kerana Nina sakit perut. Jadi mereka banyak berhenti di stesen minyak untuk Nina melepaskan hajatnya. Akhirnya mereka sampai di lobby Merdeka Beach Resort. Selesai parking kereta, mereka mengalas beg masing-masing dan terus ke reception untuk check-in. Selesai check-in, mereka mencari bilik mereka mengikut number di kunci. 

"Yeah jumpa pun! Cepat-cepat buka. Aku nak masuk toilet ni!"-kata Nina kalut-kalut.

"Eee gelojoh doh!"-balas Ayuni terus membuka pintu. Nina terus terjah ke dalam bilik, melemparkan begnya ke atas katil dan terus masuk bilik air.  Ayuni menggeleng kepala melihat tingkah Nina.

Dia meletakkan beg dan terus keluar ke balkoni bilik. Rezeki mereka mendapat bilik sea view.

Kringgg! Kringgg!

Sapa pulak call ni? Kacau je lah orang nak menghayati ciptaan Allah ni."-bebel Ayuni sendiri sambil membuka beg tangannya mencari Iphone 7Plusnya.

Loh, apa dia nak pulak? Angkat je lah. 

"Hello, Assalamualaikum."-salam Ayuni nak taknak.

"Kau pergi tidur kat rumah jantan mana sampai tak balik rumah eh?"-tanya Zahiem kasar. Semalaman dia berjaga di pintu rumah Ayuni. Nak kata dia tertidur memang tak.

"Adalah, kenapa?"-balas Ayuni selamba. Dia datang rumah aku ke?

"Wahh, tak puas lagi ke dah semalaman kat sana?"-tanya Zahiem kasar lagi. Hatinya bagai nak pecah bila Ayuni menjawab bergitu. Habis aku ni siapa? Kenapa dengan jantan lain?

"Tak puas lagi lah sebab tu tak balik lagi. Asal awak call? Memang nak cari pasal ke?"-tanya Ayuni selamba lagi.

Zahiem terus menekan punat merah di skrin telefonya. Sungguh hatinya pedih. Kenapa aku jatuh cinta dekat perempuan macam kau? Selepas cakap telefon dengan isterinya tadi, dia terus naik lift turun ke bawah dan pulang ke Perlis semula. Nasiblah dia datang dengan motosikal, dapat juga dia elak daripada jem dan kejar masa untuk masuk office. Dia bukan tak mampu nak beli kereta, tetapi minatnya terhadap motosikal membuatkan dia betangguh untuk membeli kereta.

Ayuni mengelap sedikit air matanya yang menitis sebentar tadi. Suaminya tak berubah juga. Masih tidak mempercayainya. Siapa aku padanya? Kemudian dia terus melentokkan badannya ke atas katil lalu tertidur.

"Loh lama sangat ke aku melabur sampai minah ni tertidoq? Takpa lah rehat dulu. Petang japgi keluar. Awal lagi ni."-bebel Nina seorang diri lalu dia juga membaringkan dirinya ke atas katil. Oh nikmatnya!

"Ibu, abang tak balik ke semalam?"-tanya Zamira.

"Katanya pergi rumah akak kamu, kenape?"-jawab ibu.

"Oh yeke? Mira ingat nak pinjam moto abang kejap pergi rumah kawan."-balas Mira.

"Penting ke? Nak ibu hantar?"-tanya ibu lagi.

"Eh takpe lah. Saja nak pergi wish goodbye je. Haha."-balas Mira tergelak kecil. Ibu hanya menjeling. Ingat apelah yang penting sangat.

Tiba-tiba Mira terdengar bunyi motosikal di belakang rumah. Eh takkan abang dah balik? 

"Eh cepatnya abang balik?"-tanya Zamira selepas Zahiem masuk ke dalam rumah. Petanyaan Zamira dibiarkan sepi. Dia tidak berminat untuk bercakap dengan sesiapa. Dia terus naik ke biliknya dan bersiap untuk ke balai. Mujurlah dia tidak perlu handle kes yang berat-berat buat masa sekarang.

Selesai bersiap dia terus turun dan berjumpa dengan ibu memaklumkan dia akan ke balai dan tidak tahu akan pulang pukul berapa.

"Take care ye anak ibu. Ibu tahu kamu tengah ada masalah, tapi semua boleh settle baik-baik kan? Esok jangan tak balik pula, hantar adik kamu tu."-ujar ibu sambil menepuk bahu anak sulungnya. 

"Iem akan pergi esok bu, jangan risau. Iem pergi dulu. Assalamualaikum."-kata Zahiem bangun menyalam ibunya lalu ke motosikal Yamaha Y15zr birunya.


CRUSH ON WECHAT [MALAY]Where stories live. Discover now