"Hello, sayang ... Tengah buat apa ?"
"Hm.. I tengah siapkan assignment. Tadi lecturer ada bagi assignment lagi."
"Ouh.. sorry la kalau kacau you. Sayang, about date malam ni......."
"Kenapa? Cancel?"
"Hmm.. Macam tu la lebih kurang. Err... You marah ke?"
"Tak la.. Buat apa I nak marah. You busy kan. I faham.."
"Sepatutnya I tak ada shoot pun malam ni. Tadi manager I call bagitau, director nak buat shooting awal. I'm so sorry, sayang.."
"It's okay la.. At least malam ni I boleh la siapkan assignment I yang menggunung ni."
"Hm.. Siapkan assignment tau, jangan buat projek lain pulak. Hehe.."
"Ya, I buat assignment.. Esok you datang kelas tak?"
"Datang. I shooting sampai pukul 1pagi. Esok I masuk kelas la. Tu pun kalau tak penat.."
"Mengada la tu. Esok you mesti masuk kelas, okay?"
"Haha.. Ye, sayang. Okay la. Got to go. Esok kita jumpa, okay? Bye, love you.."
"Okay.. Bye.."
Talian ditamatkan. Aku tersenyum seketika mengenangkan Faruq, cinta hati aku.
"Hey! Faruq cancel date ke?"
Tiba-tiba suara Jijot, rakan serumah aku menembusi gegendang telinga.
"Hmm.. Biasa la. Dia ada shooting malam ni."
"Ish.. Masuk ni, da kali ke..... satu, dua, tiga.... empat?! Hah! Empat! Kali ke empat dia cancel last minute. Kau tak marah ke?"
"Buat apa nak marah? Dia busy kan.. Lagipun bagus jugak aku tak keluar malam ni. Boleh aku siapkan assignment yang menggunung ni."
"Kau ni, positif sangat.. Kau percaya ke dia pergi shooting tu. Entah-entah dia pergi date dengan orang lain. Ye la. Dia kan orang popular abad ini lah kononnya. Mesti ramai perempuan ajak keluar."
"Haha.. Biarlah kalau dia nak date dengan orang lain pun. Artis kan hak milik orang awam. Haha.."
"Ye la, Anees.. Aku cakap, kau main-mainkan. Jangan sampai satu hari nanti, kau menangis kerana dia. Hmm.. Kalau jadik macam tu, memang aku la orang pertama yang buat dia masuk hospital.."
"Waa... Gangster nya kau...."
Aku berkata sambil membuat muka teruja dan menepuk tangan. Jijot yang bengang dengan tindakan aku terus menarik telingaku dan berkata.
"Aku cuma tak nak tengok kau menangis kecewa, budak..."
Aku hanya tersenyum mendengar kata-kata Jijot itu. Faruq adalah pelakon muda yang semakin meningkat namanya di dunia seni. Hampir tiga tahun aku menjalinkan hubungan dengannya, aku berasa sungguh sempurna. Namun keadaan berubah setelah dia bergelar anak seni. Kami semakin jarang berjumpa kerana jadualnya begitu padat. Maklumlah, artis muda yang sedang "laris". Tetapi aku tidak cepat melenting walaupun banyak dugaan yang aku terima. Aku cuba untuk fahami tugasnya. Aku cuba untuk sentiasa tenang dengan setiap apa yang berlaku. Kerana, aku sayang dia....
*****
A/N : uolss .. bab seterusnya uolss boleh baca kat app NovelPlus ye
Tajuk : I Love You, Too
Penulis : Kakchik
Link download aplikasi NovelPlus : " http://get.novelplus.co/?c=xh4r31 "
YOU ARE READING
"I LOVE YOU , TOO .."
Romance"Kau jangan macam tu la kat dia. Dia tu, sekali petik, ramai yang datang tau." "Haha.. Biarlah dia nak petik ke.. Tepuk tangan ke.. Asalkan dia bahagia." "Ish, kau ni.. Yang sebenar-benarnya, kau ni sayang ke tak kat dia?" "Haha.. Haruslah sayang. S...