BAB 13

993 22 0
                                    

SUDAH dua gelas air kosong itu diteguk oleh Benjamin. Tak semena-mena hatinya kurang senang dengan kehadiran seorang wanita di sisi Eiman. Ya, dia tahu, memang semalam Eiman ada memberitahu kepada keluarga yang lelaki itu ingin mengenalkan seseorang kepada mereka. Bila ditanya siapa, Eiman menjawabnya dengan senyuman dan seterusnya berkata...

"Esok aku kenalkan dia."

Dan hari ini, seperti yang dijanjikan, Eiman datang bersama seorang wanita yang tak dikenali. Dia hanya jadi pemerhati ketika Eiman mengenalkan wanita itu kepada orang tua mereka. Saat kakinya hendak melangkah masuk ke dapur, suara Eiman kedengaran memanggilnya.

"Benji... Nak pergi mana?" soal lelaki itu.

"I'm on duty." Dingin suara Benjamin menjawab.

"Benji, biar Adam yang take over. Benji mandilah dulu, lepas tu kita hi-tea sama-sama sementara menunggu Ermina sampai," ujar Puan Elena pula. Wajah orang tua itu kelihatan ceria. Seolah-olah tidak kesah dengan kehadiran wanita di sisi Eiman itu.

Benjamin mengetap rahangnya. Malah, sepasang mata tepat memandang orang tua itu tetapi Puan Elena seperti tidak mengerti maksud pandangannya.

"Okey." Akhirnya dia bersetuju apatah lagi ketika dia menjawab begitu, Eiman tersenyum gembira.

Berat langkahnya menuju ke bilik lokar. Saat tangan cuba meleraikan ikatan apron di pinggang, pintu bilik lokar itu terasa ditolak dari luar. Ketika dia menoleh, kelihatan Puan Elena menjengulkan kepala.

"Do you know her?" soal Benjamin terus.

Laju Puan Elena menoleh ke belakang, bimbang kalau-kalau Eiman ada di belakangnya. Bila yakin yang mereka hanya berdua di situ, segera kaki melangkah masuk ke dalam bilik lokar dan pintu ditutup rapat.

"Benji, listen..."

"No! I want you to answer my question. Did you know about this... Their relationship?"

"Ya, tapi..."

"Kenapa mama tak halang?" potong Benjamin terus. Tindakan Puan Elena membiarkan Eiman mengenali wanita itu, dia rasa tidak wajar. Sedangkan orang tua itu tahu, ada wanita lain yang setia menanti Eiman di Malaysia.

"Masalahnya, mama tak tahu pun yang hubungan mereka sejauh ni. Budak tu kerja kat bahagian Orthopedic. Sebab tu mama fikir dia salah seorang occupational therapist yang merawat Eiman."

"We should tell him about his real girlfriend, mama. It's almost three years now... Dia dah semakin pulih. Dah boleh berjalan, dah boleh ketawa macam dulu. Kita nak tunggu apa lagi? Lagipun, we're not going to stay here forever!" luah Benjamin penuh kesal.

Dia kecewa dengan keputusan yang Puan Elena lakukan dulu. Kalau dari mula mereka memberitahu perkara sebenar, apa yang terjadi hari ini, pasti tak akan berlaku.

"I don't think that's a good idea."

Berkerut dahi Benjamin memandang si ibu.

"He's happy now... Kenapa kita nak bagi tahu sesuatu yang boleh membuatkan dia kecewa? Just let him be. Lagipun, girlfriend dia kat Malaysia tu tak pernah pun cari Eiman selama ni. Entah-entah, dia pun dah lupakan Eiman," sambung Puan Elena lagi.

Benjamin mengeluh kecewa. Kenapa Puan Elena seolah-olah hendak lepas tangan dari masalah ini?

"Macam mana pula kalau sekiranya dia masih setia menunggu? Sedangkan kita dah janjikan kat dia untuk Eiman pulang ke Malaysia setelah tiga tahun menetap kat sini," ujar Benjamin masih tidak mahu mengalah. Baginya, janji tetap janji walaupun sudah hampir enam bulan dia tidak menghubungi Aulia, begitu juga dengan wanita itu.

"Apa yang membuatkan Benji yakin yang perempuan tu masih menunggu?"

Benjamin terdiam. Dia tidak akan sesekali memberitahu kepada ibunya yang dia selalu mengekori Aulia setiap kali pulang ke Malaysia. Bukan apa, nanti Puan Elena fikir yang bukan-bukan sedangkan dia sekadar ingin tahu keadaan wanita itu. Sesungguhnya, dia dapat rasakan, Aulia masih setia menunggu kepulangan Eiman.

Andai benar Aulia sudah tawar hati dengan Eiman, pasti wanita itu sudah mempunyai teman lelaki yang baru tetapi setiap kali dia mengekori Aulia, wanita itu hanya ditemani oleh rakan perempuan atau ibu bapanya.

"Benji sendiri tak ada jawapannya, kan?" Puan Elena bersuara lagi.

Dia tak tahu kenapa Benjamin terlalu mempertahankan teman wanita Eiman sedangkan apa yang penting ketika ini adalah perasaan Eiman sendiri. Kalau Eiman sudah mencintai orang lain, untuk apa lagi mereka mengungkit tentang teman wanita Eiman yang berada di Malaysia itu? Bukankah semua itu akan lebih mengelirukan fikiran Eiman?

"You're not being fair, ma. Mama langsung tak fikirkan perasaan orang lain!" Getus Benjamin geram.

"I know... I'm not being fair. Because the only thing I care about is my family. Kalau dengan Adelyn membuatkan Eiman happy, I won't stop him. He will always have my support."

"Macam mana kalau sekiranya Ermina yang berada di tempat perempuan tu? Menunggu bertahun-tahun tetapi akhirnya yang ditunggu dah ada orang lain? As a mother, mama takkan duduk diam, kan?"

Berubah wajah orang tua itu apabila dia melibatkan Ermina dalam hal ini.

"That's not going to happen!"

"You don't know what the future holds, mama. No one does."

"Stop it, Benji! You should support your brother."

"Sebab support la, Ben fikirkan masa depan Eiman. Macam mana kalau sekiranya dia dah ingat balik apa yang dia dah lupa? Dia bukan saja kecewa pada kita, dia mungkin akan kecewakan Adelyn dan cuba cari girlfriend dia yang sebenar."

Ketika Benjamin hendak menyambung bicaranya, orang tua itu terlebih dahulu melangkah keluar dari bilik lokar tersebut. Seolah-olah tidak mahu lagi mendengar apa yang ingin dia katakan.

Dia memejamkan mata seketika manakala tangan digenggam kuat. Dia tak sangka Puan Elena akan bersikap begini apabila kesemua kehendak wanita itu sudah dituruti. Setelah kelopak mata dibuka, laju jarinya membuka ikatan apron di pinggang dan seterusnya melempar kasar apron itu ke bangku.

Kenapa dia perlu terjebak dalam masalah ini? Kenapa dia yang perlu memikirkan perasaan Aulia ketika ini sedangkan yang bercinta dengan wanita itu adalah adiknya?

Setelah membersihkan diri dan mengenakan sweater serta jean lusuh di badan, dengan hati yang tak rela, dia melangkah keluar. Saat ternampak Eiman menyelitkan rambut Adelyn yang terjuntai itu ke belakang telinga wanita itu, dia menjeling meluat. Lebih-lebih lagi melihat orang tuanya juga tersenyum suka. Dan tika itu, dia seolah-olah terpandang wajah seseorang yang dia kenali, berdiri kaku berhampiran dengan pintu masuk kafe.

Matanya membulat!

Aulia?

Dia hampir terkedu tetapi bila tersedar kehadiran Aulia itu tanpa pengetahuan ahli keluarganya yang lain, segera wajahnya dikalih ke arah Eiman. Saat mata Eiman memandang ke hadapan, lelaki itu hanya memandang Aulia tanpa perasaan dan kembali menatap wajah Adelyn dengan penuh rasa sayang.

Dia yang menyaksikan situasi itu sedar dengan perubah di wajah Aulia. Mungkin Aulia terkejut melihat Eiman tidak mengenalinya.

Sebelum Aulia melangkah mendekati si adik, dia terlebih dahulu menghampiri wanita itu untuk mengelak sesuatu yang tak diingini daripada berlaku. Apatah lagi orang tuanya juga sibuk bercerita dan tak sedar dengan kehadiran Aulia itu.

Disebabkan sepasang mata Aulia hanya fokus memandang Eiman dan Adelyn, jadi wanita itu tidak sedar dengan kehadirannya di sisi. Tanpa menunggu lama, lengan Aulia digenggam kemas sehingga membuatkan wanita itu terkejut memandangnya.

"Eidlan?"

Hanya Itu PintakuWhere stories live. Discover now