[ chapter 35 ]

1.5K 124 50
                                    

°•°•°•°•°

Afrin duduk bersandar memandang katil Afran. Dia memerhati lama adik kembarnya kemudian dia melihat dirinya pula. Dia tersenyum perlahan. Dah nama kembar, semua yang dilalui kalau tidak berdua tidak sah! Sejak dari perut sampai sekarang susah senang dilalui bersama.

"Afin boleh duduk. Afan tak." ujarnya.

Afran menjeling perlahan.
"Nanti sembuh Afan duduklah puas-puas." Afran menyilangkan tangan ke dada. Lenguh juga setiap hari baring sahaja. Maklumlah, kaki disahkan patah! Terasa cacatnya dimana.

Afrin tersenyum perlahan.
"No futsal anymore."

"Who say?" Afran mengecilkan mata.

"I said."

Afran menjeling malas. Nak menang sangat ambillah. Macam budak-budak sahaja hendak bergaduh mulut. Padahal sudah mahu menjejak ke angka 18 tahun!

Pintu bilik diketuk membuatkan mereka berdua menoleh serentak. Senyuman manis menjengah ke dalam bilik. Afrin segera membuang pandangan jauh. Afran membalas senyuman gadis itu.

"Assalamualaikum Afrin Afran." ujar Yasyirah yang membawa buah tangan kecil. Salam tadi dijawab perlahan oleh mereka berdua.

"Sinilah." ujar Afran.

Yasyirah mengangguk dan tersenyum.
"Kak Fiyah mana? Biasa dia ada je." Yasyirah bertanya perlahan.

"Dia baru je keluar." Afrin membalas senada.
Dia menjeling sedikit Yasyirah yang duduk di bahagian Afran dan bukannya dia! Huh!

Yasyirah mengangguk tanda mengerti.
"Saya tak kacau kan?"

Afran pantas menggeleng.
"Mungkin kacau Afin."

"Eh? Kenapa pula?" Yasyirah memandang Afrin.
Afrin menjeleng. Uhu! Jeling-jeling pula mata tu cungkil nak?

"Saja je." Afran tersenyum menampakkan giginya.
"Btw Afin, bila kakak nak balik?"

Afrin mengangkat bahu.
Mana dia nak tahu. Kakak ada kaki nanti dia baliklah!
Bukan dia amnesia pun.

"Kak Fiyah pergi mana?" tanya Yasyirah sekali lagi.

"Perempuan memang banyak tanya eh? Tak cukup tanya sekali? Bebel je kerja." Afrin menggusap rambutnya kasar.

Air muka Yaysirah terus sahaja berubah. Afran yang perasan cuba untuk membuatkan gadis itu ceria semula. Ya, Afrin juga turut perasan perubahan itu namun dia tidak akan peduli. Dah besar kan?

"Tak adalah, kakak cek darah." Afran memberitahu.

"Darah?" Yasyirah terkejut.

"Yes, blood."

Naura mengusap tangannya. Dipicit-picit jari-jemarinya untuk menghilangkan rasa debar di hati. Kini, bukan Aish Fahri yang menjadi masalah namun hal lain yang menimpa dirinya. Naura memandang empunya badan disebelah dengan pandangan merayu.

"Awak?" Naura memanggil Aish Fahri.

Aish Fahri mengangkat keningnya. Dari tadi lagi dia memerhati gelagat gadis itu. Ada kalanya membuatkan dia tersenyum nipis. Hospital pun takut. Nak ambil darah? Pengsan agaknya.

Di Setiap PertemuanWhere stories live. Discover now