"Weh ngek!! Bangun lah aku lapaq ni.... Bangunlah cepat Nina..."-rengek Ayuni mengejutkan Nina. Dia ni kalau tidur, mercun bola tepi telinga pun tak bangun punya.
"Ish kacau lah. 5 minit ja lagi."-jawab Nina.
"Eee kang minah ni aku tinggal satgi."-bebel Ayuni sambil membelek Iphonenya. Erk Mira chat? Dia terus membuka aplikasi Whatsapp.
-"Kenapa dengan abang? Sengap je? Dia pergi jumpa akak ke semalam? Ibu cakap abang pergi Alo Setar. Abang marah akak ke?"
-"Seriuslah Mira dia mai Loqstaq? Akak tidur rumah Kak Nina semalam. Alamak."
Ayuni gelisah menunggu Zamira membalas chat. Nasiblah dia tengah online. Cepatlah balas.... Takkan dia tunggu aku dari semalam? Dia mai dengan apa?
Ting!
-"Ibu yang cakap pagi tadi. Masa kitaorg breakfast abang balik. Orang tanya dia pun dia senyap je. Lepas tu dia trus naik atas salin baju then kuar pergi balai."
Ayuni terus meninggalkan bluetick, perasaan bersalahnya sangat menebal. Aku kena minta maaf esok ni. Kesian pula. Tapi esok dia join ke? Jap! Masalahnya takkan dia mai rumah naik moto tu. Confirm-confirm lah sejuk. Baik aku tanya Mira daripada aku confuse sorang-sorang.
-"Mira tahu tak abang datang rumah akak naik apa? Kereta ayah ke? Esok abang join kan hantar Mira?"
-"Tadi abang balik naik moto je akak. A ah esok abang join. Mira dengar abang cakap kat ibu. Akak pun join kan esok. Akak dah janji."
-"Ha ah, dont worry. Esok akak dgn Kak Nina pergi jugak. I got to go. Take care!"
-"Ok akak. You too! Love you!"
Sekali lagi, Ayuni hanya meninggalkan bluetick. Memang favorite dia agaknya bluetickkan orang. Haha. Dia bangun semula mengejutkan Nina.
"Nina!!! Ni last aku gerak hang! Kalau hang tak bangun jugak lantak hang!"-marah Ayuni.
"Ok k fine, jap aku nak solat dulu."-balas Nina perlahan. Yes!! Bangun jugak hang.
Ayuni hanya membalas dengan anggukkan. Dalam kepalanya masih memikirkan suaminya. Rasa bersalah dan risau kepada Zahiem sangat menyerabutkan kepalanya. Eh bukan punca utama aku nak tidur rumah Nina sebab taknak jumpa Zahiem ke? Tapi aku kesian lah dekat dia, mana dia tidur semalaman? Dia bukan ada kunci rumah aku pulak tu. Ah serabutnya..
Selepas "lunch", lunch sangat sebab dah pukul 3 petang, mereka bersiar-siar di tepi pantai. Macam biasa, Ayuni dan Nina akan mencari magnet untuk penuhkan di peti sejuk rumah mereka. Tiada aktiviti apa yang mereka lakukan sepanjang percutian itu. Mereka hanya bersantai di tepi laut dan menikmati angin laut.
Pada malamnya pula, mereka menjamu selera di tepi laut. Pelbagai masakkan yang mereka order. Kesemuanya makanan laut. Katanya craving satisfied! Selesai makan mereka pulang ke bilik. Tiada apa yang menarik sebelah malam di Pantai Merdeka. Takut juga sebab gelap. Sampai di bilik Ayuni membelek Iphonenya sekali lagi. Aplikasi Wechat di buka. Banyaknya chat masuk, berbulan tak buka. Hehe. Kemudian dia terus menekan discover dan terus menengok moment.
"Tak ada apa yang menarik pun. Nak stalk dia lah."-kata Ayuni dalam hati. Kang cakap kuat-kuat minah sebelah aku ni mengamuk pulak.
Ayuni terus menaip nama Azfar Zahiem di kotak search. Kemudian membuka profile Zahiem. Ya Allah menyesalnya aku buka. Banyak-banyak gambar hang dengan aku, gambar hang dengan perempuan tu jugak hang upload. Sweet lak tu caption. Sampai hati hang kan. Sabar Ayuni sabar. Ayuh, sesi pembalasan!
Ayuni mencari gambar lamanya bersama Firdaus Khalit dengan caption "Rindunya." Kemudian dia terus membuka aplikasi Facebook. Selepas men-share banyak video dan gambar yang agak berfaedah, dia kembali membuka aplikasi Wechat.
"Perghhhh baru 15 minit tinggal. Dah 41 notification dapat! Bapak famous aku! Hehehe."-Bebel Ayuni sorang diri sambil tergelak kecil.
Husnina yang perasan Ayuni gelak sorang-sorang, terus menjeling Ayuni. "Gila ka apa gelak sorang-sorang? Ka dia ikut hang balik?! Allahuakbarrr!! Keluar han syaitannnn!! Alllahuakbar!!"-ujar Nina kalut-kalut.
Ayuni gelak lebih kuat. Sengaja dia ingin melihat aksi Husnina lagi. Aksi Husnina juga buat dia gelak bagai orang gila. Haha.
"Allahuakbar!! Keluar kau syaitan!!! Bismillahirohmanirrohim allahumaba riklana eh! Apa ni?!! Bismillahirohmanirohim allahula ila ha ila..."-selesai Nina menghabiskan ayat kursinya, Ayuni kembali gelak.
"Over doh hang ni. MashaAllah. Aku ok lah, aku tak kena rasuk apa pun! Hahahaha!"-lagi kuat gelak Ayuni. Masam muka Husnina selepas Ayuni berkata bergitu.
"Gelaklah! Gelaklah lagi! Sampai puas! Jangan berhenti! Bye!"-marah Nina terasa dirinya diperbodohkan. Sungguh dia risau dengan Ayuni tadi, tapi Ayuni sengaja mengenakannya.
"Alalalala, aku melawak je tadi. Sorry lah. At least aku tau lah hang sayang aku. Sangat kan?!"-ujar Ayuni sambil buat muka nak termuntah. Hahaha.
"Suka hati hang lah. Tidur esok lewat nak bangun!"-balas Nina dingin.
Ayuni bangun menutup lampu supaya tidur Nina nyenyak. Maklumlah esok dia yang kena drive. Dia kembali melihat aplikasi Wechatnya. Amboi bertambah nampak? Famousnya aduh! Hehehe.
Setelah di-scroll-scroll, banyak yang menge-like sahaja. Tiba-tiba dia terperasankan satu wechat user ni comment. Sapa lagi kalau bukan Azfar Zahiem. Dia satu-satunya pengomen setia bila Ayuni update moment. Tapi dia malas nak layan so dia tak pernah balas.
Azfar Zahiem comment: Dasar perempuan gatal!
Replied to Azfar Zahiem: So what?
"Puas hati aku! Suka hati dia label aku gatal? Habis hang tu? Galak??! Ee geramnya! Astagfirullahalazim!"-marah Ayuni dalam hati. Kemudian dia menutup aplikasi wechat dan membaca doa tidur, ayat kursi dan terus tidur.
YOU ARE READING
CRUSH ON WECHAT [MALAY]
Romance[CRUSH ON WECHAT] [ON GOING] "Kau yang jadi bini aku?" "Asal kau setuju?" "Tak sedar diri ke kau layak ke tak dengan aku?" "Asal kau tak tolak kalau kau tahu aku yang jadi laki kau?" "Aku nak kau tahu yang aku tak pernah langsung anggap kau isteri a...