BAB 15

1.9K 52 9
                                    

"WHAT are you guys doing here?" Soalan itu diulang kembali apabila melihat kedua-dua manusia di hadapan seperti terperanjat melihatnya.

"Nothing!" ujar Benjamin akhirnya. Sungguh, dia terkejut melihat Ermina ada di situ. Memandang mereka seperti pesalah.

"Mama and daddy cari abang. Tapi Mina memang nampak abang kat sini tadi," jelas si adik lalu dengan perlahan mendekati Benjamin.

Ketika dia sibuk mencari parkir, dia sudah ternampak kelibat Benjamin di hujung bangunan itu. Mulanya dia tak kesah sangat, manalah tahu wanita yang berada di sisi abangnya itu pelancong dari Malaysia tetapi apabila melihat abangnya memegang lengan wanita itu, dia mula rasa curiga. Apatah lagi kedua-dua ibu bapanya mencari kelibat Benjamin yang 'hilang' secara tiba-tiba itu.

"Kejap lagi abang ke kafe," ujar Benjamin dengan harapan agar Ermina cepat-cepat berlalu dari situ.

Anak mata Ermina memandang Benjamin dan wanita bertudung di sebelah abangnya itu silih berganti.

"Kawan abang ke?" soalnya tanpa dapat ditahan.

Sebelum Benjamin menjawab, Aulia terlebih dahulu bersuara.

"Ya. Saya Aulia. Girlfriend..."

"Lia..." tegur Benjamin seraya mengalihkan pandangan ke arah wanita itu.

Renungan tajam Benjamin itu dibalas tanpa rasa gentar. Aulia rasa, inilah masanya untuk dia mendekati Eiman. Dia akan menerima cadangan yang diberikan oleh Benjamin sebentar tadi tetapi lelaki itu perlu bekerjasama dengannya. Kerana bagi Aulia, masalah ini berpunca daripada Benjamin sendiri. Perkara ini tak akan jadi sekiranya lelaki itu memberitahu hal sebenar kepada Eiman.

"What? I just wanted to tell her that I'm your girlfriend. Sampai bila awak nak sembunyikan perkara ni?" Kenyataan Aulia itu membuatkan Benjamin berubah riak. Begitu juga dengan Ermina.

"Oh my God, abang!" Ermina kelihatan teruja tetapi sebaliknya berlaku kepada Benjamin. Ada api kemarahan yang terpancar di sepasang mata yang tajam merenung Aulia itu.

Namun Aulia tidak menghiraukan reaksi lelaki itu. Dia akan mempergunakan Benjamin untuk mendekati Eiman. Kerana hanya inilah satu-satunya cara untuk dia menyelami hati Eiman kembali.

"Oh, wait! Siapa yang sebenarnya nak kenalkan someone pada kami ni? Abang atau Abang Eiman?" Ermina memandang Benjamin dan Aulia silih berganti. Rasanya semalam, Eiman yang memberitahu hendak mengenalkan seseorang kepada mereka.

Aulia tersenyum kelat. Terusik hatinya saat mendengar Eiman hendak mengenalkan seseorang kepada keluarga lelaki itu. Sedangkan dia yang sepatutnya berada di tempat teman wanita Eiman sekarang ini.

"Dia tak tahu pun yang saya datang ke sini," ujar Aulia pada Ermina.

"Oh, I see... I'm sorry. Terlupa nak kenalkan diri. Saya Ermina. Adik bongsu Abang Benji." Tangan dihulurkan untuk bersalam dengan Aulia.

"I know," sahut Aulia seraya menyambut tangan Ermina itu. Sesungguhnya, dia masih mengenali wajah Ermina walaupun dulu hanya melihat dari sekeping gambar saja.

Terangkat kening Ermina.

"Dah tahu, ya? Pandai Abang Benji simpan rahsia. Patutlah bila mama tanya pasal girlfriend, Abang Benji selalu tukar topik. Rupa-rupanya dah ada."

"Dah-dah... Pergi masuk kafe. Abang nak cakap dengan Aulia kejap," arah Benjamin setelah lama membisu.

"Haaa... Tukar topik lagi! Jangan lupa ajak Kak Lia jumpa mama dengan daddy lepas ni." Sempat Ermina berpesan sebelum berlalu dari situ.

Setelah memastikan kelibat Ermina hilang dari pandangan, lengan Aulia kembali digenggam kuat.

"Apa kau merepek ni hah?"

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 03, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Hanya Itu PintakuWhere stories live. Discover now